Latah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mencipta laman baru dengan kandungan 'Latah. Latah ialah sejenis sindrom atau gangguan saraf atau gangguan psikologi, dimana si penderita akan bertindak secara spontan dan, atau mengeluarkan pe...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 07:00, 22 Ogos 2017

Latah.

Latah ialah sejenis sindrom atau gangguan saraf atau gangguan psikologi, dimana si penderita akan bertindak secara spontan dan, atau mengeluarkan perkataan yang tidak keruan, apabila beliau diberikan stimulan secara usikan fizikal atau apabila beliau terkejut atau terperanjat.

Latah ini merupakan satu bentuk sindrom yang mempengaruhi sesuatu budaya, seperti kejadian amok yang biasanya dikaitkan pada dahulukala dengan masyarakat Melayu Nusantara.

Budaya yang biasanya dikaitkan dengan sindrom latah ini ialah budaya Melayu Malaysia dan Indonesia. Terdapat juga kejadian latah yang melanda budaya lain dari seluruh dunia seperti Filipina, Thai, Jepun, Korea, India, China dan budaya Inggeris.

Saintis Barat memberikan nama Tourette's Syndrome kepada sindrom yang kita kenali sebagai latah.

Penghidap sindrom latah dikaitkan dengan gangguan mental, kerana apabila beliau dilanda gangguan ini, penghidap tidak sedar apa yang dilakukannya atau apa yang dituturkannya. Ini mungkin akan menyebabkan beliau melakukan kerosakan terhadap harta-benda atau melakukan kecederaan terhadap dirinya atau orang lain.

Tidak ada ubat atau rawatan yang khusus untuk menyembuhkan sindrom latah ini kecuali si penderita jangan diganggu selalu atau mengalami kejutan yang terlalu kerap. Biasanya kalau tiada gangguan atau kejutan terhadap si penderita, kesan sindrom ini akan dapat dikurangkan.