Paolo Maldini: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Stress 043 (bincang | sumb.)
Stress 043 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 27:
}}
 
'''Paolo Cesare Maldini''' (lahir 26 Jun 1968) merupakan seorang pemain tenis profesional Itali<ref>{{cite web|url=https://www.bharian.com.my/node/297055 |title=Maldini berdepan dugaan kuasai tenis profesional |publisher=Berita Harian |date=28 Jun 2017 |accessdate=12 Julai 2017}}</ref> dan bekas pemain bola sepak yang bermain di posisi [[Pertahanan (bola sepak)|Pertahananpertahanan tengah]] untuk kelab [[A.C. Milan]] dan pasukan kebangsaan [[Pasukan bola sepak kebangsaan Itali|Itali]]. Beliau menghabiskan kesemua 25 musim kariernya di Itali bersama Milan, sebelum bersara pada umur 41 tahun pada tahun 2009<ref>{{cite web|url=http://www.goal.com/en/news/10/italian-football/2009/05/25/1285122/why-did-milan-ultras-insult-paolo-maldini |title=Why Did Milan Ultras Insult Paolo Maldini? |publisher=Goal.com |date=25 Mei 2009 |accessdate=12 Julai 2017}}</ref>. Beliau telah memenangi sejumlah 26 trofi bersama Milan: [[Liga Juara-Juara UEFA]] sebanyak lima kali, kejuaraan liga [[Serie A]] sebanyak tujuh kali, sebuah trofi [[Coppa Italia]], lima trofi [[Supercoppa Italiana]], lima kejuaraan [[Piala Super UEFA]], serta sebuah trofi [[Piala Dunia Kelab FIFA]].
 
Maldini melakukan debut beliau untuk pasukan Itali pada tahun [[1988]], selama 14 tahun sebelum bersara dari peringkat antarabangsa pada tahun 2002 dengan 126 kap<ref>{{cite web|url=http://www.skysports.com/football/news/11863/2241431/maldini-retires-from-italy |title=Maldini retires from Italy |publisher=Sky Sports |date=25 April 2002 |accessdate=12 Julai 2017}}</ref>, rekod tertinggi pada ketika itu, sebelum dipecahkan oleh [[Fabio Cannavaro]] pada tahun 2009 dan [[Gianluigi Buffon]] pada tahun 2013. Maldini diberi peranan kapten pasukan kebangsaan selama lapan tahun, dan mencipta rekod penampilan sebagai kapten pasukan Itali sebanyak 74 kali, sebelum dipecahkan oleh Cannavaro pada tahun 2010<ref>{{cite web|url=http://www.figc.it/it/204/29818/2011/10/News.shtml|title=All'Adriatico la festa Azzurra con i 4 Campioni over 100 presenze|website=figc.it|publisher=FIGC |accessdate=24 Julai 2014}}</ref>. Beliau bagaimana pun, tidak memenangi sebarang kejuaraan antarabangsa ketika bersama pasukan Itali.
Baris 60:
=== 2001-2004 ===
 
