Nujum Pa' Blalang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
→‎Plot: Plot dan nama watak
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 27:
==Plot==
===Bermulanya seorang nujum===
Filem dimulakan dengan diperkenalkan watak Belalang [[Bad Latiff]], seorang budak yang sangat rajin dan melakukan kerja ladang serta mengambil upah untuk menyara hidup keluarganya. Beliau mempunyai seorang bapa yang dipanggil Pak Belalang [[P.Ramlee]], yang merupakan seorang yang sangat malas dan kerjanya hanya tidur siang malam. Apabila orang bertandang ke rumah iaitu Cik Kadok [[M. Zain]] dan Cik Kacong [[M. Rafee]], di dapurnya tiada apa walaupun [[kopi]]. Akhirnya, tetamu dijemput minum minuman campuran arang bontot [[kuali]].
 
Pada suatu hari, Belalang terserempak dengan dua orang pencuri, Badan [[Aziz Sattar]] dan Nyawa [[S. Shamsuddin]], yang mencuri kambing dan lembu orang kampung. Belalang menakut-nakutkan pencuri tersebut dengan menyamar menjadi "anak jin yang mahu makan [[darah]]" untuk mendapatkan balik lembu dan kambing sebaik pencuri tersebut melarikan diri. Di rumah penghulu, Buntal [[H.M Busra]] dan Jambul [[Ali Fiji]], dua orang pengembala yang kehilangan lembu dan kambing dan orang kampung mencari penghulu untuk melaporkan hal tersebut. Dalam keriuhan, Belalang muncul dan mengatakan bapanya seorang ahli nujum yang mampu mengetahui kedudukan [[lembu]] dan [[kambing]] tersebut. Dalam perasaan tidak percaya, penghulu dan orang kampung yang lain turut ke rumah Pak Belalang.
 
Pak Belalang (yang masihtelah tidur) dikejutkanberpakat dengan kehadiran orang ramai. Pakanaknya, Belalang tidak[[Bad tahu apa yang berlaku walaupun dia tahu itu semua rancangan anaknya. dia mengikut sahaja arahan anaknya,Latif]] lalu mengambil "geluk jampi" yang berisi air dan dijampi (walaupun tidak tahu apa jampinya). Air itu kemudiannya ditunjukkan kepada penghulu dan dua pengembala dan jika mereka tidak nampak, diugutnya bahawa mereka akanadalah pendekanak umurdiluar nikah. Pak Belalang turut tidakberpura-pura nampak apa-apabayangan di dalam air tersebut tetapi mujurtidak tahu dimana kedudukan lembu & kambing itu. Mujurlah Belalang yang mengetahui kedudukan lembu dan kambing itu dapat memberitahu mereka lalu meyakinkan orang kampung akan kebolehan Pak Belalang.
 
===Pak Belalang Ahli Nujum Negara===
Pada suatu malam, Badan dan Nyawa telah menggunakan ilmu pukau untuk menidurkan seluruh warga Istana Negeri Beringin Rendang lalu mencuri harta istana termasuk satu peti [[syiling]] [[emas]], rantai kepunyaan Puteri Si Bujur Sirih [[Hashimah Yon]] dan Mahkota milik Sultan Shahrul Nizam ibni Sultan Malik Shah [[Ahmad Nisfu]]. Selepas seluruh isi istana sedar, Sultan telah murka dan kemudian Penghulu [[Malek Sutan Muda]] menyatakan tentang kebolehan Pak Belalang sebagai nujum. Pak Belalang telah dibawa ke istana dan diperintahkan untuk mencari tempat harta tersebut disembunyikan. Seperti biasa, Pak Belalang tidak dapat melakukan apa-apa dan meminta untuk meminta masa itu. Sebagai balasan sekiranya Pak Belalang tidak menemui harta tersebut, baginda Sultan akan memancung Pak Belalang dan memenjarakan Penghulu.
 
Pak Belalang pulang dan melarikan diri dengandan atas cadangan Belalang bersembunyi di dalam sebuah gua di Bukit Tunggal. Secara kebetulan, beliau terdengar Badan dan Nyawa mengira-gira harta istana. Pak Belalang mengugut mereka sebagai "penunggu gua" dan menyuruh mereka meninggalkan harta tersebut supaya tidak mati. Sementara itu, Belalang telah dibawa menghadap Sultan untuk menggantikan Pak Belalang yang tiada di rumah. Sultan bertanyakan khabar tentang harta istana kepada Belalang. Belalang membuat helah bahawa bapanya telah ke "Gunung Cinerama" yang terletak di negara [[Jepun]]. Sultan terlihat bekalan yang dipegang Belalang dan menuduh Belalang menipu, sama seperti ayahnya. Belalang membuat dalih bahawa bekalan itu adalah untuk 'jin lapar'. Disebabkan Sultan tahu bahawa semuanya hanya temberang, Sultan mahu menghukum Belalang. Mujur Pak Belalang muncul dan memberitahu kedudukan harta istana itu yang disembunyikan oleh 'jin miskin' (helahnya). Pak Belalang memberitahu, untuk memasuki gua tersebut, hanya empat orang sahaja yang dibenarkan untuk memasuki gua iaitu Sultan, Permaisuri [[Saamah]], Perdana Menteri [[Kemat Hassan]] dan Puteri. Mereka juga perlu masuk ke dalam dengan cara merangkak dan tidak dibenarkan berdiri. Mereka dibawa ke sana dan memasuki gua tersebut (sambil mengikut syarat Pak Belalang).
 
