Qilakitsoq: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
BlackRoseGirl (bincang | sumb.)
Qilakitsoq
BlackRoseGirl (bincang | sumb.)
{{ WikiPari }}
Baris 2:
Qilakitsoq adalah salah sebuah tapak arkeologi yang terletak di semenanjung Nuussuaq, [[Greenland]]. Pada tahun 1972, mumia popular di dunia telah berjaya ditemui oleh adik-beradik. Mereka dikenali sebagai [[Hans Gronvold dan Jokum Gronvold.]] Khazanah arkeologi itu dikatakan telah berusia kira-kira 500 tahun, di mana ia dikuburkan sekitar tahun 1475. Oleh sebab telah dijumpai di sini, maka ia dinamakan sebagai '<nowiki/>'''Mumia Qilatkisoq''''.
 
Dalam penemuan dua beradik ini, sebanyak lapan mumia berjaya ditemui. kesemuanya ditanam di dalam dua kubur yang berasingan. Kubur pertama terdiri daripada tiga wanita , seorang budak berusia dua tahun dan bayi berumur enam bulan.Manakala kubur kedua pula mengandungi tiga wanita lain.Semasa dijumpai , keadaan mayat tersusun di atas satu sama lain dengan kulit binatang sebagai lapik di antaranya. Menariknya, kesemua mumia yang ditemui bersifat segar. Para pengkaji telah mengatakan mayat tersebut mengalami proses pembekuan secara semula jadi. Faktor itu menyebabkan ia unik apatah lagi menjadi mumia paling lama yang maih terpelihara ketika ditemui. Pada peringkat awal penemuan, saintis telah melakukan ujian DeoxyriboNucleic Acid [[DNA|(DNA)]]. Ia bertujuan untuk mengetahui hubungan di antara mumia. Hasilnya , tujuh daripada lapan mayat mempunyai hubungan kekeluargaan. Satu mumia tidak dapat dikesan kerana tiada kena mengena.Tidak hanya itu, para saintis juga dapat mengesan lukisan [[tatu]] pada mumia tersebut. Para pengkaji telah mengesahkan lima daripada enam mumia wanita mempunyai tatu semasa hidup. Tatu telah menjadi lambang kepada orang [[Inuit]]. Orang-orang Inuit adalah masyarakat adat asli daerah [[Kutub Utara]] dari [[Amerika Utara]] dan [[Greenland]]. Gambar secara 'infra-red' telah mennunjukkan wanita yang bertatu memiliki kesan hitam atau garisan biru gelap di bahagian muka. Lebih tepat lagi, garisan itu berada pada bahagian dahi di antara kening. Selain itu , tiga daripada mereka mempunyai tatu di bahagian pipi manakala tiga yang lain di bawah dagu.
 
Pada waktu itu, punca kematian kesemua mumia menjadi tanda tanya saintis. Bagi masyarakat [[Inuit]], sekiranya berlaku kematian, mayat suami, isteri dan anak-anak akan dikebumikan bersama. Disebabkan kesemua mumia yang ditemui adalah wanita dan kanak-kanak , maka timbulnya andaian daripada pengkaji yang memungkinkan mereka mati akibat kemalangan bot.