Zaleha Hamid: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 35:
 
Pada era 90an, suatu insiden tidak diduga penyanyi dangdut legenda ini telah berlaku dimana semasa beliau melancarkan album studionya yang berjudul ''Dankdut Bang'' pada tahun 1993 menimbulkan kontroversi dan terkenal dek kerana menampilkan lagu-lagu yang mempunyai 'lirik dua makna' (lucah) iaitu ''Keluar Masuk'' dan ''Jagung Bakar'' (duet bersama Salih Yaccob). Selain itu pada tahun 1995, Zaleha muncul lagi dengan satu album studio dangdut susulan daripada kontroversi tersebut yang diberi judul ''Dankdut Bang Vol. 2''. Pihak penerbit album tersebut yang menyedari kontroversi mampu memberikan publisiti yang besar kepada sesuatu produk sekaligus mengambil kesempatan untuk menampilkan lagi lagu-lagu mempunyai 'lirik dua makna' (walaupun sebenarnya tidak) iaitu ''Sakit Tapi Asyik'' (duet bersama Salih Yaccob), ''Takut Tapi Mengasyikkan'' dan ''Sini Enak Sana Enak''. Tambahan pula, iklan bagi mempromosikan album tersebut jelas menyatakan kesedaran pihak penerbit tentang kontroversi yang mereka cipta sendiri berbunyi "Mengapa mesti kontroversi jika ia sekadar lirik dua makna, kontroversi bukan dicari tapi albumnya yang anda ingin miliki".
 
==Gelaran Ratu Dangdut==
Zaleha Hamid digelar sebagai "Ratu Dangdut: oleh Allahyarham Haron Abdul Majid iaitu salah seorang penulis lirik lagunya pada tahun 80an dahulu dan kemudian gelaran tersebut diiktiraf oleh Berita Harian Singapura serta di Malaysia. Kini, beliau masih kekal unggul sebagai "Ratu Dangdut Malaysia & Singapura" walaupun terdapat penyanyi dangdut baru dalam dunia seni hiburan tempatan.
 
==Diskografi==