Sultan sangat gembira dengan 'kebolehan dan hasil tilikan' Pak Belalang dan melantik beliau sebagai Ahli Nujum Negara.
 
===Cabaran Ahli Nujum Negara===
Ketika Sultan dan para penghulu Beringin Rendang sedang membincangkan masalah kerajaan dan rakyat, Inang [[Habsah Buang]] telah meluru masuk ke balai penghadapan dalam keadaan menangis teresak-esak dan mengatakan Puteri Si Bujur Sirih [[Hashimah Yon]] telah rebah tidak sedarkan diri. Baginda Sultan Shahrul Nizam memerintahkan agar Nujum Pak Belalang dipanggil untuk memeriksa keadaan tuan puteri yang jatuh gering. Ketika Pak Belalang tiba di kamar peraduan puteri, beliau mendapati bahawa tuan puteri berpura-pura pengsan. Sebagai helah untuk mengetahui hal sebenar daripada tuan puteri itu, Pak Belalang mengatakan bahawa puteri telah dijangkiti penyakit "angau" dan pemeriksaan harus dilakukan oleh Pak Belalang seorang diri bersama puteri di dalam bilik tanpa orang lain.
 
[[Imej:Nujum movie.jpg|thumb|right|Pak Belalang ([[P. Ramlee]]) bersama Puteri Si Bujur Sirih ([[Hashimah Yon]]).]]
Setelah semua orang keluar, Puteri Si Bujur Sirih bangun dan mengatakan dia ingin berjumpa dengan Pak Belalang di Taman Istana pada jam 11 malam. Memandangkan perkara tersebut berbahaya untuk dilakukan Pak Belalang, beliau mencari akal dan memberitahu Sultan bahawa cara untuk puteri berubat adalah dengan membiarkan puteri keluar ke taman pada malam itu berseorangan tanpa dikawal oleh pengawal juga. Maka, itulah peluang Pak Belalang untuk berjumpa puteri tanpa diketahui sesiapa (walaupun semua ini adalah rancangan Inang pada asalnya). Keesokan harinya, puteri berkata bahawa dia sudah sembuh setelah "berubat" pada malam itu.
 
Setelah lega dengan keadaan tuan puteri, Sultan kembali ke Istana Besar untuk menyambungkan perbincangan dengan penghulu yang tergendala tempoh hari sebelumnya. Ketika dalam perbincangan, mereka terdenganterdengar berdas-das tembakan [[meriam]]. Kemudian dikhabarkan bahawa [[kapal]] dari Masai telah tiba. Sultan ragu-ragu dengan kedatangan mereka dan mengatakan sediakan bala tentera. Sekiranya rombongan dari Masai ingin berperang, mereka akan diserang oleh tentera Beringin Rendang. Sekiranya mereka datang dengan aman, kedatangan mereka akan dialu-alukan.
 
===Pertaruhan Dua Sultan===
Mereka melihat rombangan Sultan Masai [[Sharif Dol]]adalah untuk jalan damai iaitu tiada satu bala tentera pun yang dibawanya. Hal itu disebabkan mereka tahu mereka tidak mempunyai kekuatan tentera untuk menentang Beringin Rendang, maka mereka datang ke sana untuk bertanding kepintaran. Di istana, kedua-dua orang sultan pun bertemu.
 
Sultan Masai pun mengutarakan pandangannya untuk beradu akal antara kedua-dua ahli nujum negara dan untuk itu, baginda sedia mempertaruhkan negaranya. Sultan Shahrul Nizam berfikir sejenak sebelum meletakkan keyakinan sepenuhnya kepada Pak Belalang yang sebenarnya tiada kepintaran akal. Setelah menanda tangani perjanjian antara dua negara, ahli nujum Masai pun mengajukan soalan:
Baris 76:
* Di manakah terletaknya kekuatan Datuk Laksamana [[Hang Tuah]]. Di kerisnya kah? Atau di tenaganya kah?
 
: Pak Belalang menjawab "kekuatan Datuk Laksamana Hang Tuah bukan terletak di keris atau di tenaganya tetapi terletak pada [[Ta (huruf)|huruf Ta]] kerana huruf Ta yang menguatkan nama Tuah, [[Ta (huruf)|Ta]] - [[Wau (huruf Arab)|Wau]] - [[Alif]] - [[Ha (huruf Arab)|Ha]] : Tuah, '''ﺗﻮﺍﻩ'''." Jika ditukar Ta itu kepada [[Ba (huruf Arab)|Ba]], bunyinya akan jadi 'Buah'.
 
==Tuah Pak Belalang==