Paolo Maldini: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Stress 043 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Stress 043 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 59:
Berikutan beberapa pemain utama yang sudah melalui usia lanjut dan persaraan serta peletakan jawatan oleh Capello, Maldini dan pasukannya menghadapi keputusan yang tidak memberangsangkan untuk beberapa musim. Selepas tamat musim 1996-97, [[Franco Baresi]] dan [[Mauro Tassotti]] mengumumkan persaraan mereka<ref>{{cite web|url=http://thesefootballtimes.co/2015/06/21/celebrating-franco-baresi-milan-italy/ |title=How Franco Baresi became one of football’s greatest defenders |date=21 Jun 2015 |publisher=These Football Times |accessdate=13 Julai 2017}}</ref> dan ini memberikan laluan kepada Maldini untuk dilantik sebagai kapten baru Milan<ref name="maldini-joe">{{cite web|url=https://www.joe.ie/sport/happy-birthday-paolo-maldini-joe-looks-back-at-the-career-of-the-ac-milan-and-italy-legend-441632 |title=Paolo Maldini made his debut 30 years ago today: JOE looks at the career of the AC Milan legend |date=26 Jun 2014 |publisher=JOE.com |accessdate=13 Julai 2017}}</ref>. Maldini melalui permulaan yang sukar sebagai kapten pasukan, tewas kepada pasukan [[S.S. Lazio|Lazio]] dalam perlawanan akhir [[Coppa Italia]] pada tahun 1998. Walaupun begitu, Maldini menjulang kejuaraan liga sebagai kapten pasukan pada musim 1998-99, di bawah kendalian pengurus [[Alberto Zaccheroni]], memiliki kelebihan satu mata di atas Lazio.
 
=== 2001-20042007 ===
[[File:A.C. Milan lifting the European Cup after winning the 2002–03 UEFA Champions League - 20030528.jpg|thumb|Maldini menjulang trofi [[Liga Juara-Juara UEFA]] musim 2002-03 sebagai kapten pasukan]]
Pada musim 2001-02, Maldini membantu pasukan Milan mara ke perlawanan separuh akhir [[Piala UEFA]], pencapaian terbaik mereka dalam kejohanan ini. Namun begitu, Milan tersingkir dari kejohanan ini selepas mereka kalah dengan agregat 3-5 kepada pasukan [[Borussia Dortmund]]<ref>{{cite web|url=http://www.uefa.com/uefaeuropaleague/season=2001/matches/round=1556/match=69254/index.html |title=Dortmund see off plucky Milan |date=12 April 2002 |publisher=UEFA.com |accessdate=13 Julai 2017}}</ref>. Pada tahun 2002, Maldini dianugerahkan dengan anugerah ''Premio Nazionale Carriera Esemplare "Gaetano Scirea"'', anugerah yang diberi kepada mereka yang berumur 30 tahun ke atas yang telah memberikan prestasi terbaik<ref name="comune.cinisello-balsamo.mi.it">{{cite web|title=Premio Nazionale Carriera Esemplare "Gaetano Scirea": Alba d'Oro|url=http://www.comune.cinisello-balsamo.mi.it/spip.php?article3932|accessdate=21 Januari 2015}}</ref>. Musim berikutnya, Maldini digandingkan dengan [[Alessandro Nesta]], [[Alessandro Costacurta]] dan [[Cafu]]<ref>{{cite web|url=http://www.goal.com/en/news/2517/goalcom-teams-of-the-decade/2009/07/14/1369561/ac-milan-team-of-the-decade-2000-2010 |title=AC Milan Team Of The Decade 2000-2010 |date=14 Julai 2009 |publisher=Goal.com |accessdate=16 Julai 2017}}</ref>, kemudian bersama [[Jaap Stam]], barisan pertahanan terbaik di peringkat domestik mahupun di peringkat Eropah. Maldini menjulang trofi [[Coppa Italia]] pertama beliau selepas menumpaskan pasukan [[A.S. Roma]]<ref>{{cite web|url=http://www.contra-ataque.it/2016/03/02/milan-lultima-volta-nel-2003-nel-segno-di-rivaldo-e-serginho.html |title=Milan, l’ultima volta nel 2003: nel segno di Rivaldo e Serginho |date=2 Mac 2016 |publisher=Contra Ataque |accessdate=16 Julai 2017}}</ref><ref>{{cite web|url=https://www.milanlive.it/2015/12/01/milan-perche-snobbi-la-coppa-italia-il-trofeo-manca-dal-2003/ |title=Milan, perché snobbi la Coppa Italia? Il trofeo manca dal 2003 |date=1 Disember 2015 |publisher=Milan Live |accessdate=16 Julai 2017}}</ref>.
Baris 66:
 
