Wikipedia:Manual gaya penulisan/Perkataan untuk dijaga: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 20:
*Menurut suatu kajian sains...
*sesetengah sarjana berpendapat...
 
==Mencarut==
 
'''Mencarut''' merujuk kepada perbuatan maki-memaki ataupun pengeluaran kata-kata kesat. Secara umumnya,mencarut adalah kelakuan yang tidak membawa sebarang faedah. Perbuatan ini bukan sahaja membazir [[masa]], malah mampu menjejaskan mentaliti pengamalnya.
 
Anda dinasihatikan supaya elakkan mencarut di [[wikipedia]]. Perbuatan anda akan menjejaskan fungsi wikipedia sebagai wadah penyampaian ilmu dan bersamping itu mengurangkan berkat anda. Penyelia wikipedia dan juga pengguna wikipedia yang jujur akan mengeluarkan sebarang mesej-mesej mencarut yang tertinggal dalam wikipedia.
 
Selain itu perbuatan mencarut akan mengurangkan rasa hormat orang ramai terhadap diri seseorang. Seseorang itu dianggap kurang beradab, dan mempunyai mentaliti yang kurang matang. Dalam kebudayaan orang Melayu pula, mereka yang mencarut biasanya dikatakan '''kurang ajar'''. Ini membawa maksud yang amat keras, iaitu mempunyai ibubapa yang yang tidak mengajar tertib kepada anaknya disebabkan salah satu sebab - kejahilan, kurang pendidikan, berasal dari keturunan tidak baik, dan lain-lain.
 
==Tindakan==
Pencarut atau orang yang melakukan perbuatan dan tingkah laku mencarut ataupun mempunyai sifat-sifat seperti itu sepanjang penglibatannya dalam projek Wikipedia boleh dikenakan tindakan. Antara tindakan yang boleh diambil adalah:
 
* Mana-mana penyunting, birokrat, penyelia, bot atau ahli Wikipedia boleh memberi amaran dan peringatan supaya pelaku tidak mengulangi tingkah laku tersebut lagi, ATAU;
* Mengadakan penyuntingan semula menerusi kaedah pembuangan frasa kata-kata kesat atau maki-hamun tersebut atau mengembalikan kepada suntingan sebelumnya atau memperbaiki rencana yang terlibat, atau menghapuskan laman/rencana terlibat ATAU;
* [[Wikipedia:Birokrat|Birokrat]] atau [[Wikipedia:Penyelia|penyelia]] boleh bertindak terus tanpa memberi peringatan terlebih dahulu kepada pelaku untuk menyekat akaun/IP pesalah pada tempoh masa mengikut budi bicara mereka.
 
==Lihat juga==