Aizen Sōsuke: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Piecemealcranky (bincang | sumb.)
Piecemealcranky (bincang | sumb.)
Baris 17:
Aizen mengawal bala tenteranya sama ada menerusi kehormatan yang diterimanya, seperti yang didedahkan melalui perbualan [[Ulquiorra Schiffer]] dengan [[Inoue Orihime]] di mana dia mengatakn bahawa mereka berkumpul untuk memikul dan membawa cita-cita Aizen lebih jauh lagi, ataupun menerusi ketakutan, misalnya seperti gertakan Aizen terhadap [[Grimmjow Jeagerjaques]] bahawa dia akan membunuhnya jika dia menyerang [[Tōsen Kaname]].
 
Aizen merupakan seorang lawan yang cukup handal, mengatasi kebanyakan ''shinigami'' tahap kapten. Meskipun tahap sebenar kuasanya tidak dapat dipastikan, dia mengatakan bahawa dia telah mencapai tahap maksimum kuasa ''shinigami'' dalam setiap empat bentuk [[Shinigami (Bleach)#Kombat|kombat ''shinigami'']]: seni bermain pedang, seni bela diri, pergerakan kaki, dan ''[[kidō]]''. Dia juga mengatakan bahawa satu-satunya cara untuk dirinya melepasi tahapnya kini adalah untuk mendapat dan mengawal sepenuhnya kuasa hollow. Tahap kemahiran biasanya dapat dilihat apabila dia mampu menghentikan lepasan ''zanpakutō'', termasuklah ''[[Zanpakutō#Lepasan tahapTahap akhirAkhir|bankai]]'' [[Kurosaki Ichigo]] dengan hanya satu jari sahaja, selain daripada mengalahkan beberapa musuh tahap kapten sekaligus tanpa sebarang kesukaran. Suatu petunjuk yang diberikan untuk membuktikan tahap kekuatan tenaga semangatnya berlaku apabila dia mengubah Wonderweiss Margera menjadi seorang arrancar. Apabila dia bersedia untuk mengaktifkan [[Urahara Kisuke#Ciptaan|hōgyoku]], dia mengatakan bahawa walaupun Sfera Pembiasan itu masih belum aktif sepenuhnya, dia mampu mengaktifkannya dengan penuh buat sementara waktu apabila hōgyoku tersebut bergabung dengan seseorang yang mempunyai tahap tenaga semangat dua kali ganda seorang ''shinigami'' tahap kapten, secara tidak langsung merujuk kepada dirinya.<ref>Manga ''Bleach''; bab 229, halaman 15</ref> Kekuatan tenaga spiritual Aizen juga cukup kuat sehingga, tanpa sebarang usaha fizikal, mampu memaksa [[Hollow#Kedudukan arrancar|Espada]] ke-6, iaitu Grimmjow Jeagerjaques, berlutut di lantai.
 
Objektif sebenar Aizen adalah untuk mengguling raja Soul Society. Untuk menjadikan ini kenyataan, Aizen memerlukan kunci diraja (王鍵, ōken?), sejenis kunci emas bercabang tiga yang boleh membuka membuka sebuah portal ke dimensi yang didiami raja tersebut. Mahupun lokasi sebenar kunci itu hanya diketahui oleh [[Yamamoto-Genryūsai Shigekuni|Jeneral Yamamoto]], Aizen mengetahui cara kunci itu dicipta dan bagaimana untuk mencipta satu lagi kunci yang serupa. Untuk mencipta kunci itu, Aizen perlu mengumpul 100,000 roh di [[Bandar Karakura]]<ref>Manga ''Bleach''; bab 223, halaman 9</ref> yang mempunyai kepekatan zarah-zarah semangat yang luar biasa. Ciptaan kunci emas itu bukan sahaja akan membunuh ramai orang, tetapi akan mengewapkan sebahagian besar Bandar Karakura.