Pada tahun 2003, Maldini telah tercalon dan tersenarai di tempat ketiga dalam anugerah [[Ballon d'Or]] dengan mengumpul 123 mata, dan merupakan kali kedua beliau tercalon dalam anugerah tersebut<ref>{{cite web|url=https://www.theguardian.com/football/2003/dec/23/newsstory.sport4 |title=Henry loses out to Nedved| publisher=The Guardian |author1=Robert Pryce |date=23 Disember 2003 |accessdate=18 Julai 2017}}</ref>. Maldini telah memimpin pasukan Milan merangkul kejuaraan liga domestik [[Serie A]] pada musim 2002-03, dengan mengumpul 82 mata<ref>{{cite web|url=http://www.squawka.com/news/where-are-they-now-ac-milans-2003-04-serie-a-winning-squad/631422 |title=Where are they now? AC Milan’s 2003-04 Serie A winning squad | publisher=Squawka |author1=Oliver Young-Myles |date=29 Mac 2016 |accessdate=18 Julai 2017}}</ref>. Walau bagaimanapun, pasukannya tersingkir dalam perlawanan separuh akhir kejohanan [[Coppa Italia]] dan dalam perlawanan suku akhir kejohanan [[Liga Juara-Juara UEFA]]. Pada bulan April 2004, Maldini diundi pada kedudukan ke-10 dalam kaji selidik atas talian yang dijalankan UEFA, bagi meraikan pemain bola sepak Eropah terbaik untuk 50 tahun ini. Dalam kaji selidik tersebut, Maldini mendapat undian kedua terbanyak selepas pemain lagenda [[Dino Zoff]] untuk pemain yang berasal dari Itali<ref name="uefa.com">{{cite web|url=http://www.uefa.com/newsfiles/171606.pdf|title=Zinedine Zidane voted top player by fans|website=uefa.com|publisher=UEFA|accessdate=24 Julai 2014}}</ref>. Maldini juga termasuk dalam senarai elit [[FIFA 100]], senarai 125 orang pemain bola sepak terbaik sepanjang zaman, yang dipilih sendiri oleh [[Pelé]]. Berikutan prestasi cemerlang yang ditunjukkan Maldini dalam membantu pasukannya menjulang kejuaraan liga domestik, beliau telah dipilih sebagai Pemain Pertahanan Terbaik Serie A untuk tahun 2004.
 
Maldini memulakan musim musim 2004-05 dengan merangkul kejuaraan [[Supercoppa Italiana]] sebagai kapten pasukan selepas pasukannya menewaskan Lazio. Pada musim itu juga, Maldini dan pasukannya tewas kepada pasukan [[Liverpool F.C.]] dalam perlawanan akhir [[Liga Juara-Juara UEFA]], di mana pasukannya telah mendahului dengan selesa dengan berkedudukan 3-0, sebelum Liverpool menyamakan keputusan dan mengheret perlawanan hingga ke penentuan penalti. Dalam perlawanan itu, Maldini menjaringkan gol terpantas dalam kejohanan ini<ref>{{cite web|url=http://www.uefa.com/uefachampionsleague/season=2004/matches/round=1972/match=1086988/postmatch/report/index.html |title=Liverpool triumph in Turkey | publisher=UEFA.com|date=26 Mei 2005 |accessdate=18 Julai 2017}}</ref>. Pada tahun 2005, Maldini telah dipilih sebagai sebahagian daripada Pasukan Terbaik UEFA buat kali kedua sepanjang kariernya, dan juga dipilih sebagai sebahagian daripada pasukan pilihan FIFPro World XI<ref>{{cite web | url = https://www.fifpro.org/award-history/fifpro-world-xi-2004-2005/en/ | title = FIFPRO WORLD XI 2004/2005 | publisher = FIFPro | date = 20 Januari 2006 | accessdate = 18 Julai 2017}}</ref> buat kali pertama bagi karier beliau. Pada musim berikutnya, Maldini memecahkan rekod penampilan terbanyak Serie A yang dipegang oleh [[Dino Zoff]]<ref>{{cite web | url = http://soccernet.espn.go.com/news/story?id=343889&&cc=3888 | title = Maldini sets record | publisher = soccernet.espn.go.com | date = 25 September 2005 | accessdate = 25 April 2008}}</ref>, selepas beliau bermain buat kali ke-571 dalam liga domestik menentang [[Treviso F.B.C.|Treviso]] pada [[25 September]] [[2005]], manakala tujuh sehari sebelumnya, beliau sudah bermain buat kali ke-800 untuk kesemua perlawanan membabitkan pasukan Milan<ref name="paolo"/><ref name="Paolo MaIdini: Io sono leggenda"/>.