Tuanku Syed Putra Jamalullail: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
HaizadSys (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
HaizadSys (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 21:
Baginda menaiki takhta kerajaan negeri Perlis pada 4 Disember 1945 tetapi disebabkan oleh Perang Dunia Kedua, baginda tidak ditabalkan sehingga 12 Mac 1949. Baginda Tuanku Syed Putra ialah raja yang paling lama memerintah di Perlis, dan pada 4 Disember 1995, baginda meraikan Jubli Emas selepas memerintah selama setengah abad di Perlis. Ketika berusia 40 tahun, baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Ketiga dan memerintah negara sebagai Yang di-Pertuan Agong dan 21 September 1960 hingga 20 September 1965. Baginda juga menjadi Kolonel Yang di-Pertua Pasukan Renjer Diraja Malaysia. Pada 1971, baginda turut dilantik sebagai Canselor [[Universiti Sains Malaysia]], [[Pulau Pinang]].
 
Pada [[16 April]] [[2000]] Raja Perlis Tuanku Syed Putra Jamalullail, 79, mangkat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, kira-kira jam 2.20 petang ini selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak 21 Mac lalu. Pengumuman kemangkatan baginda dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Seri [[Shahidan Kassim]] di sini, jam 4 petang ini. Tuanku Syed Putra yang dilantik sebagai Raja Perlis pada 4 Disember 1945 dan menjadi Yang di-Pertuan Agong ketiga dari 21 September 1960 hingga 20 September 1965, adalah Raja Melayu paling lama memerintah sesebuah negeri. Shahidan berkata, kerajaan negeri mengisytiharkan esok sebagai cuti umum bagi membolehkan seluruh rakyat negeri ini menziarahi jenazah baginda. Sebagai tanda berkabung, bendera negeri dan kebangsaan akan dikibarkan separuh tiang di negeri itu manakala semua acara rasmi yang dijadualkan mulai sekarang ditangguhkan. "Bagaimanapun, tempoh berkabung belum lagi diputuskan," katanya pada sidang akhbar di sini.
 
Di KUALAKuala LUMPURLumpur, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr [[Mahathir Mohamad]] dan isteri, Datin Seri Dr [[Siti Hasmah Mohd Ali]], menziarahi jenazah Almarhum di IJN sebaik saja dimaklumkan mengenai kemangkatan baginda. Turut berangkat menziarahi jenazah Almarhum di IJN ialah Tengku Mahkota Kelantan, [[Sultan Muhammad V, Kelantan|Tengku Muhammad Faris Petra]], bekas Menteri Pertahanan, Datuk Abang Abu Bakar Mustapha dan Ketua Perhubungan Umno Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah. Tengku Razaleigh menyifatkan Almarhum sebagai raja yang mengambil berat terhadap rakyat dan seorang bapa yang penyayang serta baik hati. "Saya kenal Almarhum sejak saya kecil lagi dan baginda adalah seorang yang baik, suka merendahkan diri dan tidak sombong," katanya ketika ditemui di IJN. Tuanku Syed Putra dimasukkan ke IJN pada 21 Mac lalu kerana masalah jantung, buah pinggang dan kencing manis. Kesihatan baginda dilaporkan kritikal pada 9 April lalu sehingga ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan diberi bantuan alat pernafasan. Bagaimanapun, keadaan baginda kembali stabil dua hari kemudian dan tidak lagi menggunakan mesin sokongan hayat.
 
Raja Perempuan Perlis [[Tengku Budriah]] dan Raja Muda [[Syed Sirajuddin Putra Jamalullail]] serta anggota kerabat diraja Perlis yang lain berada di IJN ketika baginda menghembuskan nafas terakhir. Jenazah Almarhum diterbangkan dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang, Selangor dengan pesawat TUDM dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), Kepala Batas, Alor Star kira-kira jam 6.45 petang. Turut menunggu di LTSAH ialah Sultan dan Sultanah Kedah; Raja Muda dan Raja Puan Muda Kedah. Turut serta, Shahidan, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Azmi Khalid. Sejurus dibawa keluar dari pesawat, 103 anggota dan dua pegawai dari Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang membawa PanjiPanji Diraja diketuai Mejar Mustapha Zainal Abidin, memberi Kawalan Kehormatan Jenazah Diraja sebelum dibawa ke Istana Arau, Perlis.
 
Jenazah baginda akan ditempatkan di Istana Arau bagi membolehkan rakyat menziarahi selepas Maghrib hari ini serta mulai jam 8 pagi esok. Rakyat yang menziarahi perlu berpakaian putih serta kain sampin berwarna cerah bagi lelaki dan tidak perlu lilitan kain putih pada songkok. Kerabat Diraja dan pembesar negara serta asing pula akan menziarahi jenazah Almarhum mulai jam 12 tengah hari esok. Almarhum akan dimandikan pada jam 11 pagi esok di Masjid Negeri sebelum disemadikan di Makam Diraja Arau selepas Zohor. Majlis pengumuman pelantikan Raja Perlis yang baru pula akan dibuat sebelum jenazah Tuanku Syed Putra disembahyangkan. Jumaat lalu, Tuanku Syed Putra melantik Syed Sirajuddin sebagai Pemangku Raja Perlis.