Protokol Kyoto: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 95:
Kesatuan Eropah secara keseluruhannya telah mengikut Protokol Kyoto sepakat untuk pengurangan 8%. Walau bagaimanapun, banyak negara-negara anggota (seperti Greece, Sepanyol, Ireland dan Sweden) tidak melakukan diri mereka kepada apa-apa pengurangan manakala Perancis telah sepakat untuk tidak mengembangkan pelepasan yang (pengurangan 0%)]]
 
*
'''Protokol Kyoto''' merupakan persetujuan dalam [[Persidangan Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim]] (UNFCCC), yang diterima sejagat tentang perihal [[pemanasan global]]. Negara-negara yang bersetuju untuk melaksanakan protokol ini di negara masing-masing berkomitmen untuk mengurangkan pembebasan gas [[karbon dioksida]] dan lima [[kesan rumah hijau|gas rumah kaca]] lain, atau bekerjasama dalam [[gas|perdagangan kontrak pembebasan gas]] jika mereka menjaga jumlah atau menambah pembebasan gas-gas tersebut, yang menjadi punca gejala [[pemanasan global]].
 
Jika berjaya dilaksanakan, Protokol Kyoto berupaya menurunkan kenaikan suhu global antara 0.02 °C dan 0.28 °C setahun sehingga tahun 2050. (sumber:''Nature'', [[Oktober]] [[2003]])
 
Nama rasmi protokol ini ialah '"Kyoto Protocol to the United Nations Framework Convention on Climate Change''' (Protokol Kyoto dalam Persidangan Rangka Kerja PBB tentang Perubahan Iklim).
Protokol ini telah dibentangkan di [[Kyoto]], [[Jepun]] pada Disember [[1997]], dibuka untuk penandatanganan pada 16 [[Mac]] [[1998]] dan ditutup pada 15 [[Mac]] [[1999]]. Persetujuan ini mula berkuat kuasa pada 16 [[Februari]] [[2005]] setelah pengesahan rasmi dilakukan oleh [[Rusia]] pada 18 [[November]] [[2004]].
 
== Penjelasan Protokol ==
 
Menurut kenyataan media [[Program Alam Sekitar PBB]]:
 
Protokol Kyoto merupakan persetujuan sah oleh negara-negara perindustrian bahawa mereka akan mengurangkan pembebasan [[gas rumah kaca]] mereka secara kolektif sebesar 5.2% berbanding tahun 1990 (tetapi jika dibandingkan dengan jumlah pengurangan pembebasan gas rumah hijau jika tidak wujud protokol ini, pada tahun 2010, ialah kira-kira 29%). Enam gas rumah kaca itu ialah [[karbon dioksida]], [[metana]], [[nitrus oksida]], [[sulfur heksafluorida]], [[kloroflurokarbon/CFC]], dan [[perfluorokarbon/PFC]]. Manakala tahap pengurangan pembebasan gas rumah kaca mengikut zon pula diperkirakan 8% untuk [[Eropah]], 7% untuk [[Amerika Syarikat]], 6% untuk Jepun, 0% untuk [[Rusia]], dan penambahan yang diizinkan sehingga 8% untuk Australia dan 10% untuk [[United Kingdom|Britain]].
 
Protokol Kyoto ialah [[protokol]] kepada [[Persidangan Rangka Kerja PBB tentang Perubahan Iklim]] (UNFCCC), yang ditubuhkan semasa [[Sidang Kemuncak Bumi]] di [[Rio de Janeiro]] pada [[1992]]. Hanya pihak yang bersekutu dalam UNFCCC berpeluang menandatangani atau mengesahkan Protokol Kyoto.
 
Sebahagian besar ketetapan Protokol Kyoto terlebih dahulu dikuatkuasakan oleh negara-negara maju yang disenaraikan dalam Annex I oleh UNFCCC (kerana negara-negara maju yang paling banyak membebaskan gas-gas rumah kaca).
 
== Status Persetujuan ==
 
Pada Februari [[2005]], iaitu ketika protokol ini mula berkuat kuasa, protokol ini telah disahkan dan diterima pakai oleh 141 buah negara, yang mewakili 61% dari seluruh jumlah pembebasan gas rumah kaca. Sebenarnya, negara-negara berkenaan tidak perlu menandatangani apa-apa persetujuan untuk mengesahkannya: penandatanganan hanyalah suatu acara rasmi (ceremonial). Senarai terbaru pihak yang telah menerima pakai protokol ini ada di sini: [http://www.climnet.org/EUenergy/ratification/calendar.htm].
 
Menurut syarat-syarat persetujuan protokol, protokol mula berkuat kuasa "pada hari ke-90 selepas tercapainya persetujuan 50 buah negara peserta UNFCCC, termasuklah pihak yang disenaraikan dalam Annex 1 yang bertanggungjawab membebaskan tidak kurang daripada 55% daripada jumlah gas rumah kaca global pada 1990, yang telah menyatakan persetujuan, pengesahan, penerimaan, atau penyertaan" Persetujuan 50 buah negara telah berjaya dicapai pada 23 [[Mei]] 2002 ketika [[Britain]] menerima pakai protokol ini. Penyertaan [[Rusia]] pada 18 [[November]] 2004 memenuhi syarat "55%" tadi sekali gus menetapkan tarikh berkuatkuasanya protokol ini, iaitu pada 16 [[Februari]] [[2005]].
 
[[Fail:Carbon Emission by Region.png|thumb|right|250px|Kadar pembebasan gas karbon dioksida sedunia antara tahun 1800-2000]]
 
== Status Terkini Protokol ==
 
Hingga [[Februari]] 2005, 141 buah negara telah mengguna pakai protokol tersebut, termasuk [[Kanada]], [[China]], [[India]], Jepun, [[New Zealand]], [[Rusia]] dan 25 negara anggota [[Kesatuan Eropah]], serta [[Romania]] dan [[Bulgaria]].
 
Ada enam buah negara yang telah menandatangani protokol ini namun belum mengguna pakai protokol itu. Tiga antaranya ialah negara-negara Annex I:
 
* [[Monaco]]
* [[Amerika Syarikat]] -- AS, pengeluar terbesar [[gas rumah kaca]], juga tidak berminat menerima protokol ini.
 
Negara-negara berikut masih belum menyatakan persetujuan:
* [[Croatia]]
* [[Kazakhstan]]
* [[Zambia]]
 
Sikap Amerika Syarikat yang tidak bersetuju dengan protokol ini dikatakan akan menjejaskan pelaksanaan dan matlamat protokol ini, dalam jangka masa panjang, dan seterusnya menyebabkan usaha-usaha mengurangkan kehadiran gas rumah kaca dalam atmosfera menemui jalan buntu.
 
==Rujukan==
{{reflist}}
 
[[Kategori:Alam sekitar]]