Ophilia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 19:
 
==Sinopsis==
Filem Ophilia mengisahkan tiga sahabat, Uji (Pekin), Ozzi Gandum (Que) dan Totoi (Kodi) yang mengamalkan gaya hidup skinhead, bertembung dengan Ophilia, perunding kumpulan kongsi gelap terbesar di Kuala Lumpur. Timbul konflik antara mereka sehingga menyebabkan Ophilia terbunuh. Disebabkan peristiwa itu, kegiatan gengsterisme di Kuala Lumpur lumpuh dan mereka bertiga diburu oleh kakak Ophilia, Ivy dan pembantunya Ah Beng. Ivy telah ditipu oleh kumpulan lain berkaitan urusan jual beli dadah. Akibatnya, mereka dituntut membayar ganti rugi kerugian sebanyak RM75,000 dalam tempoh 24 jam. Mereka tiada pilihan lain selain dari merompak di pusat pinjaman wang berlesen. Tetapi pengurus disitu telah menekan butang penggera keselamatan. Sepasukan polis telah mengepung premis tersebut dan meminta agar mereka bertiga menyerah diri secepat mungkin. Semasa berada di dalam premis tersebut, berbagai peristiwa yang terjadi disitu. Uji ternampak akan sebuah potret gambar mendiang Ophilia di dinding berhampiran meja juruwang tersebut manakala Totoi pula dihubungi oleh ibunya yang berharap Totoi akan membahagiakannya pada esok hari kerana ibunya akan berjumpa dengannya di Kuala Lumpur. Ozzi Gandum pula dipertemukan dengan ayahnya yang juga merupakan pelanggan disitu. Mereka bertiga melepaskan semua tebusan sebelum menyerah diri ke pihak polis. Tiba-tiba, pistol milik Totoi terjatuh dari pinggangnya. Totoi bertindak mengambil pistol tersebut untuk diserahkan kepada pihak polis. Tindakan Totoi ini menyebabkan dia telah ditembak. Ozzi Gandum pula terkejut dan bingkas untuk memnyelamatkan rakannya tetapi dia juga telah ditembak sebelum Uji ditembak. Mereka disahkan meninggal dunia ditempat kajadian. Dalam masa yang sama, Ivy sudah berubah fikiran dan mengizinkan mereka bertiga meninggalkan premis tersebut tanpa mengambil apa jua wang di kedai tersebut bagi menghormati mendiang adiknya. Kematian Uji, Ozzi Gandum dan Totoi adalah kerana salah faham. Ivy pula baharu tersedar yang selama ini tiga lelaki melayu yang dibencinya adalah mangsa keadaan yang sanggup berbuat apa sahaja agar keluarga Ozzi Gandum tidak diapa-apakan oleh kumpulan kongsi gelap miliknya.
Filem Ophilia mengisahkan tiga sahabat, Uji (Pekin), Ozzi Gandum (Que) dan Totoi (Kodi) yang mengamalkan gaya hidup skinhead, bertembung dengan Ophilia, perunding kumpulan kongsi gelap terbesar di Kuala Lumpur. Timbul konflik antara mereka sehingga menyebabkan Ophilia terbunuh. Disebabkan peristiwa itu, kegiatan gengsterisme di Kuala Lumpur lumpuh dan mereka bertiga diburu.
 
Berani mendepani situasi berlaku, mereka dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM75,000 dalam tempoh 24 jam.
 
==Pelakon==