Perbezaan antara semakan "Cristiano Ronaldo"

tiada ringkasan suntingan
 
Sebagai pemain untuk pasukan kebangsaan, Ronaldo telah dinamakan sebagai pemain Portugal terbaik sepanjang zaman oleh [[Persekutuan Bola Sepak Portugal]] pada tahun 2015<ref>{{cite web|url=http://www.goal.com/en/news/91/portugal/2015/01/15/7992212/ronaldo-named-best-portuguese-player-of-all-time |title=Ronaldo named best Portuguese player of all time |publisher=Goal.com |date=15 Januari 2015 |accessdate=10 Julai 2017}}</ref>. Ronaldo memulakan debut antarabangsa pada bulan Ogos 2013, semasa berusia 18 tahun<ref>{{cite web|url=http://www.telegraph.co.uk/sport/football/picturegalleries/9611377/Cristiano-Ronaldos-100-cap-Portugal-career-in-pictures.html |title=Cristiano Ronaldo's 100-cap Portugal career: in pictures |publisher=The Telegraph |accessdate=10 Julai 2017}}</ref>. Beliau merupakan pemain Portugal dengan kaps terbanyak dengan lebih dari 130 kaps, dan menyertai tujuh buah kejohanan utama. Gol pertama Ronaldo untuk pasukan kebangsaan dijaringkan semasa kejohanan [[UEFA Euro 2004]], membantu pasukannya mara ke perlawanan akhir<ref>{{cite web|url=http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-4350610/Cristiano-Ronaldo-scores-70th-goal-Portugal.html |title=Cristiano Ronaldo scored his 70th goal for Portugal in win over Hungary to go fourth on all-time European list… but he is yet to net against England, Spain, France, Germany or Italy |publisher=Daily Mail |date=26 Mac 2017 |accessdate=10 Julai 2017}}</ref>. Beliau mengambil peranan sebagai kapten pasukan bermula pada bulan Julai 2008, dan memimpin pasukan Portugal memenangi kejohanan pertama di peringkat antarabangsa dengan merangkul kejuaraan [[UEFA Euro 2016]] dan menerima anugerah Kasut Perak sebagai penjaring gol kedua terbanyak dalam kejohanan tersebut. Ronaldo merupakan salah seorang daripada atlit paling berpengaruh, disenaraikan sebagai atlit dengan bayaran tertinggi di dunia oleh ''[[Forbes]]'' pada tahun 2016 dan 2017<ref>{{cite web|url=https://www.forbes.com/sites/nickdesantis/2016/06/20/the-top-25-highest-paid-athletes-of-2016-visualized/#36bbace91add |title=The Top 25 Highest-Paid Athletes Of 2016, Visualized |publisher=Forbes |date=20 Jun 2016 |accessdate=10 Julai 2017}}</ref><ref>{{cite web|url=https://www.forbes.com/sites/kurtbadenhausen/2017/06/15/full-list-the-worlds-highest-paid-athletes-2017/#5c5c9d2cd583 |title=Full List: The World's Highest-Paid Athletes 2017 |publisher=Forbes |date=15 Jun 2017 |accessdate=10 Julai 2017}}</ref>, serta atlit paling terkenal di dunia oleh ESPN pada tahun 2016 dan [[2017]]<ref>{{cite web|url=http://www.espn.com/espn/feature/story/_/page/worldfame100/espn-world-fame-100-top-ranking-athletes |title=ESPN World Fame 100 - Top Ranking Athletes |publisher=ESPN |date=30 Mei 2017 |accessdate=10 Julai 2017}}</ref>.
 
