Intoleransi laktosa: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KLITE789 (bincang | sumb.)
k menambah Kategori:Susu (HotCat)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Intoleransi laktosa''' merupakan ketidakupayaan dewasa untuk mencerna [[laktosa]], iaitu sejenis gula yang terdapat dalam [[susu]] dan sesetengah hasil tenusu hingga mengalami kesan sampingan. Ia disebabkan oleh '''kekurangan laktase''', atau '''hipolaktasia'''. '''Kekurangan laktase kongenital''' menyebabkan bayi tidak terima susu walaupun [[Susu ibu|susu manusia]].
 
Individu yang tidak toleran laktosa kekurangan takat [[laktase]], iaitu sejenis enzim yang memangkin hidrolisis laktosa menjadi [[glukosa]] dan [[galaktosa]] dalam sistem pencernaannya. Lazimnya ini menyebabkan gejala-gejala yang termasuk perut kembung dan kejang, flatulens, cirit-birit, rasa loya, [[borborigmi]] (perut berderum), ataupun muntah<ref name="NDDIC">{{cite web | title=Lactose Intolerance | url=http://digestive.niddk.nih.gov/ddiseases/pubs/lactoseintolerance/ | work=National Digestive Diseases Information Clearinghouse (NDDIC) | publisher=NIDDK | accessdate=29 November 2011}}</ref> setelah mengambil laktosa yang cukup banyak. Adalah biasa bagi penghidap [[keradangan usus]] mengalami gejala-gejala gastrousus setelah mengambil laktosa, namun sejauh mana terdapatnya kekurangan laktasa dalam golongan ini belum dikaji dengan menyeluruh.<ref>Vesa TH, Marteau P, Korpela R (2000) Lactose intolerance. J Am Coll Nutr 19:165S–175S</ref><ref>{{cite journal | author = Joachim G | title = The relationship between habits of food consumption and reported reactions to food in people with inflammatory bowel disease--testing the limits | journal = Nutrition and health | volume = 13 | issue = 2 | pages = 69–83 | year = 1999 | pmid = 10453452 | doi=10.1177/026010609901300203}}</ref>