Tumbuhan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Arsyachf (bincang | sumb.)
Arsyachf (bincang | sumb.)
Baris 54:
Istilah '''tumbuhan''' jauh lebih sukar untuk ditakrifkan dari anggapan biasa. Walaupun pakar botani menggambarkan Alam Tumbuhan, sempadan pentakrifan ahli Tumbuhan adalah lebih ketat dari definisi biasa ''tumbuhan''. Kita cenderung untuk menganggap ''tumbuhan'' sebagai organisma ''multicellular'', [[eukaryote|eukaryotic]] yang biasanya tidak mempunyai organ deria atau pergerakan terkawal dan lengkap dengan akar, batang, dan daun. Bagaimanapun, secara botani hanya [[tumbuhan vaskular|tumbuhan vaskular (''vascular plant'')]] mempunyai "akar, batang, dan daun", dan sesetengah tumbuhan vaskular, seperti [[tumbuhan kanivor]] dan [[pokok janggut nabi]], tidak menepati istilah tersebut. Tetapi agar berlaku adil, tumbuhan vaskular adalah tumbuhan yang kita sering nampak setiap hari.
 
Istilah ''tumbuhan'' yang lebih luas adalah semua '''''[[autotrof|autotrof (''autotroph'')]]''''' — iaitu, yang menghasilkan makanannya sendiri daripada bahan mentah bukan organik dan cahaya matahari. Ini adalah istilah yang manusahabah, dan yang menumpukan kepada peranan biasa tumbuhan dalam [[sistem ekologi]]. Bagaimanapun terdapat fotoautotrof (''photoautotrophs'') dalam '''[[Prokaryote]]''', khususnya [[bakteria]] photoautotrophik dan [[cyanobacteria]]. Tumbuhan memerlukan pelbagai [[nutrien]] penting yang disesuaikan dengan fasa pertumbuhan tumbuhan, seperti [[vitamin]], [[mineral]], [[hormon]], dan lain-lain<ref>http://myagri.com.my/2015/10/nutrisi-tanaman/</ref>. Dalam pertanian komersil keperluan pemakanan tumbuhan dibekalkan oleh [[manusia]] melalui kejuruteraan [[bioteknologi]], termasuk penggunaan [[baja]]<ref>"8 Faktor ini Membuat Tanaman Tumbuh Melesat" [http://www.ultrajmh.com/p/agar-tanaman-tumbuh-melesat.html]. www.ultrajmh.com. Dicapai pada 2017-09-14.</ref>.
 
Cyanobacteria kadang-kala (bersebab) dikenali sebagai [[alga]] biru-hijau. Kemudian terdapat masalah bahawa kebanyakan orang, termasuk botanis, memanggil [[cendawan|cendawan (''mushroom'')]] sebagai tumbuhan, walaupun cendawan adalah badan berbuah (''fruiting body'') fungi (Alam Fungi), dan bukannya ''photoautotrophic'' sama sekali, tetapi '''''[[Saprophyte|saprophytic]]'''''. Dan terdapat agak banyak spesies [[tumbuhan berbunga]], fungi, dan bakteria yang merupakan [[parasit]].