Endon Mahmood: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Menyusun atur rencana.
Baris 35:
 
== Pencapaian ==
Ketika hayatnya, beliau amat aktif dalam kerja amal dan kemasyarakatan serta giat mempromosi seni fabrik warisan negara, termasuk [[batik]] dan [[kebaya nyonya]]. Endon telah dipilih "Tokoh Jarum Berlian Malaysia [[2004]]" kerana daya usahanya memartabatkan seni warisan negara. Di persada antarabangsa, namanya begitu sinonim dengan kebaya nyonya, batik dan [[songket]]. Beliau memiliki kedai batik di Plaza Damansara.
 
Minat terhadap hasil [[seni tangan]] rakyat tempatan yang bersemi di jiwanya sejak zaman remaja mendorong Endon mengumpul dan menganjurkan [[pameran]] pelbagai jenis [[busana]]. Koleksinya dikumpul dan dirakamkan dalam sebuah buku berjudul "''The Nyonya Kebaya''" yang dihasilkan pada bulan November [[2002]]. Ia disusuli pula dengan satu [[simposium]] dan pameran di [[Balai Seni Lukis Negara]] pada [[2003]]. Buku itu diulang terbit pada Mac 2005 dengan tajuk baru, "''A Century of Straits Chinese Costume''".
 
Endon adalah pengasas dan [[pengerusi]] [[Yayasan Budi Penyayang]] Malaysia (PENYAYANG) serta turut dilantik sebagai [[Canselor]] pertama [[Universiti Terbuka Malaysia]] (OUM) sejak Disember 2004. Beliau juga menjadi Presiden Pertubuhan Kebajikan Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI).
 
Beliau juga berminat dalam bidang [[pertanian]] dan sebagai mengenang jasanya, [[Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia|Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian]] ([[Mardi]]) menamakan baka [[orkid]] baru dengan nama beliau, ''Orkid Mokara Datin Seri Endon''.
 
Beliau turut mengabadikan diri dalam kegiatan antarabangsa seperti Tabung Kebajikan [[Bosnia]], Tabung Kanak-Kanak [[Korea Utara]], Tabung Kebajikan [[Kosovo]] dan Penaung Wanita [[ASEAN]].
Baris 55:
* Penaung Persatuan Wanita Kementerian Luar (Perwakilan).
 
Anugerah lain yang pernah diterima oleh Endon termasuklah Pingat Emas Tun Fatimah daripada "Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia" (NCWO) pada Ogos 2004 dan [[Ijazah Kehormat]] Doktor [[Kemanusiaan]] dari [[Universiti Teknologi Malaysia]] (UTM) pada Ogos 2004.
 
== Kanser payudara ==