Batu Puteh: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zack2007 (bincang | sumb.)
k Pulau Batu Putih dipindahkan ke Pulau Batu Puteh: Ejaan rasmi adalah Puteh, mengikut nama yang dihangtar ke ICJ dan juga dalam berita2
Zack2007 (bincang | sumb.)
pertukaran Putih=Puteh
Baris 1:
:'''Nota''': Rencana ini hanya memberi maklumat dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam perbicaraan mengenai kedudukan Pulau Batu PutihPuteh.
{{hal semasa}}
 
'''Pulau Batu PutihPuteh''' atau '''Pedra Branca''' (bahasa Portugal: ''Pulau Batu Putih'') merupakan sebuah [[pulau]] tunggul sebesar dua padang bola sepak, yang terletak di luar pantai tenggara [[Pengerang]], [[Johor]], [[Malaysia]]. Luasnya 0.2 hektar, berbatu-batu dan kira-kira 12.8 km dari Pengerang dan 64 km ke timur Singapura. Hanya 20 minit dengan bot laju dari Teluk Ramunia, Pengerang, Johor.
 
== Sejarah ==
Mengikut tradisi, nelayan Johor menjadikan pulau ini sebagai pulau persinggahan dan menamakannya Pulau Batu PutihPuteh kerana berwarna putih dan banyak didiami [[Burung Camar|burung camar laut]].
 
Sebaliknya orang [[Portugis]] menamakannya '''Pedra Branca''' yang bermaksud 'batu putih'. Sejak tahun [[1583]], pelayar [[Belanda]], [[Johann van Linschoten]] telah mencatat akan bahayanya pulau ini kepada kapal yang berlayar dari [[China]] dan dari selatan [[Melaka]]. Antara tahun [[1824]] hingga [[1851]] berlaku 25 kemalangan kapal berhampiran pulau itu. Antara tahun [[2000]] hingga [[2004]] berlaku 2 kemalangan kapal.
Baris 11:
Pada tahun [[1851]], [[rumah api]] telah dibina oleh Kapten [[James Horsburgh]] dari [[Scotland]], [[Empayar British]] dan dinamakan rumah api Horsburgh. James Horsburgh dari [[Syarikat Hindia Timur Inggeris]] (SHTI) telah melakukan kerja-kerja [[hidrografi]] dan melukis peta kedalaman kawasan ini.
 
Malaysia mula menuntut pulau tersebut pada tahun [[1979]] ketika menerbitkan peta rasmi baru, yang memasukkan Pulau Batu PutihPuteh (''Pedra Branca'') dalam jajahannya. Sebelum itu Malaysia menyatakan pulau itu sebagai tanah milik Singapura yang bernama Pedra Branca dalam peta rasmi Malaysia{{fact}}. Malaysia mengatakan bahawa apabila [[Kesultanan Johor]] menyerahkan Singapura dan 19 km sekeliling (10 batu nautika) kepada pihak British pada tahun [[1824]] <ref>Perenggan 19. [http://www.singapore-window.org/sw03/030102ns.htm Spotlight on Batu Puteh]. [[New Straits Times]]. 2 Januari 2003. Dicapai 10 Disember 2006.</ref>, penyerahan ini tidak termasuk Pulau Batu PutihPuteh. Sultan Johor hanya memberi kebenaran kepada pihak British untuk membina rumah api di atas pulau tersebut pada tahun [[1844]]<ref name="New Straits Times">Perenggan 18. [[New Straits Times]]. [http://www.singapore-window.org/sw03/030102ns.htm "Spotlight on Batu Puteh"]. Dicapai 14 Februari 2006.</ref>. Pulau Batu PutihPuteh (''Pedra Branca'') terletak 46 km (25 batu nautikal) dari Singapura; dan 14.3 km (7.7 batu nautikal) dari Johor. <ref>Perenggan 20. [http://www.singapore-window.org/sw03/030102ns.htm Spotlight on Batu Puteh]. [[New Straits Times]]. 2 Januari 2003. Dicapai 10 Disember 2006.</ref> Pihak Singapura pula hanya diberikan kebenaran mengurus rumah api bagi kepentingan industri perkapalan Singapura yang kurang penting bagi pihak Malaysia pada masa itu.
 
