Amerika Syarikat: Perbezaan antara semakan

4 bait ditambah ,  16 tahun lalu
Abad ke-19 menyaksikan perkembangan AS dimerata benua Amerika Utara. Melalui paksaan, kekuatan militari, dan diplomasi AS memperolehi banyak negeri-negeri lain di dalam dan diluar negara seperti [[Cuba]] dan [[Filipina]]. Walaupun begitu, negara ini mengalami masalah sosial yang teruk. Dalam usaha untuk mengembangkan penempatan kaum kulit putih, kaum [[pribumi Indian]] telah dijadikan mangsa. Melalui kempen ketenteraan, pemusnahan, penyingkiran serta [[penempatan semula]] kaum pribumi Indian telah dipinggirkan. Di sebelah selatan pula, sistem [[hamba abdi]] masih diwujudkan dan kaum kulit hitam telah didera dan diberi status kelas kedua. Diskriminasi kaum merupakan salah satu sebab berlakunya [[Perang Saudara]] antara negeri-negeri Utara dan Selatan. Walaupun sistem hamba abdi telah dimansuhkan selepas kekalahan negeri-negeri Selatan, diskriminasi kaum terus berleluasa sehingga ke pertengahan abad ke-20.
 
Sewaktu era tersebut, negara ini terus maju menjadi sebuah kuasa [[perindustrian]] dan ia berterusan sehingga ke abad-20 yang dikenali sebagai [[Abad Kegemilangan Amerika]] atau "the American Century". Dalam abad ini pengaruh Amerika semakin meluas di arena antarabangsa dan menjadi pusat inovasi serta [[teknologi]] terunggul didunia ketika itu. Antara sumbangan teknologinya termasuklah [[telefon]], [[televisyen]], [[komputer]], [[Internet]], [[senjata nuklear]] dan , [[kapalterbang]] dan [[penerokaan angkasa lepas]].
 
Negara ini telah mengalami beberapa pengalaman pahit seperti [[Perang Saudara Amerika]] atau "the American Civil War" (1861-1865) dan kemelesetan ekonomi yang teruk sewaktu "[[Great Depression]]" (1929-1939) yang bukan sahaja melanda Amerika malah hampir seluruh dunia. Pengalaman terbaru yang paling menyedihkan ialah [[serangan 9/11]] pada 11 September 2001 di World Trade Center, New York, dimana hampir tiga ribu nyawa terkorban akibat serangan [[pengganas]].
Pengguna awanama