India: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 263:
Proses pembentukan geologinya bermula 75 juta tahun dahulu, apabila benua kecil India yang ketika itu merupakan sebahagian benua besar selatan [[Gondwana]], mula [[Tektonik plat|beralir]] ke arah timur laut selama 50 juta tahun, merentasi [[Lautan Hindi]] yang ketika itu belum terbentuk lagi.<ref name=ali2005-p172-173>{{Harvnb|Ali|Aitchison|2005|pp=172-173}}</ref> Ini disusuli pertembungan benua kecil ini denghan [[Plat Eurasia]] dan [[subdukt]] di bawahnya yang melahirkan [[banjaran Himalaya]], pergunungan tertinggi di dunia yang kini bercamtum dengan India di [[India Utara|utara]] dan [[India Timur Laut|timur laut]].<ref name=ali2005-p172-173/> Pergerakan plat ini juga melahirkan sebuah palung yang luas di bekas dasar laut yang teletak berhampiran selatan Himalaya dan seterusnya diisi endapan sungai,<ref>{{Harvnb|Dikshit|Schwartzberg|2007|p=7}}</ref> lalu membentuk [[Dataran Indo-Ganges]].<ref>{{Harvnb|Prakash|Kumar|Rao|Giri|2000|p=445}}</ref> Pada barat dataran ini, dan terpisah darinya oleh [[Bukit-bukit Aravalli]], terletaknya [[Gurun Thar]].<ref>{{Harvnb|Dikshit|Schwartzberg|2007|p=11}}</ref> Plat India yang asal kini tinggal [[Semenanjung India]], aitu bahagian yang tertua dan paling stabil dari segi geologi di India, mencapai sejauh [[banjaran Satpura]] dan [[banjaran Vindhya]] di [[India tengah]]; banjaran-banjaran selari ini terbentang dari pantai Laut Arab di [[Gujarat]] ke [[Penara Chota Nagpur]] yang kaya dengan [[arang]] di [[Jharkhand]].<ref> {{Harvnb|Dikshit|Schwartzberg|2007|p=8}}</ref> Di selatannya, daratan semenanjung yang selebihnya, iaitu penara [[Deccan]], diapit pada kiri dan kanannya oleh banjaran pesisiran, iaitu masing-masing [[Ghat Barat]] dan [[Ghat Timur]],<ref name=britan-weghats> {{Harvnb|Dikshit|Schwartzberg|2007|pp=9-10}}</ref> mengandungi pembentukan batu tertua di India pada usia kira-kira sebilion tahun. India terletak pada utara khatulistiwa antara 6°44' dan 35°30' latitud utara<ref>Titik paling utara India ialah kawasan [[Glasier Siachen]] iaitu kawasan yang dipertikai di [[Jammu dan Kashmir]]; bagaimanapun, Kerajaan India mengaku seluruh kawasan [[Jammu dan Kashmir]] (termasuk [[Kawasan-kawasan Utara]] yang kini ditadbir oleh Pakistan) sebagai wilayahnya, dan maka itu menentukan longitud 37° 6' pada titik paling utaranya.</ref> dan 68°7' dan 97°25' longitud timur.<ref name="yearbook">{{Harv|Government of India|2007|p=1}}</ref>
 
Pesisiran India berukuran {{km to mi|7517|abbrev=yes|precision=0}} panjangnya; {{km to mi|5423|abbrev=yes|precision=0}} darinya terletak di semenanjung India, dan {{km to mi|2094|abbrev=yes|precision=0}} di pulau-pulau Andaman, Nicobar, dan Lakshadweep.<ref name=sanilkumar/> Menurut carta-carta hidrografi tentera laut Indian, pesisiran tanah besar terdiri daripada: 43% pantai pasir, 11% pesisiran batu termasuk tebing, dan 46% [[tanah lumpur]] atau pantai becak.<ref name=sanilkumar/>
 
Sungai-sungai utama yang mengalir dari pergunungan Himalaya lalu merentasi India termasuklah [[Sungai Ganges]] dan [[Sungai Brahmaputra|Brahmaputra]], kedua-duanya mengalir hingga [[Teluk Benggala]].<ref>{{Harvnb|Dikshit|Schwartzberg|2007|p=15}}</ref> Cawang-cawang sungai Ganges yang utama termasuklah [[Yamuna]] dan [[Sungai Kosi|Kosi]] yang bergelar "Nestapa Bihar" kerana cerunnya yang amat rendah mengakibatkan banjir yang dahsyat setiap tahun. Sungai-sungai semenanjung utama–di mana cerun yang lebih curam menghalang perairannya daripada melimpah–termasuklah [[Sungai Godavari]], [[Sungai Mahanadi]], [[Sungai Kaveri]], dan [[Sungai Krishna]], yang juga mengalir hingga Teluk Benggala,<ref>{{Harvnb|Dikshit|Schwartzberg|2007|p=16}}</ref> serta [[Sungai Narmada]] dan [[Sungai Tapti]] yang mengalir hingga [[Laut Arab]].<ref>{{Harvnb|Dikshit|Schwartzberg|2007|p=17}}</ref> Antara ciri-ciri pesisiran India yang penting termasuk [[Rann Kutch]] yang berawang di India barat, dan di bahagian barat daya delta [[Sundarban]] lanar yang dikongsi India dan [[Bangladesh]].<ref>{{Harvnb|Dikshit|Schwartzberg|2007|p=12}}</ref> India mempunyai dua gugusan pulau-pulau, iaitu: [[Lakshadweep]], atol-atol perkarangan di luar pesisiran barat daya India, dan [[Kepulauan Andaman dan Nicobar]], selingkaran gunung berapi di [[Laut Andaman]].<ref>{{Harvnb|Dikshit|Schwartzberg|2007|p=13}}</ref>