Panji Semerang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 37:
Sementara itu, di Kerajaan Prabu Kuripan melalui rajanya Gusti Prabu ([[Shariff Dol]]) telah mengetahui perkhabaran kemangkatan Permaisuri Gusti Ratu tempoh hari. Raden Inu Kartapati telah mengutus dua buah hadiah utama kepada kerabat Prabu Daha sebagai balasan kerana bersetuju mengahwinkan dengan puterinya, Candra Kirana. Salah satu hadiah utama tersebut telah di ambil oleh Galuh Adjeng dan hanya satu hadiah sahaja diberikan kepada Candra Kirana iaitu sebuah anak patung dewa dari kerajaan syurga. Galuh Adjeng yang mendapat anak patung yang diperbuat dari gangsa ingin merampas pula anak patung buatan dari kayu milik Candra Kirana sehingga membuatkan mereka bergaduh. Paduka Liku berjaya memperdayakan Prabu Daha dengan menyatakan masalah tersebut berpunca dari Candra Kirana. Prabu Daha akhirnya menjadi murka. Setelah menimbulkan kemurkaan Prabu Daha, Candra Kirana dihukum hidup dalam buangan oleh ayahandanya. Sebelum itu, dia telah dibawa ke istana, dikecam secara terbuka dan rambutnya dipotong oleh Prabu Daha. Setelah dilucutkan gelaran kebangsawanan istana yang dipesakainya dan penghormatan beliau, Candra Kirana melarikan diri dari tempat Kerajaan Prabu Daha bersama pengikut rapatnya.
 
Ketika hidup di dalam buangan, Candra Kirana berjanji untuk menebus dirinya dan bermulalah kehidupan barunya disitu. Dengan rambutnya dipotong pendek, dia memutuskan untuk menukar identiti kepada seorang putera dan mengisytiharkan bahawa selepas ini, dia akan dikenali sebagai Putera Raden Panji Semirang Asmarantaka ([[Saadiah]]). Dia menyarung pakaian putera dan lengkap bersenjata. Dengan berpindah ke sempadan antara Kerajaan Daha dan Kuripan, dia mendirikan kerajaannya sendiri. Candra Kirana segera menarik sebilangan besar pengikut yang berhijrah ke sana, walaupun tiada seorang pun daripada rakyatnya sedar bahawa Panji adalah sebenarnya adalah seorang wanita.
 
Tidak lama kemudian Panji Semirang membangunkan reputasi sebagai seorang panglima perang yang ganas dan bercita-cita tinggi. Dia mengisytiharkan perang terhadap negara-negara jiran tetangganya dan menitahkan tentera beliau untuk menyerang Kuripan. Panji juga mengarahkan tentera beliau untuk menculik rakyat Kuripan dan Daha yang melancong di tanah beliau, terutamanya anak dara dari Kerajaan Kuripan.