Nujum Pa' Blalang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Watak
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
→‎Plot: Wata
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 27:
==Plot==
===Bermulanya seorang nujum===
Filem dimulakan dengan diperkenalkan watak Belalang ([[Bad Latiff]]), seorang budak yang sangat rajin dan melakukan kerja ladang serta mengambil upah untuk menyara hidup keluarganya. Beliau mempunyai seorang bapa yang dipanggil Pak Belalang ([[P.Ramlee]]), yang merupakan seorang yang sangat malas dan kerjanya hanya tidur siang malam. Apabila orang bertandang ke rumah iaitu Cik Kadok ([[M. Zain]]) dan Cik Kacong ([[M. RafeeRafiee]]), di dapurnya tiada apa walaupun [[kopi]]. Akhirnya, tetamu dijemput minum minuman campuran arang bontot [[kuali]].
 
Pada suatu hari, Belalang terserempak dengan dua orang pencuri, Badan ([[Aziz Sattar]]) dan Nyawa ([[S. Shamsuddin]]), yang mencuri kambing dan lembu orang kampung. Belalang menakut-nakutkan pencuri tersebut dengan menyamar menjadi "anak jin yang mahu makan [[darah]]" untuk mendapatkan balik lembu dan kambing sebaik pencuri tersebut melarikan diri. Di rumah penghulu, Buntal ([[H.M. Busra]]) dan Jambul ([[Ali Fiji]]), dua orang pengembala yang kehilangan lembu dan kambing dan orang kampung mencari penghulu untuk melaporkan hal tersebut. Dalam keriuhan, Belalang muncul dan mengatakan bapanya seorang ahli nujum yang mampu mengetahui kedudukan [[lembu]] dan [[kambing]] tersebut. Dalam perasaan tidak percaya, penghulu dan orang kampung yang lain turut ke rumah Pak Belalang.
 
Pak Belalang yang telah berpakat dengan anaknya, Belalang ([[Bad Latif]]) lalu mengambil "geluk jampi" yang berisi air dan dijampi (walaupun tidak tahu apa jampinya). Air itu kemudiannya ditunjukkan kepada penghulu dan dua pengembala dan jika mereka tidak nampak, diugutnya bahawa mereka adalah anak diluar nikah. Pak Belalang berpura-pura nampak bayangan di dalam air tersebut tetapi tidak tahu dimana kedudukan lembu & kambing itu. Mujurlah Belalang yang mengetahui kedudukan lembu dan kambing itu dapat memberitahu mereka lalu meyakinkan orang kampung akan kebolehan Pak Belalang.
Baris 36:
Pada suatu malam, Badan dan Nyawa telah menggunakan ilmu pukau untuk menidurkan seluruh warga Istana Negeri Beringin Rendang lalu mencuri harta istana termasuk satu peti [[syiling]] [[emas]], rantai kepunyaan Puteri Si Bujur Sirih ([[Hashimah Yon]]) dan Mahkota milik Sultan Shahrul Nizam ibni Sultan Malik Shah ([[Ahmad Nisfu]]). Selepas seluruh isi istana sedar, Sultan telah murka dan kemudian Penghulu ([[Malek Sutan Muda]]) menyatakan tentang kebolehan Pak Belalang sebagai nujum. Pak Belalang telah dibawa ke istana dan diperintahkan untuk mencari tempat harta tersebut disembunyikan. Seperti biasa, Pak Belalang tidak dapat melakukan apa-apa dan meminta untuk meminta masa itu. Sebagai balasan sekiranya Pak Belalang tidak menemui harta tersebut, baginda Sultan akan memancung Pak Belalang dan memenjarakan Penghulu.
 
Pak Belalang pulang dan melarikan diri dan atas cadangan Belalang bersembunyi di dalam sebuah gua di Bukit Tunggal. Secara kebetulan, beliau terdengar Badan dan Nyawa mengira-gira harta istana. Pak Belalang mengugut mereka sebagai "penunggu gua" dan menyuruh mereka meninggalkan harta tersebut supaya tidak mati. Sementara itu, Belalang telah dibawa menghadap Sultan untuk menggantikan Pak Belalang yang tiada di rumah. Sultan bertanyakan khabar tentang harta istana kepada Belalang. Belalang membuat helah bahawa bapanya telah ke "Gunung Cinerama" yang terletak di negara [[Jepun]]. Sultan terlihat bekalan yang dipegang Belalang dan menuduh Belalang menipu, sama seperti ayahnya. Belalang membuat dalih bahawa bekalan itu adalah untuk 'jin lapar'. Disebabkan Sultan tahu bahawa semuanya hanya temberang, Sultan mahu menghukum Belalang. Mujur Pak Belalang muncul dan memberitahu kedudukan harta istana itu yang disembunyikan oleh 'jin miskin' (helahnya). Pak Belalang memberitahu, untuk memasuki gua tersebut, hanya empat orang sahaja yang dibenarkan untuk memasuki gua iaitu Sultan, Permaisuri ([[SaamahSa'amah]]), Perdana Menteri ([[Kemat Hassan]]) dan Puteri. Mereka juga perlu masuk ke dalam dengan cara merangkak dan tidak dibenarkan berdiri. Mereka dibawa ke sana dan memasuki gua tersebut (sambil mengikut syarat Pak Belalang).
 
Sultan sangat gembira dengan 'kebolehan dan hasil tilikan' Pak Belalang dan melantik beliau sebagai Ahli Nujum Negara.
Baris 49:
 
===Pertaruhan Dua Sultan===
Mereka melihat rombangan Sultan Masai ([[SharifShariff Dol]]) adalah untuk jalan damai iaitu tiada satu bala tentera pun yang dibawanya. Hal itu disebabkan mereka tahu mereka tidak mempunyai kekuatan tentera untuk menentang Beringin Rendang, maka mereka datang ke sana untuk bertanding kepintaran. Di istana, kedua-dua orang sultan pun bertemu.
 
Sultan Masai pun mengutarakan pandangannya untuk beradu akal antara kedua-dua ahli nujum negara dan untuk itu, baginda sedia mempertaruhkan negaranya. Sultan Shahrul Nizam berfikir sejenak sebelum meletakkan keyakinan sepenuhnya kepada Pak Belalang yang sebenarnya tiada kepintaran akal. Setelah menanda tangani perjanjian antara dua negara, ahli nujum Masai pun mengajukan soalan: