Filem pendek: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Azraai1511 (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Filem pendek''' merupakan sebarang filem yang mempunyai durasi yang tidak panjang untuk digelar filem cetera. Akademi Sains dan Seni Perfileman m...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 23:12, 24 Julai 2017

Filem pendek merupakan sebarang filem yang mempunyai durasi yang tidak panjang untuk digelar filem cetera. Akademi Sains dan Seni Perfileman mendefinasikan filem pendek sebagai "sebuah filem yang mempunyai durasi selama 40 minit atau kurang, termasuk semua kredit dalam filem."[1] Istilah featurette digunapakai untuk filem panjang dari filem pendek tetapi lebih pendek dari filem cetera.

Filem pendek kebiasaannya ditayangkan dalam festival filem tempatan, nasional mahupun antarabangsa yang dibikin oleh pembuat filem bebas untuk bukan keuntungan, sama ada dengan bajet rendah atau tiada bajet langsung. Ia kebiasaannya dibiaya oleh geran filem, pertubuhan bukan untung, tajaan mahupun dana peribadi. Filem pendek kebiasaannya dibikin untuk mendapatkan pengalaman atau membuktikan bakat mereka bagi mendapatkan tajaan untuk filem yang akan datang dari pelabur persendirian, syarikat hiburan atau studio perfileman.

Rujukan

  1. ^ "Rule Nineteen: Short Films Awards". AMPAS. Dicapai pada 2011-03-31.

Pautan luar