Pekak (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
kTiada ringkasan suntingan
Menambah pautan IMDb.
Baris 29:
}}
 
'''''Pekak''''' ialah sebuah filem cinta yang diarahkan oleh Mohd Khairul Azri Md Noor dan menampilkan [[Zahiril Adzim]], [[Sharifah Amani]], Iedil Putra, [[Sharifah Sakinah]], Amerul Affendi, [[Joe Flizzow]] dan [[Zaidi Omar]]. Filem ini merupakan filem pertama Mohd Khairul Azri Md Noor. Filem ini mengisahkan seorang pengedar dadah bernama Uda (Zahiril Adzim) yang [[pekak|cacat pendengaran]]. Uda menggapai cita-cita untuk kembali mendengar, yang mana dia akhirnya terjerumus dalam aktiviti penjualan dadah bagi menampung pembiayaan implan kokleanya. Takdir telah menemukan Uda dengan Dara (Sharifah Amani), seorang pelajar sekolah bermasalah yang ingin melarikan diri daripada bapanya yang terlalu mengongkong. Hubungan yang luar biasa ini menerbitkan bibit-bibit cinta antara mereka, namun mereka terpaksa menghadapi cabaran dunia yang penuh dengan keganasan, seks, dan dadah. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 1 September 2016.
 
==Plot==
{{spoiler}}
Uda ([[Zahiril Adzim]]) merupakan seorang pemuda [[OKU]] yang [[pekak]]. Dia bekerja di bawah ''pusher'' ([[Joe Flizzow]]) sebagai penjual [[dadah]]. Dia ingin mendengar semula dengan mengumpul duit hasil jualan dadahnya untuk digunakan untuk membuat pembedahan. Dia tinggal di sebuah bilik di sebuah rumah pangsa yang berjirankan pasangan yang bermasalah. Dek kerana terlalu ingin mendengar semula, setiap petang, dia akan ke tepi laluan [[kereta api]] untuk menikmati angin dan gegaran kereta api. Sebelum tidur pula, dia akan mendengar lagu Rintihan Hati hasil nyanyian [[Othman Hamzah]]. Dara ([[Sharifah Amani]]) pula seorang gadis yang masih bersekolah menengah dan bermasalah, hasil pergaulannya dengan Melur ([[Sharifah Sakinah]]). Bapa Dara ([[Zaidi Omar]]), seorang [[pengawal keselamatan]], sering bekerja pada waktu malam, menyebabkan Dara kurang perhatian daripada bapanya. Dara dan Melur sering ponteng sekolah kerana Melur ingin berhibur bersama dengan teman lelakinya, Azman (Amerul Affendi), seorang artis jalanan dan penghisap dadah.
 
Baris 44 ⟶ 43:
 
Uda yang berasa marah pergi ke rumah Kamil untuk mencari pemerkosa Dara. Kamil meminta dia untuk melupakan apa yang telah berlaku. Dia juga mendedahkan bahawa Azman yang telah memerkosa Dara. Tertekan kerana gagal untuk menodai Dara, Kamil mulai menghisap dadah juga. Uda pergi ke rumah Azman. Ketika dia cuba bergaduh dengan Azman, Melur memasuki rumah Azman dan memarahinya kerana mencederakan Dara. Dara memukul Azman dengan menggunakan karya seninya yang membunuh Azman. Uda pula pergi ke tepi laluan kereta api, mengingkari arahan doktornya yang menegah dia daripada pergi ke tempat yang berbunyi bising. Dara pula mulai sedar daripada komanya.
{{endspoiler}}
 
==Senarai Pelakon==
*[[Zahiril Adzim]] sebagai Uda
*[[Sharifah Amani]] sebagai Dara
Baris 55 ⟶ 53:
*[[Zaidi Omar]] sebagai bapa Dara
 
