Modenisme: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan |
kTiada ringkasan suntingan |
||
Baris 1:
'''Modenisme''' merujuk kepada gerakan kebudayaan dalam [[seni]], [[seni bina]], [[muzik]], [[kesusasteraan]] dan [[seni gunaan]] yang berkembang 30 tahun sebelum 1914. Istilah ini merujuk kepada gerakan politik, kebudayaan dan seni yang muncul pada akhir [[abad ke-19]] dan permulaan [[abad ke-20]], serentak dengan perubahan dalam masyarakat Barat. Gerakan ini menekankan kuasa manusia mencipta, membaiki, dan membentuk semula persekitaran mereka dengan bantuan ilmu [[sains]], teknologi dan uji kaji praktikal.
Modenisme menggalakkan penilaian semula setiap aspek kewujudan, dari [[perdagangan]] ke [[falsafah]] dengan matlamat menentukan apa itu yang "menyekat" kemajuan sosial, dan menggantikan itu dengan sesuatu kaedah yang lebih baru, dan lebih baik
[[Fizik]] moden ([[kuantum]] dan [[kerelatifan]]), falsafah moden (analitik dan kebenuaan) dan [[teori nombor]] moden dalam matematik dikatakan bermula pada zaman modenisme. Dengan mendukung perubahan serta gerakan semasa, modenisme merangkumi karya pemikir yang menentang tradisi tradisi akademik dan sejarah abad ke-19, dan berhujah bahawa bentuk seni, seni bina, sastera, agama, organisasi sosial dan kehidupan harian yang "tradisional" sudah ketinggal zaman. Mereka menerima aspek-aspek ekonomi, sosial dan politik baru dalam dunia yang semakin diindustrikan.
|