Laluan Persekutuan Malaysia 3: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hezery99 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Hezery99 (bincang | sumb.)
Baris 32:
Pada tahun 1911, kerajaan negeri [[Johor]] bekerjasama dengan kerajaan penjajah [[United Kingdom|British]] untuk membangunkan satu rangkaian jalan raya dari [[Johor Bahru]] ke [[Batu Pahat]] dan Muar.<ref>Johore Annual Report 1911</ref> Hasilnya, [[Laluan Persekutuan Malaysia 50|Jalan Batu Pahat–Kluang–Mersing]] siap pada tahun 1919,<ref name="uitm1" /> di mana jajaran dari Jemaluang ke Mersing membentuk sebahagian daripada jajaran Jalan Persekutuan 3 sekarang.<ref name="blogjalanraya1" /> Pada masa yang sama, satu lagi jajaran jalan raya dari Kota Tinggi ke Jemaluang dibina bagi menghubungkan antara Jalan Johor Bahru–Kota Tinggi FT3 dengan Jalan Jemaluang–Mersing FT3.<ref name="uitm1" /> Pada tahun 1939, Jalan Kuantan–Kuala Terengganu FT3 dan Jalan Kuantan–Pekan FT3 (sehingga ke Peramu di tebing utara [[Sungai Pahang]]) dibina.<ref name="uitm2" /><ref name="uitm3">{{cite thesis |author=Abd. Hamid Abd. Majid |date=1980-05-01 |title=Analisa Rangkaian Jalan Raya dan Kaitannya Dengan Pembangunan Ekonomi |type=Diploma |chapter=1.1 – Sejarah Perkembangan Jalanraya Sebelum Merdeka |page=11 |publisher=[[Universiti Teknologi MARA]] |docket= |oclc= |url=http://ir.uitm.edu.my/1091/1/ABD_HAMID_ABD_MAJID_80_24.pdf |archive-url=https://web.archive.org/web/20160304091336/http://ir.uitm.edu.my/1091/1/ABD_HAMID_ABD_MAJID_80_24.pdf |archive-date=2016-03-04 |access-date=2015-11-18}}</ref>
 
Tidak seperti jalan-jalan utama di negeri-negeri pantai barat Tanah Melayu, tahap perkembangan pembinaan Jalan Persekutuan 3 sangat perlahan, berikutan kurangnya sumber ekonomi di negeri-negeri pantai timur Tanah Melayu. Akibatnya, wujud satu jurang antara [[Pekan, Pahang|Pekan]] dengan [[Endau]] berikutan populasi yang amat jarang serta muka bumi berpaya.<ref name="blogjalanraya1" /> Untuk mengisi jurang tersebut, [[Kementerian Kerja Raya Malaysia|Menteri Kerja Raya]] pasca kemerdekaan pertama Malaysia, Tun [[V. T. Sambanthan]], memohon kepada kerajaan persekutuan untuk memperuntukkan sejumlah besar wang untuk membiayai pembinaan jalan-jalan luar bandar baharu, di samping memulihkan semula jalan raya sedia ada. Pembinaan rangkaian jalan raya luar bandar baharu berkembang daripada {{Convert|400|mi|km|0}} pada tahun 1961 kepada {{Convert|700|mi|km|0}} pada tahun berikutnya. Antara jalan-jalan baharu tersebut, projek jalan raya terpanjang ialah Jalan Pekan–Kuala Rompin FT3 dan Jalan Endau–Kuala Rompin FT3, kedua-duanya siap pada tahun 1962.<ref name="um" /> Dengan siapnya kedua-dua jalan tersebut, maka lengkaplah sudah keseluruhan jajaran Jalan Persekutuan 3.<ref name="blogjalanraya1" />
 
Seperti [[Laluan Persekutuan Malaysia 5|pasangan pantai baratnya]], pembinaan Jalan Persekutuan 3 memerlukan banyak jambatan yang lebih panjang. Hasilnya, beberapa buah jambatan utama seperti [[Jambatan Sultan Yahya Petra]] FT3 di [[Kota Bharu]] dan [[Jambatan Sultan Abu Bakar]] di Pekan dibina sebagai jambatan tol bagi membiayai kos pembinaannya. Jambatan Sultan Yahya Petra FT3 dibina pada tahun 1962 dan dibuka kepada lalu lintas pada 17 April 1965,<ref name="hids1">{{cite web |url=http://www2.arkib.gov.my/hids/readarticle.php?article_id=1368&y=2007&m=11 |title=Perasmian Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan |author=<!--Not stated--> |date=1965-04-17 |website=Hari Ini Dalam Sejarah |publisher=[[Arkib Negara Malaysia]] |access-date=2017-03-27 |quote=}}</ref> manakala Jambatan Sultan Abu Bakar FT3 dibina pada tahun 1968 dan dibuka pada 28 Februari 1970.<ref name="hids2">{{cite web |url=http://www2.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=5670 |title=Jambatan Sultan Abu Bakar dirasmikan |author=<!--Not stated--> |date=1965-04-17 |website=Hari Ini Dalam Sejarah |publisher=[[Arkib Negara Malaysia]] |access-date=2017-03-27 |quote=}}</ref> Sementara itu, satu lagi jambatan utama di sepanjang FT3, Jambatan Pulau Rusa FT3 dekat [[Kuala Terengganu]], dibina pada tahun 1960.<ref name="hmetro2">{{cite news |author=Ahmad Rabiul Zulkifli |title=Pulau hanya ada sebatang ru |url= |publisher=[[Harian Metro]] |location= |date=2011-07-31 |access-date=2017-03-27 }}</ref>