==ProduksiPenerbitan==
Filem ini merupakan filem pertama Mohd Khairul Azri Md Noor. Penggambaraan filem ini telah bermula pada 24 Mac 2014<ref>{{cite news |title=Cabaran baharu Zahiril, Amani & Sakinah |first=Nina Farzuin |last= Md Sharom|newspaper=[[Sinar Harian]] |date=23 Mac 2014 |url=http://www.sinarharian.com.my/mobile/hiburan/cabaran-baharu-zahiril-amani-sakinah-1.263078 |accessdate= }}</ref> dan berlanjutan selama 23 hari. Penggambaraan dilakukan di sekitar [[Kuala Lumpur]] dan [[Kuala Kangsar]], [[Perak]].<ref>{{cite news |title=Pekak tonjol isu balasan karma |first=Izwan |last= Mohd. Isa|newspaper=[[KOSMO!]] |date= |url= http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0401&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm|accessdate= }}</ref> Tajuk asal filem ini ialah 'Uda & Dara' sebelum ditukar kepada tajuk sekarang.<ref>{{cite web |url= http://www.mediahiburan.my/pekak-bukan-filem-kosong-1.554204|title= Pekak bukan filem kosong |accessdate=2016-08-22 |last=Mustaza |first= Aqmar|coauthors= |date= |format= |work= |publisher=Mediahiburan.my |pages= |quote= }}</ref> [[Zahiril Adzim]] yang melakonkan watak Uda yang pekak telah meminta bantuan bapanya yang merupakan seorang guru pendidikan khas untuk lebih mendalami wataknya.<ref>{{cite web |url=http://www.rotikaya.com/zahiril-adzim-berguru-dengan-ayah-untuk-filem-pekak/ |title= Zahiril Adzim Akan Berguru Dengan Ayah Untuk Filem Pekak|accessdate=2016-08-04 |last= |first= |coauthors= |date=21 Mac 2014 |format= |work= |publisher=Rotikaya.com |pages= |quote= }}</ref> Kereta kru produksi filem ini telah dicalarkan oleh orang asing ketika penggambaraan di kawasan 'gelap' [[Bangsar]]. Kerana kekangan kos, pelakon tambahan terdiri daripada rakan-rakan kru dan dibayar dengan makanan [[McDonald]].<ref>{{en}}{{cite web |url=http://www.dailyseni.com/v4/pekak/ |title=“ROMEO AND JULIET ON DRUGS, DRUGS AND MORE DRUGS”: IS ‘PEKAK’ THE COOLEST MALAYSIAN MOVIE OUT THIS YEAR? |accessdate=2016-08-04 |last= |first= |coauthors= |date=1 Ogos 2016 |format= |work= |publisher=Daily Seni |pages= |quote= }}</ref>
 
==TayanganKeluaran==
 
===Tayangan===
Filem ini telah ditayangkan di [[:en:Marché du Film|Marché du Film]] di [[Pesta Filem Cannes|Cannes]] pada Mei 2016.<ref>{{cite news |title=Pekak ke Festival Filem Cannes |first=Syafil Syazwan |last=Jefri |newspaper=[[Harian Metro]] |date= 9 Mei 2016|url=http://www.hmetro.com.my/node/136681 |accessdate= }}</ref> Treler filem ini telah dimuat naik ke [[Youtube]] pada 30 Jun 2016. Tayangan perdana bagi filem ini telah dilakukan pada 9 Ogos 2016 di Pitching Centre Platinum Sentral, [[KL Sentral]]<ref>{{cite web |url=http://www.cinema.com.my/bm/articles/news_details.aspx?search=2016.n_filempekakjauhielemenklise_30796&title=Filem-Pekak-bukan-sebuah-filem-klise |title=Filem "Pekak" bukan sebuah filem klise |accessdate=2016-08-22 |last=Naseer |first= Ashraf|coauthors= |date= |format= |work= |publisher= Cinema.com.my|pages= |quote= }}</ref> manakala tayangan umum dilakukan pada 1 September 2016. Filem ini telah diharamkan di [[Brunei]] kerana unsur-unsur negatif yang dipaparkan dalam filem ini.<ref>{{cite news |title=Filem isu OKU ‘tidak mendidik’, ‘Pekak’ dilarang di Brunei (VIDEO)|first= |last= |newspaper=[[The Malay Mail]] |date= |url=http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/filem-isu-oku-tidak-mendidik-pekak-dilarang-di-brunei-video |accessdate= }}</ref>
 
