Plasenta: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Penambahan gambar sebagai ilustrasi
kTiada ringkasan suntingan
Baris 3:
'''Plasenta''' (juga dikenali sebagai '''uri '''atau '''tembuni''') merupakan [[Organ badan|organ]] yang menghubungkan [[janin]] yang membesar ke dinding [[rahim]] untuk menyediakan nutrien penting, melaraskan suhu persekitaran untuk janin, penyahtinjaan, melawan jangkitan dalaman serta menghasilkan hormon untuk membantu kehamilan si ibu. Plasenta membekalkan oksigen dan nutrisi untuk bayi-bayi yang berkembang sambil membuang sisa najis dari darah bayi. Plasenta melekat ke dinding rahim ibu dan berhubung dengan bayi melalui tali pusat. Plasenta adalah ciri penting mengenal pasti mamalia plasental, tetapi juga terdapat dalam beberapa haiwan bukan mamalia dengan pelbagai tahap pembangunan.<ref name="Pou92">Pough ''et al.'' 1992. </ref>
 
Istilah ''plasenta'' berasal dari perkataan [[bahasa Latin]] ''placenta'' yang bererti "<span>''kek''", di mana ia pula berakar</span> dari perkataan bahasa Yunani kuno πλακόεντα/πλακοῦντα (''plakóenta/plakoúnta''), dari πλακόεις/πλακούς (''plakóeis/plakoús'') yakni "rata, leper"<ref>[http://www.perseus.tufts.edu/hopper/text?doc=Perseus%3Atext%3A1999.04.0057%3Aentry%3D%2383445 Henry George Liddell, Robert Scott, "A Greek-English Lexicon", at Perseus].</ref><ref>[http://www.etymonline.com/index.php?term=placenta "placenta"]. </ref> yang merujuk kepada bentuk uri manusia yang bulat. 
 
Mamalia jenis bertelur dan marsupial menghasilkan plasenta koriovitelin yang membekalkan nutrisi induk dari [[Labah-labah|kantung telur]] sambil ia terhubung ke dinding rahim.