Kulit kayu manis: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
kTiada ringkasan suntingan
Baris 14:
Resipi Mesir untuk ''kyphi'', haruman yang digunakan untuk dibakar, termasuk kayu manis dan kasia sejak zaman Yunani dan seterusnya. Hadiah-hadiah penguasa Yunani ke kuil kadangkalanya termasuk kasia dan kayu manis. Di Mesir kuno, kayu manis digunakan sebagai antara bahan membalut [[mumia]].<ref name=":0">{{Cite book|url=https://books.google.com/books?id=MaAZMbSxNt4C|title=Herbal principles in cosmetics: properties and mechanisms of action |last=Burlando|first=B. |last2=Verotta |first2=L. |last3=Cornara |first3=L. |last4=Bottini-Massa |first4=E. |publisher=CRC Press |year=2010 |isbn=978-1-4398-1214-3 |location=Boca Raton |page =121}}</ref>
 
Kayu manis dibawa ke semenanjung Arab atas "rakit tanpa kemudi atau layar atau dayung", mengambil kesempatan daripada angin perdagangan musim sejuk. <ref>{{cite book |author1=Pliny the Elder |author2=Bostock, J. |author3=Riley, H.T. |year=1855 |volume=3 |title=Natural History of Pliny, book XII, The Natural History of Trees |chapter=42, Cinnamomum. Xylocinnamum |publisher=Henry G. Bohn |location=London |url=https://archive.org/details/naturalhistoryof03plin |pages=137–140}}</ref> [[Plinius yang Tua]], seorang penulis Rom, juga menyebut kasia sebagai agen perasa untuk wain.<ref>{{Cite book |url=https://books.google.com/books?id=L35fAAAAMAAJ |title=Natural History|author=Pliny the Elder |date=1938 |publisher=Harvard University Press |isbn=978-0-674-99433-1 |page=14}}</ref>
 
Menurut Plinius, sebuah paun Rom (327 gram (11.5 oz)) bagi kasia, kayu manis, atau serichatum bernilai sehingga 300 ''denarii'' iaitu "gaji selama sepuluh bulan". Pengisytiharan Harga Maksimum Diocletian<ref>Graser, E. R. A text and translation of the Edict of Diocletian, in An Economic Survey of Ancient Rome, Volume V: Rome and Italy of the Empire. Johns Hopkins Press. 1940. {{ISBN|978-0374928483}}</ref> padai 301 M memberikan harga 125 ''denarii'' untuk satu paun kasia, sementara buruh pertanian memperoleh 25 denarii sehari. Kayu manis terlalu mahal untuk digunakan secara umum bagi pembakaran mayat di Rom, tetapi [[Nero|Maharaja Nero]] dikatakan telah membakar bekalan setahun di kota itu pada waktu pengebumian untuk isterinya Poppaea Sabina pada 65 M.<ref>Toussaint-Samat 2009, p. 437f.</ref>
Baris 20:
Daun Malabathrum (''folia'') digunakan untuk memasak dan untuk penyulingan minyak yang digunakan dalam sos krim untuk tiram oleh gourmet Rom Gaius Gavius Apicius.<ref>''[[De re coquinaria]]'', I, 29, 30; IX, 7</ref> Malabathrum adalah antara rempah-rempah yang, menurut Apicius, mana-mana dapur yang baik harus memilikinya.
 
Sepanjang Zaman Pertengahan, sumber kayu manis merupakan misteri kepada dunia Barat. Dari membaca penulis-penulis Latin yang memetik [[Herodotus]], orang Eropah telah mengetahui bahawa kayu manis datang dari Laut Merah ke pelabuhan-pelabuhan perdagangan Mesir, tetapi dari mana asalnya kurang jelas. Ketika Sieur de Joinville menemani rajanya ke Mesir semasa Perang Salib pada tahun 1248, dia melaporkan - dan percaya - apa yang dia telah diberitahu: bahawa kayu manis dijala dalam jaring di sumber [[Sungai Nil]] di pinggir dunia (yakni di Habsyah). [[Marco Polo]] mengelakkan diri dari menulis perkara ini secara terperinci dalam catatannya. Herodotus dan penulis lain menamakan semenanjung Arab sebagai sumber kayu manis: mereka menceritakan kononnya bahawa burung-burung kayu manis gergasi mengumpul kayu manis dari tanah yang tidak diketahui di mana pokok kayu manis tumbuh dan digunakan untuk membina sarang mereka, dan orang-orang Arab menggunakan silap mata untuk memperoleh kayu-kayu tersebut. [[Pliny the Elder|Plinius theyang Elder]]Tua menulis pada abad pertama bahawa peniaga telah mereka kisah ini untuk mengenakan harga yang lebih tinggi, tetapi kisah ini masih kekal dipercayai di [[Byzantium]] selewat tahun 1310.
 
Orang yang pertama menyebut bahawa rempah yang tumbuh di Sri Lanka adalah Zakariya al-Qazwini dalam kitabnya bertajuk ''Athar al-bilad wa-akhbar al-‘ibad'' ("Peringatan Tempat dan Sejarah Tuhan Bondsmen") kira-kira 1270.<ref>{{cite web | last=Tennent | first=Sir James Emerson | title=Account of the Island of Ceylon | url=http://www.biodiversitylibrary.org/item/61724#page/11/mode/1up | accessdate=8 November 2014}}</ref> Ini diikuti tidak lama kemudian oleh John of Montecorvino, seorang mubaligh Katolik dari Itali, dalam surat sekitar tahun 1292.<ref>{{cite web | last=Yule | first=Henry | title=Cathay and the Way Thither | url=http://dsr.nii.ac.jp/toyobunko/III-2-F-b-2/V-1/page/0487.html.en | accessdate=July 15, 2008 | postscript=<!--None--> }}</ref>