Nujum Pa' Blalang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 79:
 
==Tuah Pak Belalang==
Dengan negara Beringin Rendang beroleh kemenangan, Sultan Masai tidak berpuas hati kerana mengesyaki ahli nujumnya ([[Udo Omar]]) berpakat dengan pihak Beringin Rendang untuk menjatuhkan baginda. Baginda lalu mengajukan satu lagi persoalan. Pak Belalang tidak bersetuju tetapi Sultan Shahrul Nizam memujuk untuk menyahut cabaran baginda Masai. Sultan Masai mengeluarkan sesuatu dari uncang ke dalam genggamannya dan menyuruh Pak Belalang meneka apakah itu. Pak Belalang mengetahuui bahawa dia tidak dapat menjawabnya lalu merintih dan merungut sambil memanggil nama "Belalang" dan menyalahkan anaknya yang berdegil untuk berlawan. Sultan Masai yang mendengarnya terduduk. Sultan Shahrul Nizam bertanya sebab dan baginda menjawab bahawa jawapan Pak Belalang itu betul kerana yang digenggamnya adalah seekor [[belalang]]. Maka, dengan itu, Beringin Rendang beroleh kemenangan mutlak dan negara Masai jatuh ke tangan Beringin Rendang.
 
Disebabkan tiada negara, Sultan Masai menetap di atas kapalnya. Suatu hari, Badan dan Nyawa datang mengadap Sultan (kononnya mereka abang ipar Sultan) dan mengutarakan cadangan untuk memperoleh semula negara baginda. Mereka berdua akan menculik Tuan Puteri Si Bujur Sirih dan menyembunyikannya. Kemudian dicadangkan apabila Sultan mengumumkan baginda akan memperkenankan apa sahaja permintaan sesiapa yang memulangkan tuan puteri itu, Sultan Masai akan muncul dan memulangkan puteri lalu miminta untuk dikembalikan negara serta mengahwini puteri itu.