U Thant: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Khairul hazim (bincang | sumb.)
Khairul hazim (bincang | sumb.)
Baris 26:
 
==Perkhidmatan awam==
Apabila U Nu menjadi Perdana Menteri baru Myanmar / Burma merdeka, [[U Nu]] menjemput U Thant menyertainya di Yangon sebagai Pengarah Penyiaran pada 1948. Kemudian dia menjawat Setiausaha Kerajaan Myanmar dalam Kementerian Penerangan Myanmar. Dari 1951 hingga 1957, U Thant menjadi setiausaha Perdana Menteri Myanmar , menulis ucapan untuk U Nu , mengatur perjalanan ke luar negara dan mesyuarat dengan pelawat asing. Beliau juga ambil bahagian dalam persidangan antarabangsa dan menjadi setiausaha [[Persidangan Asia-Afrika]] pertama [[1955]] di [[Bandung]], [[Indonesia]] yang akhirnya tertubuh [[Pergerakan Berkecuali]].
 
Di akhir tempoh itu, beliau menjadi penasihat dan sangat intim dengan U Nu. Dari 1957 hingga 1961, beliau menjadi perwakilan tetap Myanmar ke [[Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu]] dan terlibat dalam perundingan kemerdekaan [[Algeria]]. Pada 1960 , kerajaan Myanmar telah menganugerah padanya gelaran [[Maha Thray Sithu]] iaitu komander dalam [[Pyidaungsu Sithu Thingaha]] ( = kesatria).
 
==Setiausaha Agung PBB==