Endon Mahmood: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Menambah bahagian baru.
Baris 40:
Ketika hayatnya, beliau amat aktif dalam kerja amal dan kemasyarakatan serta giat mempromosi seni fabrik warisan negara, termasuk [[batik]] dan kebaya nyonya. Endon telah dipilih "Tokoh Jarum Berlian Malaysia [[2004]]" kerana daya usahanya memartabatkan seni warisan negara. Di persada antarabangsa, namanya begitu sinonim dengan kebaya nyonya, batik dan [[songket]]. Beliau memiliki kedai batik di Plaza Damansara.
 
Minat terhadap hasil seni tangan rakyat tempatan yang bersemi di jiwanya sejak zaman remaja mendorong Endon mengumpul dan menganjurkan pameran pelbagai jenis [[busana]]. Koleksinya dikumpul dan dirakamkan dalam sebuah buku berjudul "''The Nyonya Kebaya''" yang dihasilkan pada bulan November [[2002]]. Ia disusuli pula dengan satu simposium dan pameran di [[Balai Seni Lukis Negara]] pada [[2003]]. Buku itu diulang terbit pada Mac 2005 dengan tajuk baru, "''A Century of Straits Chinese Costume''".
 
Endon adalah pengasas dan pengerusi Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG) serta turut dilantik sebagai [[Canselor]] pertama [[Universiti Terbuka Malaysia]] (OUM) sejak Disember 2004. Beliau juga menjadi Presiden Pertubuhan Kebajikan Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI).
Baris 59:
 
Anugerah lain yang pernah diterima oleh Endon termasuklah Pingat Emas Tun Fatimah daripada "Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia" (NCWO) pada Ogos 2004 dan Ijazah Kehormat Doktor [[Kemanusiaan]] dari [[Universiti Teknologi Malaysia]] (UTM) pada Ogos 2004.
 
===Penghargaan Malaysia===
* {{flagu|Malaysia}} : Panglima Besar [[Darjah-darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia]] (2009)<ref>{{cite web
|url=http://www.istiadat.gov.my/v8/images/stories/pdf_file/senarai_dkbpp_2009.pdf|title=Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2009.}}</ref>
 
===Tempat dinamakan sempena beliau===
Beberapa tempat telah dinamakan sempena beliau, ialah:
* Kolej Datin Seri Endon, [[Universiti Teknologi Malaysia]] (UTM), [[Skudai]], [[Johor]].
* Piala Seri Endon, pertandingan batik dan kebaya.
 
== Kanser payudara ==