Berkedim: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
Added {{unreferenced}} tag to article (TW)
Baris 1:
{{unreferenced|date=Ogos 2017}}
'''Berkedim''' atau dalam loghat [[Negeri Sembilan]] disebut 'kodim' adalah satu apacara di mana seseorang diterima masuk menjadi ahli sesuatu [[suku]] dalam masyarakat [[Adat Perpatih]]. Seseorang itu boleh menjadi ahli sesuatu suku atas dua sebab: (1) Orang luar yang bukan daripada kalangan masyarakat Adat Perpatih tetapi ingin menjadi ahli sesuatu suku atas sebab-sebab perkahwinan. (2) Seseorang dalam masyarakat Adat Perpatih yang ingin menukar sukunya kepada suku lain atas sebab mahu berkahwin dengan seseorang dalam suku asalnya atau untuk kepentingan pembahagian harta pusaka. Berkedim ini mempunyai tiga taraf iaitu (i) Kedim adat dan pesaka (untuk membolehkan mewarisi harta pesaka atau membeli harta dalam suku yang disertainya) (ii) Kedim adat pada lembaga (untuk tujuan persaudaraan) (iii) Kedim Tarik (lazimnya untuk anak angkat yang dibawa menyertai suku ibu angkatnya). Taraf kedim ini akan ditentukan oleh muafakat ketua-ketua adat dalam suku berkenaan.