Perbezaan antara semakan "Emile Lahoud"

603 bait ditambah ,  13 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
{{Infobox President | name=Emile Lahoud<br/>اميل لحود
| image=Lebanon.EmileLahoud.01.jpg
| order=[[Presiden Republik Lubnan]] ke-14
| term_start=[[24 November]] [[1998]]
| term_end=[[23 November]] [[2007]]
| predecessor=[[Elias Hrawi]]
| successor=
}}
 
'''Emile Lahoud''' ([[Bahasa Arab|B.bahasa Arab]]: اميل لحود) merupakan [[Presiden]] Republik [[Lubnan]] yang ke-14. Sebelum menjadi Presiden, beliau pernah menyandang jawatan Komander Angkatan Tentera Lubnan.
 
==Biografi==
Emile Lahoud dilahirkan di Beirut pada 1936. Ibunya ialah orang kaum [[Armenia]] yang berasal dari Syria. Lahoud menyertai tentera Lubnan apabila berusia 20 tahun. Beliau dinaikkan pangkat beberapa kali sehingga dilantik sebagai Komander Angkatan Tentera pada 1989. Semasa [[Perang Saudara Lubnan]] 1975-1990, Lahoud berkhidmat di bawah Jen [[Michel Aoun]].
 
Pada 1998, Lahoud menyertai pilihan raya Presiden Lubnan dan dipilih oleh rakyatahli Parlimen sebagai Presiden negaranya yang ke-14. Menurut Perlembagaan Lubnan, tempoh khidmat Presiden berakhir selepas 6 tahun, dan Presiden-presiden hanya berkhidmat untuk satu tempoh sahaja. Walau bagaimanapun, pada tahun 2004, Parlimen Lubnan telah memanjangkan tempoh Lahoud sehingga 2007. Tindakan ini dikatakan dipengaruhi oleh pihak Syria.
 
==Tamat tempoh==
Apabila tempoh Lahoud sebagai Presiden tamat pada November 2007, ahli Parlimen pro dan anti-Syria masih gagal melantik penggantinya akibat pertikaian atas pemilihan calon. Sebelum meninggalkan jawatan, Lahoud mengumumkan bahawa beliau menyerahkan tanggunjawab keselamatan kepada tentera Lubnan. Sejak tiga orang ahli [[Hezbollah]] meletak jawatan sebagai Menteri dalam Kabinet, Lahoud enggan mengiktiraf Kerajaan Eksekutif yang dipimpin [[Fouad Siniora]], dengan alasan sebuah kabinet yang mengecualikan pihak [[Syiah]] adalah melanggar Perlembagaan.
 
==Pautan luar==
5,381

suntingan