Perbezaan antara semakan "Laluan Persekutuan Malaysia 3"

tiada ringkasan suntingan
k
==Latar belakang laluan==
[[Fail:Terengganusign.png|thumb|left|240px|Papan tanda penunjuk arah Jalan Persekutuan 3 di [[Terengganu]].]]
Jalan Persekutuan 3 merupakan salah satu daripada tiga jalan persekutuan tulang belakang utara-selatan di Semenanjung Malaysia; dua lagi laluan ialah [[Laluan Persekutuan Malaysia 1|Jalan Persekutuan 1]] dan [[Laluan Persekutuan Malaysia 5|5]].<ref name="blogjalanraya2">{{cite web |url=http://blogjalanraya.blogspot.my/2014/11/kenali-rangkaian-laluan-tulang-belakang.html |title=Kenali rangkaian laluan tulang belakang negara kita |language=Malay |author=<!--Staff writer(s); no by-line.--> |date=2014-11-01 |website=Blog Jalan Raya Malaysia |publisher= |access-date=2015-11-18 |quote=}}</ref> Secara amnya, Jalan Persekutuan 3 menyelusuri sepanjang pantai timur Semenanjung Malaysia.<ref name="jkr-inventori">{{cite book |author=<!--Staff writer(s); no by-line.--> |title=Inventori Rangkaian Jalan Utama Persekutuan Semenanjung Malaysia |url= |location=[[Kuala Lumpur]] |publisher=[[MalaysianKementerian MinistryKerja ofRaya WorksMalaysia]] |pages= |date=2009 |isbn=978-983-44278-2-5 }}</ref>
 
Lebuh raya FT3 bermula sebagai [[jalan raya kembar]] di Persimpangan Johor Bahru yang dihubungkan dengan Jalan Persekutuan 1, jalan raya utama di bahagian tengah Semenanjung Malaysia, di kilometer pertamanya. Kemudian di [[Kota Tinggi]], jalan FT3 berubah menjadi jalan super two sehingga ke [[Pekan, Pahang|Pekan]]. Namun, jalan FT3 masih belum merupakan jalan raya pantai; hanya setelah melalui Mersing barulah jalan FT3 berubah menjadi jalan raya pantai. Di Pekan, jalan FT3 menyeberangi [[Sungai Pahang]] melalui [[Jambatan Sultan Abu Bakar]] FT3 dan terus ke [[Kuantan]] sebagai jalan raya kembar.<ref name="jkr-inventori" />
 
Di Kuantan, FT3 bertindih dengan Jalan Gambang FT2 seketika dari Exit 254 Persimpangan Jalan Pekan sehinggalah ke Exit 253 Persimpangan Pandan sebelum FT3 dilencongkan ke [[Jalan Pintasan Kuantan]] FT3. Jalan Pintasan Kuantan FT3 berterusan sebagai Jalan Kuantan–Kuala Terengganu FT3 yang menyelusuri sepanjang garis pantai Terengganu. Di [[Kuala Terengganu]], lebuh raya FT3 dilencongkan ke Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu FT3 yang menyelusuri sepanjang kawasan pedalaman utara Terengganu dan dataran utara Kelantan. Di Kota Bharu, FT3 menyeberangi [[Sungai Kelantan]] melalui [[Jambatan Sultan Yahya Petra]] FT3 ke [[Wakaf Bharu]] sebelum menyelusuri sepanjang tebing barat Sungai Kelantan ke [[Pasir Mas]]. Di Pasir Mas, lebuh raya FT3 dilencongkan ke barat ke arah [[Rantau Panjang]] di sempadan Malaysia–Thailand. Di sempadan Malaysia–Thailand, jalan FT3 menyeberangi [[Sungai Golok]] melalui [[Jambatan Rantau Panjang–Sungai]] dan berterusan sebgai Jalan Sungai Padi (Laluan 4056) di [[Thailand]].<ref name="jkr-inventori" />
 
