Shakilla Khoriri: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 20:
 
==Kehidupan peribadi==
===Diugut kerana watak antagonis===
Pada 2014, Shakilla mendedahkan kepada media yang beliau pernah diserang oleh seorang wanita yang kelihatan tidak berpuas hati dan membenci dengan watak antagonis lakonannya di dalam sebuah drama. Menurutnya, beliau ketika itu sedang melayan peminat yang mahu bergambar dengannya sebelum wanita itu menyerangnya dari arah belakang. Selain itu, beliau turut menerima ugutan dirogol, dibunuh dan disimbah asid sekiranya beliau terus membawakan watak antagonis.<ref>{{cite news|url=http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/03/29/shakilla-khoriri/ |title=Shakilla Khoriri diserang peminat kerana watak jahat|author=Mohd Al-Qayum Azizi|publisher=[[mSTAR Online]]|date=29 April 2014|accessdate=27 Julai 2014}}</ref>
 
===Pertunangan===
 
Pada 16 Julai 2017, Shakilla telah bertunang dengan Fizi Ali yang merupakan seorang penyampai radio [[Suria FM]]. Pasangan ini telah pun bercinta selama empat tahun, <ref> Jemang Rahman pada 30 Mei 2017. [http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/05/30/fizi-ali-bertunang/ Fizi Ali & Shakilla Khoriri Bertunang 16 Julai.] mStar Online </ref> <ref> Oleh Zaidi Mohamad dicapai pada 6 September 2016. [http://www.bharian.com.my/node/190336 Shakilla Khoriri, Fizi Ali buat perancangan naik pelamin - Hiburan.] Bharian Online </ref> dan keputusan untuk bertunang diambil selepas Fizi menghantar rombongan merisik pada awal Februari lalu.