Paolo Maldini: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Stress 043 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Stress 043 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 57:
 
Berikutan beberapa pemain utama yang sudah melalui usia lanjut dan persaraan serta peletakan jawatan oleh Capello, Maldini dan pasukannya menghadapi keputusan yang tidak memberangsangkan untuk beberapa musim. Selepas tamat musim 1996-97, [[Franco Baresi]] dan [[Mauro Tassotti]] mengumumkan persaraan mereka<ref>{{cite web|url=http://thesefootballtimes.co/2015/06/21/celebrating-franco-baresi-milan-italy/ |title=How Franco Baresi became one of football’s greatest defenders |date=21 Jun 2015 |publisher=These Football Times |accessdate=13 Julai 2017}}</ref> dan ini memberikan laluan kepada Maldini untuk dilantik sebagai kapten baru Milan<ref name="maldini-joe">{{cite web|url=https://www.joe.ie/sport/happy-birthday-paolo-maldini-joe-looks-back-at-the-career-of-the-ac-milan-and-italy-legend-441632 |title=Paolo Maldini made his debut 30 years ago today: JOE looks at the career of the AC Milan legend |date=26 Jun 2014 |publisher=JOE.com |accessdate=13 Julai 2017}}</ref>. Maldini melalui permulaan yang sukar sebagai kapten pasukan, tewas kepada pasukan [[S.S. Lazio|Lazio]] dalam perlawanan akhir [[Coppa Italia]] pada tahun 1998. Walaupun begitu, Maldini menjulang kejuaraan liga sebagai kapten pasukan pada musim 1998-99, di bawah kendalian pengurus [[Alberto Zaccheroni]], memiliki kelebihan satu mata di atas Lazio.
 
=== 2001-2004 ===
 
Pada musim 2001-02, Maldini membantu pasukan Milan mara ke perlawanan separuh akhir [[Piala UEFA]], pencapaian terbaik mereka dalam kejohanan ini. Namun begitu, Milan tersingkir dari kejohanan ini selepas mereka kalah dengan agregat 3-5 kepada pasukan [[Borussia Dortmund]]<ref>{{cite web|url=http://www.uefa.com/uefaeuropaleague/season=2001/matches/round=1556/match=69254/index.html |title=Dortmund see off plucky Milan |date=12 April 2002 |publisher=JOE.com |accessdate=13 Julai 2017}}</ref>. Pada tahun 2002, Maldini dianugerahkan dengan anugerah ''Premio Nazionale Carriera Esemplare "Gaetano Scirea"'', anugerah yang diberi kepada mereka yang berumur 30 tahun ke atas yang telah memberikan prestasi terbaik. Musim berikutnya, Maldini digandingkan dengan [[Alessandro Nesta]], [[Alessandro Costacurta]] dan [[Cafu]], kemudian bersama [[Jaap Stam]], barisan pertahanan terbaik di peringkat domestik mahupun di peringkat Eropah. Maldini menjulang trofi [[Coppa Italia]] pertama beliau selepas menumpaskan pasukan [[A.S. Roma]].