Batu bersurat Singapura: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
 
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Batu bersurat Singapura''' merujuk kepada satu batu bersurat yang dijumpai ketika [[Thomas Stamford Raffles|Sir Stanford Raffles]] membuka [[Singapura]]. Jumpaan batu bersurat tersebut terdapat di dalam karya Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. Batu bersurat tersebut berbentuk empat segi, selebar sedepa (1.7 meter) dan mempunyai tulisan dipahat. Batu bersurat tersebut dijumpai di hujung tanjung semasa pembukaan Singapura, dan kekal sehingga semasa Bonham menjadi gabenor bagi Singapura, [[Pulau Pinang]] dan [[Melaka]]. Ketika itu seorang jurutera Inggeris bernama Coleman telah memecahkan batu tersebut.
 
Beberapa usaha mengenalpasti jenis tulisan telah dilakukan semasa itu, teapi ianya masih tidak dapat dikenal pasti. Malah salinan tulisan tersebut telah di hantar ke London bagi mengenal pasti asal tulisan tersebut tetapi masih gagal. Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi sendiri menyatakan ianya kelihatan seperti tulisan arab, tetapi akhirnya ia telah diputuskan oleh Raffles sebagai tulisan Hindi (Sanskrit) memandangkan usia batu bersurat tersebut yang begitu lama.