Pada musim 2001-02, Maldini membantu pasukan Milan mara ke perlawanan separuh akhir [[Piala UEFA]], pencapaian terbaik mereka dalam kejohanan ini. Namun begitu, Milan tersingkir dari kejohanan ini selepas mereka kalah dengan agregat 3-5 kepada pasukan [[Borussia Dortmund]]<ref>{{cite web|url=http://www.uefa.com/uefaeuropaleague/season=2001/matches/round=1556/match=69254/index.html |title=Dortmund see off plucky Milan |date=12 April 2002 |publisher=JOEUEFA.com |accessdate=13 Julai 2017}}</ref>. Pada tahun 2002, Maldini dianugerahkan dengan anugerah ''Premio Nazionale Carriera Esemplare "Gaetano Scirea"'', anugerah yang diberi kepada mereka yang berumur 30 tahun ke atas yang telah memberikan prestasi terbaik<ref name="comune.cinisello-balsamo.mi.it">{{cite web|title=Premio Nazionale Carriera Esemplare "Gaetano Scirea": Alba d'Oro|url=http://www.comune.cinisello-balsamo.mi.it/spip.php?article3932|accessdate=21 Januari 2015}}</ref>. Musim berikutnya, Maldini digandingkan dengan [[Alessandro Nesta]], [[Alessandro Costacurta]] dan [[Cafu]]<ref>{{cite web|url=http://www.goal.com/en/news/2517/goalcom-teams-of-the-decade/2009/07/14/1369561/ac-milan-team-of-the-decade-2000-2010 |title=AC Milan Team Of The Decade 2000-2010 |date=14 Julai 2009 |publisher=Goal.com |accessdate=16 Julai 2017}}</ref>, kemudian bersama [[Jaap Stam]], barisan pertahanan terbaik di peringkat domestik mahupun di peringkat Eropah. Maldini menjulang trofi [[Coppa Italia]] pertama beliau selepas menumpaskan pasukan [[A.S. Roma]]<ref>{{cite web|url=http://www.contra-ataque.it/2016/03/02/milan-lultima-volta-nel-2003-nel-segno-di-rivaldo-e-serginho.html |title=Milan, l’ultima volta nel 2003: nel segno di Rivaldo e Serginho |date=2 Mac 2016 |publisher=Contra Ataque |accessdate=16 Julai 2017}}</ref><ref>{{cite web|url=https://www.milanlive.it/2015/12/01/milan-perche-snobbi-la-coppa-italia-il-trofeo-manca-dal-2003/ |title=Milan, perché snobbi la Coppa Italia? Il trofeo manca dal 2003 |date=1 Disember 2015 |publisher=Milan Live |accessdate=16 Julai 2017}}</ref>.
 
Maldini memenangi [[Liga Juara-Juara UEFA]] musim 2002-03 buat pertama kali sebagai kapten pasukan dalam kariernya. Dalam perlawanan akhir yang diadakan di [[Old Trafford]], [[England]] pada [[28 Mei]] [[2003]] itu, Maldini membantu pasukannya tidak dibolosi dan mengakhiri masa penuh dengan keputusan 0-0 menentang pasukan [[Juventus F.C.|Juventus]] dan berjaya menjulang trofi itu setelah pasukannya menewaskan Juventus dalam penentuan penalti yang berkesudahan 3-2<ref>{{cite web|url=http://www.uefa.com/uefachampionsleague/season=2002/matches/round=1640/match=1045288/postmatch/report/index.html |title=Milan lift European crown |publisher=UEFA.com|date=29 Mei 2003|accessdate=18 Julai 2017}}</ref>. Hari itu juga merupakan hari di mana bapanya, Cesare, menjulang trofi yang sama sebagai kapten pasukan Milan di mana perlawanan itu juga diadakan di England<ref>{{cite web|url=http://www.uefa.com/memberassociations/association=ita/news/newsid=834649.html|title=Retiring Maldini celebrates the beauty of Milan|publisher=UEFA.com|date=29 Mei 2009 |accessdate=29 Januari 2016}}</ref>, 40 tahun sebelumnya. Maldini dan bapanya termasuk dikalangan dua lagi pasangan bapa-anak yang menjulang trofi ini; Manuel Sanchís Martínez dan Manuel Sanchís Hontiyuelo dari pasukan Real Madrid, serta Carles dan Sergio Busquets dari pasukan Barcelona. Maldini juga dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir itu dan dinamakan dalam Pasukan Terbaik UEFA Tahunan buat pertama kali dalam kariernya<ref>{{cite web|url=http://www.uefa.com/community/news/newsid=1585089.html |title=Team of the Year 2003| publisher=UEFA.com|date=10 Januari 2012 |accessdate=18 Julai 2017}}</ref>.
 
 
== Rujukan ==