Kawasan perbandaran: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baiki ejaan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1:
'''Kawasan pembandaran''' ialah entiti [[pentadbiran]] yang memiliki wilayah serta penduduk yang ditetapkan dengan jelas dan merupakan daerah serba guna, berbeza dengan [[daerah tujuan khas]]. Konsep "kawasan perbandaran" merangkumi kawasan bandar tetapi tidak terhad kepadanya. Sebaliknya, ia biasanya merupakan sebuah [[bandar raya]], [[bandar]], [[desa]], atau sekumpulan kecil entiti-entiti yang tersebut.
 
Kawasan perbandaran biasanya diperintah oleh seorang [[datuk bandar]] serta sebuah [[majlis bandar]] atau [[majlis perbandaran]]. Di kebanyakan [[negara]], kawasan perbandaran ialah subbahagiansebahagian pentadbiran terkecilkecil yang mempunyai pucuk pimpinan sendiri yang dipilih menerusi [[pilihan raya]] tempatan.
 
"Kawasan perbandaran" di sesetengah negara juga dirujuk sebagai "komun", misalnya, ''commune'' [[Perancis]], ''commune'' [[Itali]], ''comună'' [[Romania]], ''kommun'' [[Sweden]], dan ''kommune'' [[Norway]]/[[Denmark]]. Istilah itu berasal daripada konsep [[komun Zaman Pertengahan]]. Kawasan perbandaran yang terbesar didapati di [[Kanada]], [[Greenland]], [[Australia]], dan [[Brazil]].