Qilakitsoq: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
kTiada ringkasan suntingan
BlackRoseGirl (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 7:
Pada waktu itu, punca kematian kesemua mumia menjadi tanda tanya saintis. Bagi masyarakat [[Inuit]], sekiranya berlaku kematian, mayat suami, isteri dan anak-anak akan dikebumikan bersama. Disebabkan kesemua mumia yang ditemui adalah wanita dan kanak-kanak , maka timbulnya andaian daripada pengkaji yang memungkinkan mereka mati akibat kemalangan bot.
 
Tambahan pula, tempoh masa kematian bagi setiap mumia menjadi tanda tanya sehingga kini.Para pengkaji telah menganalisis bahagian dalaman mayat seperti perut dan usus. Namun, tidak menemui sebarang petunjuk. Apa yang pasti, punca kematian mumia bukanlah akibat kebuluran. Akhirnya, kajian tentang beberapa mumia telah membuahkan hasil. Walaupun tidak memperoleh hasil yang meyeluruh , namun mereka berjaya mengetahui punca kematian tiga mumia. Pertama, mayat wanita yang dikatakan mati akibat penyakit [[tumor]]. Kedudukan tumor ini hampir dengan [[tengkorak]] mayat. Wanita ini juga mengalami pekak dan buta semasa hidup.
 
Sementara itu, kanak-kanak yang berumur dua tahun dikatakan menghidap penyakit 'Down Syndrome' ataupun [[Sindrom Down]]. Berdasarkan kajian, kanak-kanak itu mati akibat sengaja ditinggal. Mengikut cerita, amalan ini biasa dilakukan dalam golongan Inuit. Mereka tidak menyokong mana-mana individu yang tidak berupaya menyumbang tenaga. Tidak kira dalam apa bentuk sama ada dari segi mendapatkan makanan, membuat pakaian atau membina tempat perlindungan.
 
Namun begitu, dalam kesemua mumia yang dijumpai, ada satu yang menyentuh perasaan. Mumia ketiga yang telah diketahui cara kematiannya ialah mayat bayi lelaki berusia enam bulan.Sewaktu melihat pada rupa bentuknya. ia mirip seperti [[anak patung]]. berdasarkan kajian , [[bayi]] itu ditanam hidup-hidup bersama ibunya. Cara ini juga menjadi salah satu kebiasaan dalam masyarakat [[Inuit]]. mereka dikatakan akan menanam bayi mereka secara hidup sekiranya si ayah tidak mampu memberi susu. Walaupun adat ini bersifat kejam, mereka percaya roh si ibu dan anak akan hidup bersama-sama di alam lain.
 
Kini khazanah arkeologi ini boleh dilawati [[Manusia|orang]] ramai. sebanyak empat mumia telah ditempatkan di Muzium Negara Greenland, [[Nuuk]]. Mumia tersebut terdiri daripada tiga wanita dan satu bayi berusia enam bulan. Pengunjung dapat melihat sendiri keunikan fizikal mumia yang terhasil daripada pembekuan semula jadi. Sehingga kini, masih banyak persoalan yang tidak terjawab mengenai keseluruhan mumia Qilakitsoq.