Arab Saudi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 59:
''Rencana utama: [[Politik Arab Saudi]]''
 
Institusi pusat dalam pemerintahan Kerajaan Arab Saudi ialah sistem [[monarki mutlak]]. Undang-Undang Asas yang digunakan mulai [[1992]] menyatakan bahawa Arab Saudi merupakan satu kerajaan yang diperintah oleh anak-anak dan cucu cicit Raja [[Abdul Aziz Al-Saud]], dan [[Al-Qur'an]] merupakan perlembagaan negara itu, yang diperintah mengikut undang-undang Islam (Syari'ah). Pembentukan parti politik adalah dilarang dan [[pilihan raya]] umum tidak boleh diadakan.
 
Kuasa raja secara teorinya adalah terhad dalam lingkungan Shari'ah dan tradisi Saudi lain. Beliau juga harus mengekalakan konsensus keluarga diraja Saud, para [[ulama]] dan unsur penting lain dalam masyarakat Saudi, tetapi dekrinya tidak perlu mendapat persetujuan mereka. Ideologi negara ini ialah fahaman [[Wahabi]]. Mereka cuba mendapatkan pengikut dengan membiayai pembinaan masjid dan madrasah di seluruh dunia. Pemilihan raja dibuat dari kalangan keluarga diraja dan dipersetujui oleh golongan ulama. Keluarga diraja ini digelah Rumah Saud.