Singapura pula mengemukakan dakwaan bahawa mereka telah menguasai pulau tersebut semenjak 1840-an tanpa sebarang tentangan oleh pihak Malaysia. Pulau Batu PutihPuteh, Middle Rocks, dan South Ledge penting sebagai [[rumah api]] dan [[tanda arah]] di laut.
 
==Perbicaraan==
Baris 66:
 
==Pendirian Malaysia==
Hak milik pulauPulau Batu PutihPuteh menjadi pertikaian antara [[Malaysia]] dan [[Singapura]]. Sebelum [[1965]], Singapura adalah milik Malaysia tetapi disingkirkan oleh [[Tunku Abdul Rahman]] yang menjadi [[Perdana Menteri]] Malaysia pertama selepas [[Parti Tindakan Rakyat|PAP]] mungkir perjanjian yang dipersetujui bagi tidak bertanding di Malaysia.<ref name="Bernama">[http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=293850 Pertikaian Batu Puteh Di ICJ Bermula 6 Nov -Bernama] Dicapai 13 November 2007.</ref>
 
Pelbagai bukti seperti peta dan dokumen berdasarkan latarbelakang sejarah dan prinsip undang-undang antarabangsa seperti penemuan, pemisahan, pertambahan, serahan, serta peraturan "uti possidetis" iaitu sempadan negara-negara baru merdeka berdasarkan sempadan wilayah jajahan lama, kesinambungan dan kesamaan sempadan.
Baris 80:
Singapura yang dikenali sebagai [[Temasik]] pernah dijajah oleh kerajaan [[Siam]] melalui pemerintah [[Tamagi]]. [[Parameswara]] yang lari dari [[Palembang]] telah singgah sekejap dan menukar nama Temasik kepada Singapura. Parameswara telah mengasaskan [[Kesultanan Melaka|Empayar Melaka]], merupakan kesinambungan [[Empayar Srivijaya]] di Palembang.
 
Apabila Empayar [[Melaka]] runtuh pada 1511 oleh [[Portugis]], [[Kesultanan Johor|Empayar Johor-Riau-Lingga]] telah ditubuhkan oleh [[Sultan Alauddin Riayat Shah]] pada [[1528]]. Logiknya pulauPulau Batu PutihPuteh dalam lingkungan pentadbiran Empayar Johor-Riau-Lingga ini.
 
===Alasan Malaysia berdiam diri===
Baris 89:
 
===Alasan pentadbiran Rumah Api Horsburgh===
[[Rumah api]] yang khusus untuk membantu pelayaran kapal dagang di pulauPulau Batu PutihPuteh tidak diperlukan pada zaman [[Melaka]] atau zaman kerajaan Johor-Riau. Tetapi rumah api Tanjung Tuan di sempadan Melaka-Negeri Sembilan telah wujud sekian lama untuk membantu kapal berlabuh di Pelabuhan Melaka. Bukit Melaka (Bukit St. Paul) sendiri mempunyai 'rumah api'.
 
Kerajaan Portugis dan Belanda di Melaka tidak pernah membina rumah api di pulauPulau Batu PutihPuteh. Istilah 'Pedra Branca' merupakan istilah Portugis kerana ahli pelayaran Portugis memang aktif dan bijak dalam aktiviti pemetaan / kartografi seluruh dunia.
 
Hanya kerajaan [[Negeri-negeri Selat]] yang merasakan keperluan membina rumah api di pulauPulau Batu PutihPuteh mulai 1847. Banyaknya kemalangan kapal dagang dan aktiviti lanun yang berleluasa di kawasan itu memerlukan sebuah rumah api dibina. Jika tidak lebih banyak kapal dagang akan terlanggar batu karang sekitar Pulau Batu PutihPuteh.
 
Pentadbiran dan tindakan Singapura di Pulau Batu PutihPuteh sejak pembinaan Rumah Api Horsburgh oleh Kapten [[James Horsburgh]] dari Scotland, British pada 1847-1851 tidak dibantah oleh kerajaan negeri Johor / Empayar Johor-Riau. Diam beerti setuju dan mengiktiraf pulau itu hak Singapura. (Bagaimanapun pembinaan dan pengurusan rumah api Horsburgh hanya dengan kebenaran Sultan Johor pada 1844.) <ref name="Bernama" />
 
