Perbezaan antara semakan "Eirma Fatima"

22 bait ditambah ,  2 tahun lalu
(Menambah rujukan.)
Beliau dilahirkan sebagai Fatimah binti Rahmad pada 14 Mac 1987 di [[Kuala Lumpur]], [[Malaysia]] dan mempunyai adik-beradik seramai enam orang, adiknya [[Umie Aida]] juga bergiat aktif dalam bidang lakonan.
 
Beliau mula diperkenalkan menerusi filem ''[[Filem Rozana Cinta '87|Rozana Cinta '87]]'' yang diterbitkan pada tahun 1987. Beliau konsisten dalam setiap lakonan yang dibawanya. Filem pertama arahan beliau ialah ''[[Perempuan Melayu Terakhir]]'', hasil lakonan [[Vanida Imran]]. Beliau juga mencipta sejarah apabila menerima anugerah Pengarah Terbaik di Festival Filem Seoul, [[Korea Selatan]]. Beliau masih lagi aktif berlakon dan mengarah drama di samping filem. Antara karya arahan beliau termasuklah ''[[Diva Popular]]'', ''[[Tahajjud Cinta (siri TV)|Tahajjud Cinta]]'', ''[[Dejavu di Kinabalu]]'' dan ''[[Kau Yang Terindah]]''.
 
Beliau berkahwin dengan pengarah popular, Bade Hj. Azmi pada 30 November 1990 dan memiliki lima orang anak angkat. Pada 19 Ogos 2017, pasangan ini bercerai secara rasmi.<ref>[http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/08/19/bade-and-erma-part-ways-after-27-years/ Bade and Erma part ways after 27 years] ''[[The Star]]''. 19 August 2017.</ref>