==Sejarah==
Jalan Persekutuan 3 bermula sebagai sebatang jalan raya pendek sepanjang {{Convert|8|mi|km|0}} dari [[Johor Bahru]] ke Sungai Pandan, yang membentuk jajaran Lebuhraya Tebrau FT3 sekarang. Ia dibina pada tahun 1866 oleh Dato' [[Muhamad Salleh bin Perang]] (juga dikenali sebagai Dato' Bentara Luar).<ref name="blogjalanraya1" /> Jalan raya ini kemudian dipanjangkan sehingga ke [[Kota Tinggi]], yang siap pada tahun 1919.<ref name="uitm1">{{cite thesis |author=Abd. Hamid Abd. Majid |date=1980-05-01 |title=Analisa Rangkaian Jalan Raya dan Kaitannya Dengan Pembangunan Ekonomi |type=Diploma |chapter=1.1 – Sejarah Perkembangan Jalanraya Sebelum Merdeka |page=8 |publisher=[[Universiti Teknologi MARA]] |docket= |oclc= |url=http://ir.uitm.edu.my/1091/1/ABD_HAMID_ABD_MAJID_80_24.pdf |archive-url=https://web.archive.org/web/20160304091336/http://ir.uitm.edu.my/1091/1/ABD_HAMID_ABD_MAJID_80_24.pdf |archive-date=2016-03-04 |access-date=2015-11-18}}</ref> Sementara itu, pada tahun 1915, Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu FT3 dibina, siap pada tahun 1923.<ref name="jkr2">{{cite book |author=<!--Staff writer(s); no by-line.--> |title=Roads in Malaysia |url= |location=[[Kuala Lumpur]] |publisher=[[Kementerian Kerja Raya Malaysia]] |page=16 |date=2011 |isbn=978-967-5399-17-6 }}</ref><ref name="uitm2">{{cite thesis |author=Abd. Hamid Abd. Majid |date=1980-05-01 |title=Analisa Rangkaian Jalan Raya dan Kaitannya Dengan Pembangunan Ekonomi |type=Diploma |chapter=1.1 – Sejarah Perkembangan Jalanraya Sebelum Merdeka |page=12 |publisher=[[Universiti Teknologi MARA]] |docket= |oclc= |url=http://ir.uitm.edu.my/1091/1/ABD_HAMID_ABD_MAJID_80_24.pdf |archive-url=https://web.archive.org/web/20160304091336/http://ir.uitm.edu.my/1091/1/ABD_HAMID_ABD_MAJID_80_24.pdf |archive-date=2016-03-04 |access-date=2015-11-18}}</ref>
 
Pada tahun 1911, kerajaan negeri [[Johor]] bekerjasama dengan kerajaan penjajah [[United Kingdom|British]] untuk membangunkan satu rangkaian jalan raya dari [[Johor Bahru]] ke [[Batu Pahat]] dan Muar.<ref>Johore Annual Report 1911</ref> Hasilnya, [[Laluan Persekutuan Malaysia 50|Jalan Batu Pahat–Kluang–Mersing]] siap pada tahun 1919,<ref name="uitm1" /> di mana jajaran dari Jemaluang ke Mersing membentuk sebahagian daripada jajaran Jalan Persekutuan 3 sekarang.<ref name="blogjalanraya1" /> Pada masa yang sama, satu lagi jajaran jalan raya dari Kota Tinggi ke Jemaluang dibina bagi menghubungkan antara Jalan Johor Bahru–Kota Tinggi FT3 dengan Jalan Jemaluang–Mersing FT3.<ref name="uitm1" /> Pada tahun 1939, Jalan Kuantan–Kuala Terengganu FT3 dan Jalan Kuantan–Pekan FT3 (sehingga ke Peramu di tebing utara [[Sungai Pahang]]) dibina.<ref name="uitm2" /><ref name="uitm3">{{cite thesis |author=Abd. Hamid Abd. Majid |date=1980-05-01 |title=Analisa Rangkaian Jalan Raya dan Kaitannya Dengan Pembangunan Ekonomi |type=Diploma |chapter=1.1 – Sejarah Perkembangan Jalanraya Sebelum Merdeka |page=11 |publisher=[[Universiti Teknologi MARA]] |docket= |oclc= |url=http://ir.uitm.edu.my/1091/1/ABD_HAMID_ABD_MAJID_80_24.pdf |archive-url=https://web.archive.org/web/20160304091336/http://ir.uitm.edu.my/1091/1/ABD_HAMID_ABD_MAJID_80_24.pdf |archive-date=2016-03-04 |access-date=2015-11-18}}</ref>
 
Tidak seperti jalan-jalan utama di negeri-negeri pantai barat Tanah Melayu, tahap perkembangan pembinaan Jalan Persekutuan 3 sangat perlahan, berikutan kurangnya sumber ekonomi di negeri-negeri pantai timur Tanah Melayu. Akibatnya, wujud satu jurang antara [[Pekan, Pahang|Pekan]] dengan [[Endau]] berikutan populasi yang amat jarang serta muka bumi berpaya.<ref name="blogjalanraya1" /> Untuk mengisi jurang tersebut, [[Kementerian Kerja Raya Malaysia|Menteri Kerja Raya]] pasca kemerdekaan pertama Malaysia, Tun [[V.T. Sambanthan]], memohon kepada kerajaan persekutuan untuk memperuntukkan sejumlah besar wang untuk membiayai pembinaan jalan-jalan luar bandar baharu, di samping memulihkan semula jalan raya sedia ada. Pembinaan rangkaian jalan raya luar bandar baharu berkembang daripada {{Convert|400|mi|km|0}} pada tahun 1961 kepada {{Convert|700|mi|km|0}} pada tahun berikutnya. Antara jalan-jalan baharu tersebut, projek jalan raya terpanjang ialah Jalan Pekan–Kuala Rompin FT3 dan Jalan Endau–Kuala Rompin FT3, kedua-duanya siap pada tahun 1962.<ref name="um" /> Dengan siapnya kedua-dua jalan tersebut, maka lengkaplah sudah keseluruhan jajaran Jalan Persekutuan 3.<ref name="blogjalanraya1" />
 
