Tanah Tinggi Cameron: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Stress 043 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Stress 043 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 52:
 
Beliau kemudian berjumpa dengan Sir [[Hugh Low]], pegawai tinggi British di Perak pada ketika itu dan Sir Hugh Low menyatakan minatnya untuk membangunkan kawasan itu sebagai kawasan peranginan serta ladang terbuka. Jalan hutan untuk ke "tanah Cameron" telah dibina yang melalui kawasan hutan belantara. Namun begitu, tiada perubahan direkodkan selepas itu<ref>{{cite book |last=De Souza |first=Edward Roy |title=SOLVED! The "Mysterious" Disappearance of Jim Thompson, the Legendary Thai Silk King (2nd ed)|publisher= Word Association Publishers |year=2010 |pages=18|isbn=978-1-59571-505-0 |lccn=2009944204}}</ref>.
[[File:TIME TUNNEL museum11a.jpg|thumb|<center>Pekan [[Brinchang]] (tahun 2012).</center>]]
 
Selepas 40 tahun, kawasan tanah Cameron dikaji sekali lagi oleh Sir George Maxwell apabila beliau mengadakan siri lawatan ke tanah Cameron dan bertanya kepada orang tempatan untuk melihat jika kawasan ini boleh dibangunkan bagi tujuan perlancongan<ref name="cnn" />. Beliau menghabiskan lebih kurang 9 hari melakukan kaji selidik terhadap kawasan ini<ref name="HIGHLANDS. COMPARISONS WITH OTHER STATIONS 1942">{{cite news|title=CAMERON’S HIGHLANDS. COMPARISONS WITH OTHER STATIONS., ''The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (1884–1942)'', Tuesday, 19 Mei 1925|page=11}}</ref>. Selepas beliau pulang, Maxwell menyatakan kawasan tanah Cameron ini memiliki bentuk seperti bujur<ref name="HIGHLANDS. COMPARISONS WITH OTHER STATIONS 1942"/>. Maxwell bersetuju bahawa kawasan tanah Cameron ini perlu dibangunkan setelah beliau melakukan perbandingan kawasan ini dengan beberapa kawasan tanah tinggi lain seperti [[Nuwara Eliya]] di [[Sri Lanka]] dan [[Baguio]] di [[Filipina]]<ref name="cnn">{{cite news |title=Cameron Highlands: Malaysia's enduring 'Little England' |date=27 Jun 2013 |newspaper=CNN |url=http://travel.cnn.com/malaysia-travel-cameron-highlands-979431/ |accessdate=28 Jun 2017}}</ref>.
 
Pada tahun 1926, jawatankuasa pembangunan telah dibentuk bagi menetapkan zon-zon di kawasan tanah Cameron ini dan dibahagikan kepada tiga zon; zon pentadbiran, perumahan dan zon pelancongan. Selepas itu, jalan raya telah dibina bermula dari [[Tapah]], [[Perak]] sehingga ke tanah tinggi yang dianggarkan menelan kos sebanyak 3 juta dolar Amerika<ref name="ROAD TO CAMERON’S HIGHLANDS, The Straits Times, Tuesday, 3 March 1931 12">{{cite news|title=ROAD TO CAMERON’S HIGHLANDS |newspaper=The Straits Times |date=3 Mac 1931 |page=12}}</ref>. Jalan raya ini dibina sehingga ke Tanah Rata. Messrs. Fogden, Brisbane and Company merupakan kontraktor yang bertanggungjawab membangunkan jalan raya ini dengan kontrak yang diberikan selama tiga tahun<ref name="ROAD TO CAMERON’S HIGHLANDS, The Straits Times, Tuesday, 3 March 1931 12" />. Projek pembinaan jalan raya ini bermula pada [[1 Januari]] [[1928]] dan siap sepenuhnya pada [[14 November]] [[1930]] - 47 hari lebih awal dari tarikh jangka siap<ref name="ROAD TO CAMERON’S HIGHLANDS, The Straits Times, Tuesday, 3 March 1931 12" />.
 
Sejak tahun 1930, terdapat beberapa perubahan dan pembangunan drastik dijalankan di kawasan ini seperti beberapa perumahan telah didirikan, terdapat juga pos kawalan polis dan tentera serta beberapa pusat perkhidmatan seperti sekolah, tadika dan juga sebuah Stesen Eksperimen Agrikultur serta terdapat padang golf<ref name="ReferenceA">{{cite news |title=Cameron Highlands Golf |newspaper=The Straits Times |date=13 September 1935 |page=14}}</ref>. Pentadbiran bagi kawasan Cameron Highland pada ketika itu diletakkan di bawah Kuala Lipis<ref>{{cite book |last=Fletcher-Cooke |first=John |title=The Emperor's Guest|publisher= Pen and Sword |year=2012 |pages=3|isbn=9780850523461}}</ref>.