Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh: Perbezaan antara semakan

Keris, senjata tradisional bagi masyarakat Melayu. Fungsinya untuk mempertahankan diri seseorang daripada diserang oleh musuh dan menjadi satu alat penting yang harus dibawa ke mana-mana sahaja. Keris, bagi masyarakat Melayu bukan sahaja bertujuan untuk sebagai alat untuk memelihara diri daripada sebarang ancaman, namun dijadikan sebagai suatu lambang kekuasaan mahupun kemegahan seseorang. Malah, ketika berdirinya kesultanan Melayu yang gah dan hebat, keris menjadi simbolik yang penting dalam adat-istiadat masyarakat Melayu. Sebagai contoh, Keris Taming Sari menjadi suatu lambang kehebatan pahlawan Melayu pada zaman dahulu. Pada hari ini, keris turut digunakan sebagai alat untuk membuat persembahan silat di majlis-majlis perkahwinan bagi masyarakat Melayu. Nilanya masih diangkat oleh masyarakat kita walaupun zaman berganti zaman.
 
[[Fail:Tepak Sirih.jpg|kanan|thumb|Tepak Sirih|80x80px]]
Tepak sirih merupakan barang perhiasan yang penting semasa berlangsungnya upacara rasmi khususnya dalam masyarakat Melayu. Tepak sirih ini dianggap sebagai salah satu warisan Melayu yang mempunyai nilai dan maksud yang tersendiri. Di dalam tepak sirih, dibahagikan kepada dua bahagian dan diletakkan di dalamnya bahan-bahan seperti pinang, kapur, gambir, tembakau, cengkih, daun sirih dan kacip. Fungsi lain bagi tepak sirih ini ialah bagi mengapur sirih dan bahan-bahan yang terdapat dalam tepak sirih harus disusun dengan tertib dan mengikut aturan atau langkah dalam mengapur sirih.
 
11

suntingan