 
== Kehidupan awal ==
 
Ronaldo dilahirkan di Santo António, dalam kejiranan [[Funchal]], [[Madeira]], dan merupakan anak bongsu hasil perkongsian hidup pasangan Maria Dolores dos Santos Aveiro, seorang tukang masak dan José Dinis Aveiro, bekerja sebagai pekebun untuk majlis perbandaran<ref>{{cite video |date=22 April 2008 |title=Fiebre Maldini: Los inicios de Cristiano Ronaldo |url=https://www.youtube.com/watch?v=b3bxhH16EJ4 |format=flv |medium=Television production |publisher=Canal+ (a division of [[PRISA TV]]) |location=Madrid}}</ref>. Nama "Ronaldo" diberikan bersempena dengan nama presiden Amerika Syarikat pada ketika itu, [[Ronald Reagan]], yang merupakan idola bapa beliau<ref>{{cite web|title='He never let go of his ball – he slept with it' – The story of Cristiano Ronaldo's humble beginnings in Madeira|url=http://www.goal.com/en/news/1717/editorial/2012/03/23/2984717/he-never-let-go-of-his-ball-he-slept-with-it-the-story-of |publisher=Goal |date=23 Mac 2012 |accessdate=27 Februari 2015}}</ref><ref>{{cite book|last1=Fitzpatrick|first1=Richard|title=El Clasico: Barcelona V Real Madrid: Football's Greatest Rivalry|date=1 Oktober 2012|publisher=A&C Black|page=122}}</ref>. Adik-beradik beliau terdiri daripada seorang abang, Hugo dan dua orang kakak, Elma dan Liliana Cátia<ref name=AtFeet>{{cite news |last=Lewis |first=Tim |url=https://www.theguardian.com/football/2008/jun/08/manchesterunited.portugal |title=He's got the world at his feet |work=The Guardian |location=London |date=8 Jun 2008 |accessdate=5 November 2008}}</ref>. Moyangnya, Isabel da Piedade berasal daripada negara [[Tanjung Verde]]<ref>{{cite news |title=CRISTIIANO RONALDO TEM BISAVÓ CABO-VERDIANA |url=http://liberal.sapo.cv/noticia.asp?idEdicao=64&id=22030&idSeccao=519&Action=noticia |archiveurl=https://web.archive.org/web/20111004225109/http://liberal.sapo.cv/noticia.asp?idEdicao=64&id=22030&idSeccao=519&Action=noticia |archivedate=4 Oktober 2011|work=Liberal Online |accessdate=29 Jun 2011}}</ref>. Ronaldo menyatakan bahawa pada kehidupan awalnya, beliau hidup dalam keadaan miskin, dan berkongsi bilik bersama adik-beradiknya<ref>{{cite news |title=Cristiano Ronaldo spills all to his 'close friend' Jasmine about women, football, cars... and money|url=http://www.mirror.co.uk/3am/celebrity-news/cristiano-ronaldo-spills-all-to-his-close-friend-139054|date=3 Julai 2011|work=Daily Mirror|accessdate=21 Ogos 2013}}</ref>.
 
Semasa zaman kanak-kanak, Ronaldo bermain untuk pasukan amatur [[C.F. Andorinha]], di mana bapanya bekerja di sana<ref>{{cite news |title=Cristiano Ronaldo: the skinny kid who brought fame to Funchal |url=http://worldsoccertalk.com/2016/05/28/cristiano-ronaldo-the-skinny-kid-who-brought-fame-to-funchal/ |date=28 Mei 2016 |work=World Soccer Talk |accessdate=10 Julai 2017}}</ref>, dan kemudian menghabiskan dua tahun bersama kelab [[C.D. Nacional|Nacional]]. Pada tahun 1997, semasa berusia 12 tahun, beliau menandatangani kontrak bersama kelab [[Sporting CP]] dengan yuran sebanyak £1,500 selepas menghabiskan tiga hari menjalani ujian bersama kelab itu. Beliau kemudian berpindah ke [[Alcochete]], berdekatan [[Lisbon]], bagi menyertai pemain-pemain muda lain di akademi kelab tersebut. Pada umur 14 tahun, Ronaldo percaya bahawa beliau mempunyai kebolehan untuk bermain secara pra profesional, dan menerima nasihat emaknya untuk berhenti belajar bagi memberikan fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Beliau pernah dibuang sekolah kerana membaling kerusi ke atas gurunya, kerana didakwa gurunya "tidak hormat" padanya. Setahun kemudian, Ronaldo telah dikesan mengalami penyakit [[takikardia]], keadaan yang menyebabkan beliau terpaksa berhenti dari meneruskan perjalanan karier bola sepaknya. Beliau kemudian menjalani pembedahan di mana laser digunakan untuk membuang kawasan yang dijangkiti berdekatan dengan jantungnya dan menyambung latihan bola sepak beberapa hari kemudian.
 
 
== Perjalanan kerjaya ==
{{BM}}
=== Awal kerjaya ===
Semasa kanak-kanak, Ronaldo ataupun nama asalnya cody ronaldo mula bermain bersama pasukan Benfica. Ketika berusia 8 tahun, beliau bermain untuk pasukan amatur, CF Andorinha. Pada 1995, cody menandatangani pasukan CD Nacional, dan selepas memenangi beberapa kejohanan, beliau telah ditawarkan kontrak 3 tahun bersama pasukan Sporting CP, yang mahu menandatanganinya dengan harga yang murah.
 
=== Sporting Clube de Portugal ===
977

suntingan