Penyapu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Malekhanif (bincang | sumb.)
Laman baru: '''Penyapu''' ialah sejenis alat untuk membersihkan lantai dan halaman rumah. Sesebuah rumah tidak akan sempurna jika tidak ada penyapu. Biasanya kerja-kerja menyapu dilakukan pada awal ...
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 16:47, 17 November 2007

Penyapu ialah sejenis alat untuk membersihkan lantai dan halaman rumah. Sesebuah rumah tidak akan sempurna jika tidak ada penyapu. Biasanya kerja-kerja menyapu dilakukan pada awal pagi atau selepas sesuatu majlis.

Biasanya penyapu dibuat daripada lidi pelepah kelapa. Kini lidi penyapu dibuat daripada pelepah kelapa sawit. Penyapu yang lain pula dibuat daripada batang padi atau gandum. Dengan teknologi moden, penyapu boleh dikilang iaitu penyapu plastik dengan pelbagai rupa . gaya ,teknik dan tujuan menyapu.

Adat resam masyarakat Melayu

Penyapu sering dianggap sial . Anak-anak kecil tidak digalakkan dipukul dengan penyapu kerana akan mambawa sial kepada anak. Penyapu akan digantung di pintu belakang rumah dengan tujuan menghindari dari dimasuki pencuri . Sekiranya masuk juga, memanglah pencuri itu sial orang orangnya.

Dalam filem Labu-Labi arahan P.Ramlee, pelakon Nana akan memukul hantu dengan batang penyapu.

Kontroversi kerajaan Selangor

Pada 12 November 2007, Menteri Besar Selangor , Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo telah mencetuskan kontroversi yang serius kerana menghadiahkan / menghukum ketua pegawai PBT Majlis Daerah Hulu Selangor dan Pejabat Tanah Hulu Selangor dengan sebatang penyapu kerana gagal mengutip wang cukai seperti yang diharapkan.

Presiden Majlis Daerah Hulu Selangor, Tukiman Nail yang telah berkhidmat selama 30 tahun sebagai penjawat awam menerimanya dengan redha kerana mereka telah membuat persetujuan bersama setahun lalu , ketika hal ini dicadangkan.

Presiden Cuepacs , Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar ( BN-Larut) dan Datuk Seri Rais Yatim tidak senang dengan hadiah / hukuman seumpama itu. [1]

Memanglah al Quran tidak menyebut hal penyapu. Mustahil al Quran hendak memperihal tentang titik-bengik seperti penyapu . Al Quran sedia ada pun tidak terbaca dan tidak terlaksana.

Rujukan