Seperti [[Laluan Persekutuan Malaysia 5|pasangan pantai baratnya]], pembinaan Jalan Persekutuan 3 memerlukan banyak jambatan yang lebih panjang. Hasilnya, beberapa buah jambatan utama seperti [[Jambatan Sultan Yahya Petra]] FT3 di [[Kota Bharu]] dan [[Jambatan Sultan Abu Bakar]] di Pekan dibina sebagai jambatan tol bagi membiayai kos pembinaannya. Jambatan Sultan Yahya Petra FT3 dibina pada tahun 1962 dan dibuka kepada lalu lintas pada 17 April 1965,<ref name="hids1">{{cite web |url=http://www2.arkib.gov.my/hids/readarticle.php?article_id=1368&y=2007&m=11 |title=Perasmian Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan |author=<!--Not stated--> |date=1965-04-17 |website=Hari Ini Dalam Sejarah |publisher=[[Arkib Negara Malaysia]] |access-date=2017-03-27 |quote=}}</ref> manakala Jambatan Sultan Abu Bakar FT3 dibina pada tahun 1968 dan dibuka pada 28 Februari 1970.<ref name="hids2">{{cite web |url=http://www2.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=5670 |title=Jambatan Sultan Abu Bakar dirasmikan |author=<!--Not stated--> |date=1965-04-17 |website=Hari Ini Dalam Sejarah |publisher=[[Arkib Negara Malaysia]] |access-date=2017-03-27 |quote=}}</ref> Sementara itu, satu lagi jambatan utama di sepanjang FT3, Jambatan Pulau Rusa FT3 dekat [[Kuala Terengganu]], dibina pada tahun 1960.<ref name="hmetro2">{{cite news |author=Ahmad Rabiul Zulkifli |title=Pulau hanya ada sebatang ru |url= |publisher=[[Harian Metro]] |location= |date=2011-07-31 |access-date=2017-03-27 }}</ref>
 
Pada 1 September 1974, Lembaga Pelabuhan Kuantan ditubuhkan untuk membina [[Pelabuhan Kuantan]]. Pembinaan bermula tahun 1976 dan dibuka sepenuhnya pada tahun 1984.<ref name="kuantan-port">{{cite web |url=http://www.lpktn.gov.my/lpktn/index.php/my/profil-jabatan/sejarah |title=Lembaga Pelabuhan Kuantan – Sejarah |author=<!--Not stated--> |date= |website= |publisher=Kuantan Port Authority |access-date=2017-03-27 |quote=}}</ref> Hasilnya, [[Jalan Pintasan Kuantan|sebatang jalan raya baharu yang memintas Kuantan]] dibina bagi mengurangkan kesesakan di [[Kuantan]] di samping mengurangkan kerosakan jalan yang diakibatkan oleh kenderaan berat yang berulang-alik ke Pelabuhan Kuantan.<ref name="blogjalanraya1" /> Jalan Pintasan Kuantan FT3 kemudian dinaik taraf menjadi [[jalan raya kembar]] pada tahun 2005, yang siap pada tahun 2007.<ref name="rmk9">[http://www.kkr.gov.my/public/Projek%20Pembangunan%20RMKe9%20KKR%20Siap%202008_1.pdf Projek Pembangunan RMKe-9 Kementerian Kerja Raya] – [[Kementerian Kerja Raya Malaysia]]. Dicapai pada 2017-03-27.</ref>
 
Keseluruhan jajaran FT3 membentuk jajaran Malaysia bagi [[Rangkaian Lebuh Raya Asia|Lebuh Raya Asia]] Laluan [[AH18]].<ref name="asian-highway" /> Hasilnya, jajaran di sepanjang Jalan Persekutuan 3 dinaik taraf secara berperingkat sama ada sebagai jalan super two ataupun [[jalan raya kembar]].<ref name="blogjalanraya1" /> Di samping itu, Jalan Persekutuan 3 terus popular sebagai jalan raya pantai di sepanjang pantai timur Semenanjung Malaysia yang menyajikan pemandangan menarik dan langsung tidak terjejas daripada kewujudan [[Lebuhraya Pantai Timur]] Fasa 2 (ECE2) E8, memandangkan lebuh raya FT3 telah diiktiraf oleh [[National Geographic Society]] sebagai salah satu daripada 10 lebuh raya pantai terbaik di Asia.<ref name="natgeo" />
 
{{-}}
 
==Senarai persimpangan==
 
Berikut merupakan senarai daerah yang dilalui oleh sistem kod jalan raya ini:
5,845

suntingan