Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh: Perbezaan antara semakan

[[Fail:Keris Melayu.jpg|kanan|thumb|Keris Melayu]]
 
Keris, senjata tradisional bagi masyarakat Melayu. Fungsinya untuk mempertahankan diri seseorang daripada diserang oleh musuh dan menjadi satu alat penting yang harus dibawa ke mana-mana sahaja. Keris, bagi masyarakat Melayu bukan sahaja bertujuan untuk sebagai alat untuk memelihara diri daripada sebarang ancaman, namun dijadikan sebagai suatu lambang kekuasaan mahupun kemegahan seseorang. Malah, ketika berdirinya kesultanan Melayu yang gah dan hebat, keris menjadi simbolik yang penting dalam adat-istiadat masyarakat Melayu. Sebagai contoh, Keris Taming Sari menjadi suatu lambang kehebatan pahlawan Melayu pada zaman dahulu. Pada hari ini, keris turut digunakan sebagai alat untuk membuat persembahan silat di majlis-majlis perkahwinan bagi masyarakat Melayu. Nilanya masih diangkat oleh masyarakat kita walaupun zaman berganti zaman.
Dalam masyarakat Melayu, keris dianggap sebagai satu hasil estetika Melayu yang mempunyai peranan dan fungsi yang penting khususnya dalam mempertahankan diri. Keris dianggap sebagai senjata paling keramat bagi masyarakat Melayu dan melambangkan ketokohan mahupun kekuasaan seseorang. Malah, dalam budaya Melayu, keris diangkat sebagai alat penting dalam hal-hal yang berhubung dengan adat-istiadat Melayu.
 
[[Fail:Tepak Sirih.jpg|kanan|thumb|Tepak Sirih]]
Tepak sirih merupakan barang perhiasan yang penting semasa berlangsungnya upacara rasmi khususnya dalam masyarakat Melayu. Tepak sirih ini dianggap sebagai salah satu warisan Melayu yang mempunyai nilai dan maksud yang tersendiri. Di dalam tepak sirih, dibahagikan kepada dua bahagian dan diletakkan di dalamnya bahan-bahan seperti pinang, kapur, gambir, tembakau, cengkih, daun sirih dan kacip. Fungsi lain bagi tepak sirih ini ialah bagi mengapur sirih dan bahan-bahan yang terdapat dalam tepak sirih harus disusun dengan tertib dan mengikut aturan atau langkah dalam mengapur sirih.
 
[[Fail:Bakul Sia.jpg|kanan|thumb|Bakul Sia]]
 
Bakul Sia merupakan bakul tradisi bagi masyarakat Baba dan Nyonya khususnya di negeri Melaka. Bakul ini mempunyai pelbagai jenis tujuan pada zaman dahulu, adakalanya digunakan untuk tujuan majlis perkahwinan dan dijadikan sebagai pemberian hadiah kepada saudara-mara terdekat. Tujuan Bakul Sia ini adalah untuk menyimpan makanan.
 
[[Fail:Kapal Layar.jpg|kanan|thumb|Kapal Layar]]
 
Kapal layar merupakan suatu alat atau binaan yang dibentuk untuk memudahkan pelayaran dan penjelajahan seseorang menggunakan jalan laut. Alat pengangkutan seperti ini amat popular digunakan ketika berlakunya era penjelajahan dan pelayaran menggunakan jalan air. Pemerintah sesebuah kerajaan mengarahkan anak-anak buahnya untuk belayar keluar daripada sesebuah empayar, bagi membolehkan mereka mengetahui dan melihat dunia luar. Segala ilmu dan maklumat yang mereka miliki akan memudahkan mereka untuk melakukan aktiviti pelayaran akan datang sekiranya jalan-jalan laut telah diketahui terlebih dahulu. Kapal layar bukan sahaja membawa manusia untuk pergi ke suatu tempat, malah alat pengangkutan laut ini turut berperanan membawa barangan seperti barangan rampasan perang. Kapal layar berfungsi mengikut haluan angin dan mempunyai pelbagai jenis bentuk, saiz dan fungsi, bergantung kepada keperluan.
 
== Pautan luar ==
11

suntingan