* Singapura membina tapak pendaratan helikopter pada 1992 dan rumah radar pada 1989 di Pulau Batu PutihPuteh dengan tujuan mengawal kegiatan lanun. (Semua pembinaan selepas 1979 adalah dibantah secara rasmi oleh Kerajaan Malaysia.)
* Surat pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada 1953 menyatakan kerajaan negeri Johor tidak membuat sebarang tuntutan ke atas Pulau Batu PutihPuteh yang ditadbir Singapura ketika itu. (Perlembagaan Malaysia telah menetapkan kerajaan negeri tidak berkuasa membuat perjanjian dengan kerajaan luar melainkan melalui kerajaan pusat.)
* Peta rasmi kerajaan Malaysia sebelum 1979 tidak secara jelas menyatakan pulau itu hak milik Malaysia. Sebaliknya peta kerajaan Singapura menunjukkan pulau itu berada di wilayah Singapura dan ditadbir oleh Singapura. Anehnya kerajaan Johor dan kerajaan Malaysia tidak pernah membantah penggunaan dan pentadbiran oleh Singapura sebelum 1979.
* Urusan surat-menyurat rasmi awal 1950-an jelas menunjukkan Johor tidak menuntut hal milik terhadap Pulau Batu PutihPuteh.
 
===Alasan empayar===
Jelas sekali Portugis, Belanda dan British menggunakan istilah pulau Pedra Branca untuk pulau Batu PutihPuteh. Dalam [[hikayat Melayu]] lama, tidak pernah muncul nama pulau ini kecuali nama Temasik, nama lama Singapura atau ''Singapore'' sekarang. Singapura amat bergantung bukti, dokumen, surat-menyurat, pentadbiran pulau itu oleh Empayar British. Secara analogi, jika [[Selat Tebrau]] pernah ditadbir oleh British, apakah Selat Tebrau juga milik Singapura. Empayar mana jadi titik rujukan terakhir, adakah [[Empayar British]], [[Empayar Belanda]], [[Empayar Portugis]], [[Kesultanan Johor|Empayar Johor-Riau]], [[Kesultanan Melaka|Empayar Melaka]], [[Empayar Srivijaya]] atau sebelum itu lagi.
 
===Alasan jarak===
Daratan yang paling dekat Pulau Batu PutihPuteh / Pedra Branca ialah Johor, Malaysia. Jaraknya hanya 7 km. Sedangkan jarak dengan Singapura 22 km nautika.
 
===Terra Nullius===
Terra Nullius ialah tempat tidak berpenghuni. Singapura menyatakan pulauPulau Batu PutihPuteh seluas padang bola sepak itu tidak berpenghuni , rakyat Malaysia tidak menghuni pulau itu sejak sekian lama. Oleh itu Singapura berhak menuntut pulau itu .
 
Sebaliknya Malaysia mendakwa pulau itu bukanlah terra nullius. <ref>http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=1114&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_02.htm&arc=hive</ref>Ini kerana pulau itu menjadi tempat nelayan untuk berlindung apabila berhadapan dengan ribut kencang dan ancaman lanun . Malah perairannya menjadi kawasan penangkapan ikan yang strategi bagi Orang Laut di [[Pengerang]] dan [[Teluk Ramunia]] , [[Johor]]. Jika mereka tidak berlindung di pulauPulau Batu PutihPuteh, bot nelayan akan hanyut ke [[Pulau Bintan]], [[Indonesia]] untuk mendapatkan sebarang bantuan, tentunya lebih sukar.
 
Pada 1621 dalam carta ahli pelayaran China, Wubei Zhi mencatatkan saudagar China menamakan pulau ini sebagai 'Pia Chiao'. Ini menunjukkan pulau ini penting dan bukanlah terra nullius.
Baris 128:
 
===Perjanjian Crawfurd===
Perjanjian Crawfurd atau Crawfurd Treaty ditandatangani pada 2 Ogos 1824 antara Great Britain dengan Kesultanan Johor. Melalui perjanjian ini , Kesultanan Johor menyerahkan pulau Singapura bersama-sama pulau-pulau dan batu-batu dalam lingkungan 10 batu sahaja kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris. Sedangkan pulauPulau Batu PutihPuteh 25.5 batu nautika dari Singapura.
 
