Jodi Sta. Maria: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 30:
 
==Kerjaya==
Seorang pencari bakat menghampiri Sta. Maria dan rakan-rakannya untuk uji bakat untuk iklan di rantaian makanan segera. Selepas banyak ujian dan tiada tawaran, mereka berputus asa. Beberapa minggu kemudian, pencari bakat mendekati Sta. Maria sekali lagi dan menggalakkan beliau untuk uji bakat di [[ABS-CBN|Star Magic]]. Pada usia 15 tahun, beliau merupakan salah seorang yang termuda dalam kumpulan mereka.
 
Selepas berlakon dalam beberapa drama dan filem termasuk ''Gimik'', ''Flames'', dan ''Jologs'', Sta. Maria melangkah ke peranan dalam ''Tabing Ilog'' sebagai gadis tomboy bernama Georgina.<ref name="Tabing Ilog2" /> Siri ini telah bersiaran selama empat tahun.
 
Beliau membintangi versi asal ''[[Pangako Sa 'Yo]]'' sebagai Lia Buenavista pada 2000. Pada 2015, beliau berlakon dalam [[Pangako Sa 'Yo (siri TV 2015)|pembikinan semula]] sebagai Amor Powers. Beliau menerima pujian dan penghargaan bagi peranannya.<ref name="Amor and Claudia" /> Setelah memainkan peranan remaja, dia memainkan watak watak antagonis dalam siri waktu perdana termasuk ''Walang Kapalit'' dan ''Kampanerang Kuba''. Beliau beralih menjadi bintang dalam pelbagai filem bebas, yang telah ditayangkan di peringkat antarabangsa. Beliau telah menerima 2 pencalonan Anugerah Gawad Urian.
 
Pada 2010, beliau berlakon dalam ''Noah'' bersama Piolo Pascual, yang telah memanggilnya sebagai 'pelakon berfikir'. Pada tahun 2011, beliau menjayakan watak Sophia dalam siri ''100 Days to Heaven''. Pada 2012, beliau meraih kejayaan menerusi ''Be Careful With My Heart'' sebagai Maya dela Rosa bersama-sama dengan Richard Yap yang membawakan watak Richard Lim. siri ini berjaya di seluruh dunia, sekaligus melahirkan album, jelajah dunia, dan konsert.
 
== Filemografi ==