Opera Cina: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
Opera Cina adalah sejenis persembahan seni yang melibatkan pelbagai cara penyampaian di atas pentas.Opera Cina ini meliputi menyanyi dan melafaz sebagai unsur utama persembahannya.Oleh sebab itu,lebih banyak orang menyebut mendengar opera daripada menonton opera.Selain dua unsur tadi,terdapat dua unsur lain juga dititikberatkan dalam persembahan opera Cina:"Zuo" iaitu membuat dan "Da" yang membawa maksud pukulan.Namun,menyanyi adalah unsur yang paling istimewa sehingga membezakannya daripada drama yang lain.Kedudukan tinggi opera Cina sekarang adalah hasil daripada perkembangannya melalui jangka masa yang cukup lama.

== Perkembangan ==
Perkembangannya yang boleh disusur galurkan ke Dinasti Song(960-1279 Tahun Masihi)itu sudah meresapi banyak unsur budaya tempatan di benua China dari masa ke masa.
Orang Cina masa dahulu tidak tahu sebab-musabab berlakunya fenomena alam semula jadi,terutamanya malapetaka yang membawa kemusnahan yang serius.Oleh sebab itu,mereka menganggap fenomena alam semula jadi dan malapetaka itu sebagai tanda kemarahan Tuhan atau hukuman daripada Tuhan ke atas rakyat jelata.Untuk mengelak kemalangan itu,mereka menyembah Tuhan,bumi,hantu dan roh selain meminta mereka dilindungi agar nyawa dan harta benda mereka selamat.
Orang yang dipertanggungjawabkan untuk mengadakan aktiviti sembahyang itu tidak lain daripada pawang,bomoh dan ahli sihir.Mereka membaca mentera dan doa dengan diiringi nyanyian dan tarian.Selain berkomunikasi dengan Tuhan,roh dan hanrtu,nyanyian dan tarian ditambah untuk memberi hiburan.Apa yang disebut serba ringkas itu adalah prototaip dan model opera yang terawal yang seterusnya melahirkan opera Cina tradisional sampai hari ini. Tempat sembahyang itulah kononnya bentuk dan rupa teater awal persembahan drama yang diketahui ini.
Ada pula yang mengatakan opera Cina bermula daripada Dinasti Qin(1644-1911 Tahun Masihi) yang mengasuh opera.Ini melambangkan perkembangannya daripada yang bertujuan memberi hiburan dengan nilai seninya meningkat dari masa ke masa.

== Persembahan ==
Ia dipersembahkan untuk menghibur pemimpin negara selain daripada memberi nasihat kepada pemimpin secara humor supaya dapat mengatakan keadaan sebenar negara masa itu dan seterusnya meminta pemimpin negara agar beruasaha untuk menyelesaikan masalah yang berkenaan.Sehingga kini,selain menghiburkan,opera Cina mempunyai fungsi mendidik dari segi nilai agama dengan dibungkusi nilai humor.
Persembahan ini diberi dengan pelakon menggunakan cara menyanyi dan menari untuk menerangkan plot ceritanya. Plot dengan perkembangan cerita itulah menjadi asas opera Cina,sedangkan penyampaian plot berupa persembahan luaran pelakonnya.Keunikan opera Cina boleh dilihat dalam plot ceritanya,muziknya,cara persembahannya dan latar belakang pentasnya. Pelakon mengenakan pakaian tradisional,solekan muka yang berlainan untuk menonjolkan watak yang berlainan,selain cara persembahan yang tersendiri yang diwarisi turun temurun,ditambah dengan ekspresi dan mimikan muka yang sesuai,tentulah termasuk cara menyanyi yang menghiburkan bersama latar muzik daripada orkestra Cina untuk meningkatkan mesej dan perasaan yang ingin disampaikan.