Perbezaan antara semakan "Mikrofon"

2,755 bait ditambah ,  3 tahun lalu
Penambahan pautan luar dsb
(Dicipta dengan menterjemah laman "Microphone")
 
(Penambahan pautan luar dsb)
'''Mikrofon '''ialah sejenis [[Pemindah|alat pemindah]] yang menukarkan [[Bunyi|gelombang bunyi]] kepada [[Isyarat (kejuruteraan elektrik)|isyarat elektrik]].
 
Mikrofon digunakan dalam pelbagai perkakasan seperti [[telefon]], [[alat bantuan pendengaran]], sistem hebahan awam untuk dewan konsert dan acara awam, pembikinan [[filem]], kejuruteraan audio secara langsung dan dalam rakaman, [[Perakaman dan pengeluaran semula bunyi|rakaman bunyi]], [[radio dua hala]], [[megafon]], penyiaran radio dan [[televisyen]], dalam komputer untuk merakam suara, [[pengecaman pertuturan]], dan sistem [[Suara melalui Protokol Internet]] serta untuk tujuan bukan akustik seperti penderia ultrasonik atau penderia ketukan (''knock sensors'').
 
Beberapa jenis mikrofon yang digunakan, yang menggunakan metode berbeda untuk menukar tekanan udara variasi [[Bunyi|gelombang bunyi]] untuk elektrik isyarat. Jenis mikrofon yang paling umum adalah mikrofon dinamik yang menggunakan gegelung dawai tergantung dalam medan magnet; mikrofon kondenser yang menggunakan gegendang bergetar sebagai plat [[Pemuat|kapasitor]], dan mikrofon piezoelektrik yang menggunakan bahan kristal [[piezoelektrik]]. Mikrofon biasanya perlu disambungkan kepada praamplifier sebelum isyarat yang terkandung boleh [[Perakaman dan pengeluaran semula bunyi|dirakam atau dikeluarkan semula]].
[[Fail:MicrophoneSymbol.png|thumb|Simbol elektronik mewakili mikrofon]]
Bahagian pemindah sensitif pada mikrofon dipanggil ''kapsul.'' Bunyi ditukarkan menjadi pergerakan mekanikal melalui getaran pada gegendang yang kemudiannya ditukar menjadi isyarat elektrik. Alat mikrofon lengkap juga mempunyai perumah, suatu saluran membawa isyarat dari kapsul mikrofon kepada peralatan lain, dan litar elektronik (seringkalinya) untuk menyesuaikan output kapsul kepada peralatan yang didorong. Mikrofon jenis tanpa wayar mengandungi pemancar radio.
 
== Jenis ==
 
=== Mikrofon dinamik ===
Mikrofon jenis ini berfungsi menggunakan [[aruhan elektromagnet]]. Ia menghasilkan suara yang jelas, mudah didapati serta dapat menahan kelembapan persekitaran, oleh itu mikroofn jenis ini kerap digunakan untuk aktiviti luar (misalnya persembahan pentas langsung).
 
=== Mikrofon elektret ===
Elektret di sini merupakan gabungan '[[Elektrik statik|''elektr''ostatik]]' dan 'magn''et''<nowiki/>' di mana [[cas elektrik]] dibekalkan secara dalaman melalui bahan ferroelektrik yang diberikan cas elektrik secara kekalnya, atau [[Kekutuban|dikutubkan]].
 
=== Mikrofon karbon ===
Mikrofon jenis ini mengandungi kapsul berisi butiran [[karbon]] yang ditekankan antara dua plat logam. Voltan dikenakan pada melalui plat logam ini, menybabkan arus kecil mengalir melalui butiran karbn tersebut. Salah satu plat ini yang merupakan gegendang bergetra mengikut gelombang bunyi yang mendatang dan mengenakan tekanan berbeza pada karbon. Tekanan yang berubah-ubah mengolah butiran karbon menyebabkan titik sentuh antara pasangan butiran turut berubah menjejaskan [[rintangan elektrik]] jisim keseluruhan butiran tersebut. Perubahan rintangan ini mengubah arus yang mengalir dalam mikrofon lalu menghasilkan isyarat elektrik. Mikrofon karbon dahulunya sering digunakan dalam pembuatan [[telefon]] atas sifat pengeluaran bunyinya yang kuat walaupun keluaran bunyinya bermutu rendah serta mempunyai julat tindak balas frekuensi yang terhad.
 
=== Mikrofon kondenser (mikrofon berkapasitor) ===
Gegendang mikrofon bertindak sebagai [[Pemuat|kapasitor]], dengan getaran yang dihasilkan mengubah-ubah jarak antara plat dalaman.
 
=== Mikrofon piezoelektrik (mikrofon kristal) ===
Mikrofon jenis ini mengguna pakai sifat [[piezoelektrik]]—yakni kebolehan sesetengah bahan menghasilkan voltan apabila dikenakan tekanan—untuk menukarkan getaran bunyi kepada isyarat elektrik.
 
=== Mikrofon pita ===
Mikrofon pita menggunakan pita logam yang nipis dan berlipat tergantung dalam sebuah medan magnetik. Pita ini dihubungkan secara elektrik kepada output mikrofon, dan getaran pita dalam medan magnet menghasilkan isyarat elektrik. Mikrofon pita yang asas mengesan bunyi dalam pola dwiarah kerana sifat pita yang terbuka pada dua sisinya. Jisim pita yang sedikit menyebabkan mikrofon jenis ini lebih bertindak balas kepada kelajuan udara berbanding [[tekanan bunyi]]. 
 
== Rujukan ==
{{Reflist|30em}}
 
== Pautan luar ==
* [http://recordinghacks.com/microphones Pangkalan data boleh dicari mengenai spesifikasi dan maklumat komponen 1000+ jenis mikrofon]
* [http://arts.ucsc.edu/EMS/Music/tech_background/TE-20/teces_20.html Binaan mikrofon dan nasihat peletakan yang sesuai]
* [http://users.belgacom.net/gc391665/microphone_history.htm History of the Microphone]
[[Kategori:Peranti input perkomputeran]]
[[Kategori:Sejarah televisyen]]