===Ulasan===
Rata-rata ulasan mengenai filem ini adalah positif. Deric Ect daripada portal hiburan, The Daily Seni telah memberi skor 4/4 bagi filem ini.<ref>{{en}}{{cite web |url= http://www.dailyseni.com/v4/review-risque-gut-wrenching-beautiful-pekak-one-best-films-year/|title=REVIEW: RISQUÉ, GUT-WRENCHING AND OFTEN BREATH-TAKING, ‘PEKAK’ IS GOING TO BE ON YOUR YEAR-END LIST |accessdate=2016-08-22 |last=Ect |first=Deric |coauthors= |date= |format= |work= |publisher=The Daily Seni |pages= |quote= }}</ref> Dennis Chua daripada [[New Straits Times]] pula mengulas filem ini sebagai "...satu pengalaman yang memukau..."<ref>{{en}}{{cite news |title=Modern rendition of Uda & Dara|first=Dennis |last=Chua |newspaper=[[New Straits Times]] |date= |url=http://www.nst.com.my/news/2016/08/168269/modern-rendition-uda-dara |accessdate= }}</ref> Haryati Karim daripada [[KOSMO!]] pula mengangkat filem ini sebagai "...sebuah karya yang indah seninya." <ref>{{cite news |title=Realiti kehidupan dalam Pekak |first=Haryati |last= Karim|newspaper=[[KOMSO!]] |date= |url=http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0908&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm |accessdate= }}</ref> [[Sinar Harian]] pula menganggap filem ini sebagai "...sebuah karya yang berani."<ref>{{cite news |title=Pekak angkat realiti kehidupan |first= |last= |newspaper=[[Sinar Harian]] |date= |url=http://www.sinarharian.com.my/hiburan/pekak-angkat-realiti-kehidupan-1.559424 |accessdate= }}</ref> Portal kehidupan, The Vocket memberi skor 7.5/10 untuk filem ini.<ref>{{cite web |url=http://www.thevocket.com/review-filem-pekak-2016/ |title=Aku Tak Akan Sesekali Kata Filem Ini Cukup ‘Halal’ Untuk Jadi Rujukan Muda-Mudi |accessdate=2016-08-31 |last= |first= |coauthors= |date= |format= |work= |publisher=The Vocket |pages= |quote= }}</ref> Angelin Yeoh daripada [[The Star (Malaysia)|The Star]] telah memberi skor 7/10 untuk filem ini.<ref>{{en}}{{cite news |title=Review: Pekak |first=Angelin |last=Yeoh |newspaper=[[The Star (Malaysia)|The Star]] |date= |url=http://www.star2.com/entertainment/movies/movie-reviews/2016/09/03/movie-review-pekak/ |accessdate= }}</ref> Shazwan Zulkiffli daripada portal kehidupan, The Level pula memberi skor 6.5/10 untuk filem ini.<ref>{{cite web |url= http://www.thelevel.my/en/category/entertainment/movie-reviews/2016/09/08/movie-pek4k/|title= Movie: #PEK4K|accessdate=2016-09-15 |last=Zulkifli |first=Shazwan |coauthors= |date= |format= |work= |publisher= The Level|pages= |quote= }}</ref> Kon Wai Yeng daripada majalah kehidupan, [[:en:Time Out (magazine)|Time Out]], telah memuji lakonan pelakon utama, [[Zahiril Adzim]] <ref>{{cite web |url=http://www.timeout.com/kuala-lumpur/film/pekak-film-review |title='Pekak' film review |accessdate=2016-09-04 |last=Yeng |first=Kong Wai |coauthors= |date= |format= |work= |publisher=Time Out |pages= |quote= }}</ref> dengan portal hiburan Ehgosheep.com mengakui akan terkejut sekirannya dia tidak dicalonkan dalam kategori [[Pelakon Lelaki Terbaik (FFM)|Pelakon Lelaki Terbaik]] dalam [[Festival Filem Malaysia]] (FFM).<ref>{{cite web |url=http://ehgosheep.com/ulasan-filem-pekak-riuh-ghairah-dan-dosa-dalam-warna-hidup-remaja/ |title=ULASAN FILEM PEKAK : RIUH, GHAIRAH DAN DOSA DALAM WARNA HIDUP REMAJA |accessdate=2016-09-15 |last= |first= |coauthors= |date= |format= |work= |publisher=Ehgosheep.com |pages= |quote= }}</ref>
 
Baris 164:
Lagu OST bagi filem ini ialah Uda & Dara oleh Monoloque dan [[Aisyah Aziz]].<ref>{{cite news |title=Loque & Aishah Aziz |first=Siti Athirah |last=Dzulkifly |newspaper= [[Utusan Malaysia]]|date= |url= http://m.utusan.com.my/hiburan/selebriti/loque-amp-aishah-aziz-1.373121|accessdate= }}</ref>
 
==Anugerah dan pencapaian==
==Pencapaian==
{| class="wikitable"
|-
Baris 193:
|}
 
==Lihat Jugajuga==
*[[Filem Malaysia tahun 2016]]
 
==Rujukan==
{{Reflist}}
 
==Pautan luar==
* {{IMDb title|4810104}}
 
{{Filem terbitan Grand Brilliance}}