Paolo Maldini: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Stress 043 (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Infobox football biography | name = Paolo Maldini | image = Maldini2008.JPG | image_size = 262px | caption =...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 06:53, 12 Julai 2017

Paolo Cesare Maldini (lahir 26 Jun 1968) merupakan seorang pemain tenis profesional Itali[2] dan bekas pemain bola sepak yang bermain di posisi Pertahanan tengah untuk kelab A.C. Milan dan pasukan kebangsaan Itali. Beliau menghabiskan kesemua 25 musim kariernya di Itali bersama Milan, sebelum bersara pada umur 41 tahun pada tahun 2009[3]. Beliau telah memenangi sejumlah 26 trofi bersama Milan: Liga Juara-Juara UEFA sebanyak lima kali, kejuaraan liga Serie A sebanyak tujuh kali, sebuah trofi Coppa Italia, lima trofi Supercoppa Italiana, lima kejuaraan Piala Super UEFA, serta sebuah trofi Piala Dunia Kelab FIFA.

Paolo Maldini
Maldini pada tahun 2008
Maklumat peribadi
Nama penuh Paolo Cesare Maldini
Tarikh lahir (1968-06-26) 26 Jun 1968 (umur 55)
Tempat lahir Milan, Itali
Ketinggian 1.86 m (6 ka ​1 316 in)[1]
Posisi permainan Pertahanan
Kerjaya remaja
1978–1985 Milan
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1985–2009 Milan 647 (29)
Pasukan kebangsaan
1986–1988 Itali B-21 12 (5)
1988–2002 Itali 126 (7)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Maldini melakukan debut beliau untuk pasukan Itali pada tahun 1988, selama 14 tahun sebelum bersara dari peringkat antarabangsa pada tahun 2002 dengan 126 kap[4], rekod tertinggi pada ketika itu, sebelum dipecahkan oleh Fabio Cannavaro pada tahun 2009 dan Gianluigi Buffon pada tahun 2013. Maldini diberi peranan kapten pasukan kebangsaan selama lapan tahun, dan mencipta rekod penampilan sebagai kapten pasukan Itali sebanyak 74 kali, sebelum dipecahkan oleh Cannavaro pada tahun 2010[5]. Beliau bagaimana pun, tidak memenangi sebarang kejuaraan antarabangsa ketika bersama pasukan Itali.


Rujukan

  1. ^ "Paolo Maldini – AC Milan Player Profile". Diarkibkan daripada yang asal pada 30 September 2007.
  2. ^ "Maldini berdepan dugaan kuasai tenis profesional". Berita Harian. 28 Jun 2017. Dicapai pada 12 Julai 2017.
  3. ^ "Why Did Milan Ultras Insult Paolo Maldini?". Goal.com. 25 Mei 2009. Dicapai pada 12 Julai 2017.
  4. ^ "Maldini retires from Italy". Sky Sports. 25 April 2002. Dicapai pada 12 Julai 2017.
  5. ^ "All'Adriatico la festa Azzurra con i 4 Campioni over 100 presenze". figc.it. FIGC. Dicapai pada 24 Julai 2014.