Lakshmi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Dekoelie (bincang | sumb.)
Laman baru: right|thumb|Lakshmi '''Lakshmi''' atau '''Mahalakshmi''' (Sanskrit: लक्ष्मी ''{{IAST|lakṣmī}}'') adalah dewi kekayaan...
 
Dekoelie (bincang | sumb.)
Baris 3:
 
==Legenda==
Kemunculan dewi Lakshmi berkaitan dengan sebuah cerita zaman silam. [[Durvasa]], seoranseorang pendeta yang panas darah pernah pada suatu ketika mempersembahkan kepada [[Indra]], raja segala dewa, sekalung bunga yang tidak akan layu. Indra memberi kalungan bunga itu kepada gajahnya [[Airavata]]. Pendeta Darvasa dapati yang gajah Indra telah memijak kalungan bunganya dan menyumpah Indra kerana tidak menunjukkan hormat kepadanya. Pendeta itu menyumpah Indra dan dewa-dewa yang lain yang mereka akan kehilangan segala kuasa mereka kerana menjadi bongkak kerananya. Disebabkan sumpahan itu, dewa-dewa itu diusir dari syurga.
 
Dewa-dewa ini cuba mendapat pertolongan dari dewa [[Brahma]] yang menyuruh mereka menggodak lautan susu, [[Ksheersagar]] untuk mendapatkan nektar kehidupan abadi. Dewa-dewa ini kemudian pergi ke dewa Vishnu untuk mendapat bantuannya. Vishnu menggunakan pertolongan Kurma si Kura-Kura, Manthara Parvata (gunung) sebagai alat penggodak, dan [[Vasuki]] sebagai tali penggodak untuk membantu mereka melakukan tugas itu.