===Surat Temenggung Johor===
Pada 25 November 1844 , surat kebenaran membina Rumah Api Horsburgh telah diberikan oleh Temenggung dan Sultan Johor. Pembinaan , operasi rumah api dibenarkan 'berdekatan dengan Titik Romania' atau di mana-mana yang sesuai. Pulau Batu PutihPuteh ini berdekatan dengan Titik Ramunia tersebut. Dana dari pihak swasta telah dikumpulkan sejak 1836 untuk membina rumah api itu.
===Operasi Rumah api dari Singapura===
Semua sistem rumah-rumah api ditadbir oleh [[Negeri-negeri Selat]] / Penempatan Selat iaitu di stesen Singapura , Melaka atau Pulau Pinang. Sejak 1912 Persekutuan Tanah Melayu turut menyumbang kos operasi rumah api apabila swasta enggan membiayai rumah-rumah api itu.
Baris 139:
Tentera Laut Malaya kemudian dinamakan Tentera Laut Diraja Malaysia bertanggungjawab terhadap Singapura sehingga 1975 apabila Singapura mempunyai tentera lautnya sendiri. Tentera Laut Diraja Malaysia terus beroperasi di pangkalan Woodland , Singapura sehinggA 1980-an tanpa sebarang masalah. Woodland hanya diserahkan kepada Singapura pada 1997.
 
Sebelum dan selepas pembentukan tentera laut Singapura , pasukan British dan Malaysia berterusan mengawal perairan Selat Melaka, Laut China Selatan, termasuk pulauPulau Batu PutihPuteh.
 
94,000 kapal melalui Selat Melaka pada 2004 dan akan meningkat kepada 141,000 buah pada 2020. Pada 16 November 1971, tiga negara yang intim iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura sepakat untuk menguruskan Selat Melaka.
 
Anehnya kini Singapura agresif mengubah karakter dan penampilannya di pulauPulau Batu PutihPuteh.
 
Pada 1969 Malaysia secara rasmi meminda wilayah pentadbiran dari 3 kepada 12 batu nautika. Tentunya termasuk pulauPulau Batu PutihPuteh. Tetapi Singapura tidak pula protes. Hanya sejak 1986 , Singapura menghantar kapal tentera laut mengawasi pulauPulau Batu PutihPuteh dan meronda 24 jam . Sebelum itu tidak ada rondaan 24 jam. Sejak itu nelayan Johor berada dalam bahaya , dihalau dan mungkin diancam dan ditembak jika 'menceroboh'. Pihak Malaysia tidak mengambil pendekatan konfrontasi terhadapi situasi tegang itu. Kemudian Malaysia dapat tahun Singapura telah menempatkan peralatan komunikasi tentera sejak 1977 lagi.
 
===Peta Malaysia 1979===
Baris 154:
Pada 13 Mei 1980 , Tun Hussein Onn selaku Perdana Menteri Malaysia ada memberi respond terhadap kenyataan Lee Kuan Yew berhubung dokumen yang disimpan oleh Singapura. Tetapi sehingga kini dokumen definitif itu tidak ditunjukkan di mahkamah.<ref>http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=1114&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_03.htm&arc=hive</ref>
 
Pada 14 Februari 1980 , Singapura membuat bantahan rasmi menuntut pulauPulau Batu PutihPuteh sebagai miliknya.Nota ini yang mencetuskan pertikaian. Tarikh kritikal ini penting dari sudut undang-undang sempadan. Selepas tarikh ini, Singapura tidak lagi bertindak normal berbanding fungsinya sebagai pengendali rumah api.<ref>http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=1114&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_03.htm&arc=hive</ref>
 
Singapura hanya menuntut Middle Rocks dan South Ledge hanya sejak 6 Februari 1993.
Baris 166:
# Surat Crawfurd bertarikh 3 Ogos 1824 yang mengiktiraf kedaulatan Johor ke atas pulau-pulau kecil dalam longkungan 10 batu dari Singapura.
# Surat Crawfurd pada 1 Oktober 1824
# Laporan Presgrave (Edward Presgrave) bertarikh 5 Disember 1828 mengenai kegiatan lanun di Selat Melaka serta sempadan empayar Johor termasuk di Pulau Batu PutihPuteh
# Peta tahun 1842 yang disediakan atas arahan kerajaan Belanda.
# Rencana dalam Singapore Free Press pada 25 Mei 1843 menyebut Pulau Batu PutihPuteh antara pulau dikaitkan dengan kegiatan lanun terletak di bawah kuasa kerajaan Johor .
# Surat-surat antara Gabenor Butterworth dengan Sultan dan Temenggong Johor pada 1944 berhubung cadangan pembinaan rumah api di pulau-pulau di muara Laut China Selatan.