Aizen Sōsuke: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Piecemealcranky (bincang | sumb.)
Piecemealcranky (bincang | sumb.)
Baris 13:
 
== Watak dan Perwatakan ==
Aizen ialah seorang intelektual yang peramah dan bersuara lembut, serta bercermin mata sepanjang masanya sebagai kapten ''shinigami''. Walaupun dia kelihatan sangat perihatin terhadap ahli-ahlinya, dia sebenarnya tidak mementingkan mereka langsung. Menurut Aizen sendiri, dia tidak terikat dengan nilai-nilai moral, dan justeru, tidak akan dihindari daripada mengembangkan cita-citanya, meskipun terpaksa memanipulasi atau membunuh sesiapa yang dianggapnya sebagai halangan. Menurut golongan [[Hollow dalam Bleach#Arrancar|arrancar]], sebab utama mereka menghormati dan menurut kata-kata Aizen adalah disebabkan keberanian dirinya yang tidak menggeruni apa-apapun.
 
Aizen mengawal bala tenteranya sama ada menerusi kehormatan yang diterimanya, seperti yang didedahkan melalui perbualan [[Ulquiorra Schiffer]] dengan [[Inoue Orihime]] di mana dia mengatakn bahawa mereka berkumpul untuk memikul dan membawa cita-cita Aizen lebih jauh lagi, ataupun menerusi ketakutan, misalnya seperti gertakan Aizen terhadap [[Grimmjow Jeagerjaques]] bahawa dia akan membunuhnya jika dia menyerang [[Tōsen Kaname]].
 
Aizen merupakan seorang lawan yang cukup handal, mengatasi kebanyakan ''shinigami'' tahap kapten. Meskipun tahap sebenar kuasanya tidak dapat dipastikan, dia mengatakan bahawa dia telah mencapai tahap maksimum kuasa ''shinigami'' dalam setiap empat bentuk [[Shinigami (Bleach)#Kombat|kombat ''shinigami'']]: seni bermain pedang, seni bela diri, pergerakan kaki, dan ''[[kidō]]''. Dia juga mengatakan bahawa satu-satunya cara untuk dirinya melepasi tahapnya kini adalah untuk mendapat dan mengawal sepenuhnya kuasa hollow. Tahap kemahiran biasanya dapat dilihat apabila dia mampu menghentikan lepasan ''zanpakutō'', termasuklah ''[[Zanpakutō#Lepasan tahap akhir|bankai]]'' [[Kurosaki Ichigo]] dengan hanya satu jari sahaja, selain daripada mengalahkan beberapa musuh tahap kapten sekaligus tanpa sebarang kesukaran. Suatu petunjuk yang diberikan untuk membuktikan tahap kekuatannya tenaga semangatnya berlaku apabila dia mengubah Wonderweiss Margera menjadi seorang arrancar. Apabila dia bersedia untuk mengaktifkan [[Urahara Kisuke#Ciptaan|hōgyoku]], dia mengatakan bahawa walaupun Sfera Pembiasan itu masih belum aktif sepenuhnya, dia mampu mengaktifkannya dengan penuh buat sementara waktu apabila hōgyoku tersebut bergabung dengan seseorang yang mempunyai tahap tenaga semangat dua kali ganda seorang ''shinigami'' tahap kapten, secara tidak langsung merujuk kepada dirinya.<ref>Manga ''Bleach''; bab 229, halaman 15</ref> Kekuatan tenaga spiritual Aizen juga cukup kuat sehingga, tanpa sebarang usaha fizikal, mampu memaksa [[Hollow#Kedudukan arrancar|Espada]] ke-6, iaitu Grimmjow Jeagerjaques, berlutut di lantai.
 
== Sejarah ==