Anas Ridzuan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
Baris 41:
 
==Kehidupan peribadi==
Anas telah selamat menjadi suami kepada Ana Syuhada pada 22 Oktober 2016 dengan sekali lafaz. Bertempat di Masjid Seksyen 7, Shah Alam, pihak lelaki menyerahkan wang hantaran sebanyak RM15,000 dengan mas kahwin berjumlah RM300 berserta enam dulang hantaran berbalas tujuh. Majlis resepsi pasangan ini dijadualkan berlangsung di Dewan Melur Shah Alam pada 14 Januari 2017, manakala majlis sebelah pengantin lelaki dijangka bakal diadakan di Ipoh, Perak. <ref> Ifqdar Rahman pada 22 Oktober 2016.[http://m.utusan.com.my/berita/terkini/protege-faizal-tahir-dan-ramlah-ram-selamat-diijabkabulkan-1.398126 Protege Faizal Tahir dan Ramlah Ram selamat diijabkabulkan - Hiburan.] Utusan Online</ref>
 
Ana Syuhada merupakan bekas peserta Mentor Musim ke- 6 dan anak didik penyanyi Ramlah Ram. Pasangan ini telah mengenali antara satu sama lain selama enam tahun dan bercinta selama empat tahun. <ref> 27 September 2016.
[http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2016/09/27/anas-ana-nikah/ Anas Ridzuan & Ana Syuhada Bakal Nikah Oktober Depan.] Mstar </ref>